Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Dah Kahwin Dah Adikku Az


Hello pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan cerita tentang kasih sayang. Buat pasangan bercinta, jinjang pelamin memang 'target' mereka. Mudah-mudahan kita menjadi Raja dan Ratu Sehari bersama, begitu lah doa mereka, kan.

Yes! adik saya Azhar baru-baru ini telah melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya, Nani. Alhamdulillah, Kakchik tumpang gembira.


Selamat Pengantin Baru adikku Az. Selamat melayari hidup baru. Jadilah ketua keluarga yang baik, yang bertanggungjawab, yang sentiasa membahagiakan isteri dan anak-anaknya serta membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah SWT.


Selamat bergambar dengan Mama, Abah, Mama Jah (my auntie) dan kak Ee (my adik) sebelum pelamin dirasmikan sang pengantin.

Kenduri kendara sentiasa menjadi tempat pertemuan sanak saudara, kan. Kalau tak da kenduri, tipis sikit lah harapan nak jumpa. Dengan Mama Jah dan Farah .. dari jauh mereka datang (Kelantan dan Trengganu) ke negeri Johor Darul Takzim untuk sama-sama raikan hari bahagia adik saya. Terima Kasih banyak-banyak.


Mek Ella dan  Mama Jah .. bila tengok gambar ni baru perasan muka kita sama .. tang mata, hidung, bibir dan cara kita senyum .. Mama Jah is my auntie sebelah arwah Abah. Sokmo meriah jumpa Mama Jah ni .. ramah sepanjang masa dia ..

Soon will be your turn, my dear Huda ..


Another 'happening' auntie .. my dear Su

Sisters ~ Kakchik, Kak Ee dan Ika .. dua lagi adik beradik perempuan tiada dalam gambar

Pok Su (my uncle) datang jauh dari Jerteh, Trengganu. TQ for coming Pok Su ..

Mek Ella dan Mek Kak .. we are cousins



And finally, our group photo - Ini baru suku dari waris-waris Legasi Hamzah. Kalau semua ada, tak muat dah pelamin ni, kan. Soon there will be one more kenduri. Tak sabar nak jumpa saudara mara. OK dah habis menulis coretan buat hari tua. Tq baca ye. Bye.





Kurma Ajwa dari Madinah


Hello pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang Kurma. Ada macam-macam jenis kurma seperti kurma Mariami, Khudri, Safiya, Safawi, Sukkari, Medjool dan yang paling disukai ramai adalah Kurma Ajwa yang berasal dari Madinah.

Kurma Ajwa berasal dari Madinah tetapi pokok-pokok kurma Ajwa turut ditanam di tempat-tempat lain. Kurma Ajwa juga dikenali sebagai kurma Nabi kerana ianya kesukaan Rasulullah malah Rasulullah pernah bersabda 

Barangsiapa mengambil tujuh butir kurma Ajwa pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun maupun sihir” HR. Bukhari

Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai jenis kurma Ajwa dan Ajwa yang paling bagus adalah yang pokoknya ditanam di bumi Madinah itu sendiri kerana tanah bumi Madinah adalah tanah yang sangat subur dan sesuai untuk tanaman kurma meskipun sumber air di Madinah adalah agak terhad.

Kota Madinah adalah kota yang memiliki gunung berapi dengan kawah yang sangat besar dan letusan terakhir dikatakan terjadi di Hijaz pada tahun 1256 Masehi dan kerana itulah tanah di Madinah sangat subur dan sesuai untuk bercucuk tanam.  Hummmm .. sebab itulah kurma Ajwa yang ditanam di Madinah buahnya lebih sedap dan lebih berkhasiat, kan. 


Misz-ella berpeluang melawat ladang kurma semasa menunaikan Umrah baru-baru ini. Sekali pandang, lebih kurang pokok sawit je rupa dia but ..* Heyy .. this is pokok kurma, ok .. kau jangan salah faham Cik Ella ye ..*  Dikatakan Rasulullan telah menanam hampir 100 pohon kurma Ajwa di Madinah semasa hayatnya dan pookok-pokok kurma tersebut dah berusia lebih dari 14 abad dan masih berbuah sehingga hari ini. Kalaulah kita tau yang mana satu pokok Rasulullah tanam, maka berebut-rebutlah kita mahukan buahnya, kan *hehehe*

Misz-ella sendiri sangat sukakan Kurma Ajwa. Masa ke Madinah haritu, 3kg Misz-ella borong bawak balik Malaysia .. pagi-pagi potong dia kecik-kecik masuk dalam quaker oat letak air panas, kacau-kacau dan makan. Ummmmm .. berkhasiat dan sedap!

Ajwa yang berasal dari Madinah ini adalah paling bagus dan saiznya sederhana, tidak terlalu besar, lebih kurang saiz ibu jari tangan orang dewasa je. Kalau Ajwa yang besar-besar tu, peniaga Kurma cakap, biasanya ia datang dari daerah-daerah lain di Arab Saudi, bukan dari Madinah.

Kurma Ajwa isinya lembut, tidak liat, tak keras dan mudah dipisahkan isi dan bijinya



Kalau ada sesiapa yang sedang mencari Kurma Ajwa yang berasal dari Madinah yang berkualiti tinggi, bersih *kerana ber seal* bolehla whatsapp no. telefon 016-6223138 ye. Kawan saya boleh dapatkan.

Kurma sangat berkhasiat you alls ... 
  • ia memberi tenaga segera *hikers should bring kurma masa hike instead of chocolate or energy bar*
  • kurma boleh membantu menurunkan berat badan kerana ia kaya dengan serat *bila makan dengan susu kita cepat kenyang so boleh control selera makan lah*
  • membantu mengurangkan sembelit *tapi you all kena makan secara konsisten lah .. baru nampak hasil*
  • kurma tinggi potassium - kalau dimakan secara konsisten dan berterusan, boleh turunkan kolesterol dan menurunkan risiko strok atau serangan jantung
  • kandungan nutrien dalam kurma sangat tinggi - ada gula, serat, kalsium, zat besi dan vitamin
Banyak, kan khasiat kurma. Ishhhh .. rugilah sapa tak suka makan kurma, kan *i la tu .. masa kecik-kecik dulu .. now dah besar dah bijak sikit dah suka kurma dah*

OK Bye. Misz-ella dah habis berkongsi cerita tentang kurma Ajwa, asal-usulnya, khasiat dan kebaikannya serta cara-cara untuk mendapatkannya. Thank You baca. Bye.

New Year 2020 in the forest



Hello lovely readers,


Happy New Year 2020!


I celebrated my new year in the beautiful forest of Tanah Aina Fahad Glamping Resort with my good friend, Puan Sri Sabrina and other friends too.


The most comfortable glamping ever ..



The serenity of Tanah Aina Fahad never fail to blow my mind .. calm, peaceful, quiet .. How I wish I also own a forest, just like my friend *dalam mimpi lah, kan* OkBye. Should be back soon with more updates!

Lebih banyak pilihan, lebih murah di HSA Cheaper Mart!


Hello pembaca kesayangan,


Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang produk keluaran tempatan iaitu produk Sherwanis keluaran syarikat HSA Trading Capital Berhad.




Baru-baru ini Misz-ella.blogspot.com telah diundang untuk sessi perkongsian bersama pengasas syarikat iaitu Y Bhg Datuk Muhamad Riduwan Safrizal.


Bermula dari bulan Januari 2020, produk Sherwanis akan lebih mudah didapati oleh penggemar-penggemarnya iaitu dengan pembukaan pasaraya HSA Cheaper Mart yang pertama di Ukay Perdana.

Menurut Y Bhg Datuk Muhamad Riduwan, kerja-kerja penyiapan telahpun memasuki fasa terakhir dan pasaraya sulung HSA Cheaper Mart ini dijangka akan dibuka secara rasmi pada 5hb Januari 2020.

HSA Cheaper Mart adalah penjenamaan semula bagi Sherwanis Mart yang pada satu ketika dahulu pernah mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia.



Y Bhg Datuk Muhamad Riduan

Tujuan penjenamaan semula tersebut adalah untuk membuka peluang kepada produk-produk keluaran Muslim yang lain agar dapat berada di bawah satu bumbung kerana HSA Cheaper Mart bukan sahaja akan memasarkan produk Sherwanis yang sememangnya telah berada di pasaran sejak tahun 2007 lagi.

HSA Cheaper Mart menyeru agar pengusaha-pengusaha produk IKS mengambil peluang untuk turut serta mempromosi dan menawarkan produk mereka kepada pengguna kerana setiap pasaraya akan menempatkan hampir 10,000 barangan dan strategi pasaran HSA Cheaper Mart adalah berkonsepkan 60/40 iaitu 60% ruang perniagaan dikhususkan untuk produk usahawan Muslim manakala 40% lagi dibuka kepada produk runcit yang lain.


Ini bakal menjadikan HSA Cheaper Mart lebih istimewa dan unik berbanding pasaraya-pasaraya terkemuka yang lain  kerana ia mempunyai lebih banyak pilihan produk keluaran Muslim dan harga barangan pun lebih murah.

Bersama produk Sherwanis yang juga diasaskan oleh beliau


Berkongsi pengalaman beliau di dalam industri pembangunan dan pemasaran produk makanan ini, Datuk Muhamad Riduan bukanlah orang baru di dalam industri ini kerana telah melalui beberapa fasa "jatuh bangun" sepanjang beliau terlibat di dalam industri makanan ini tetapi berkat kesabaran dan kecekalan, beliau terus teguh mengukuhkan produk Sherwanis dan HSA Cheaper Mart adalah bukti kecekalan dan kesungguhan beliau di dalam bidang ini. Saya mensasarkan pembukaan 200 cawangan  HSA Cheaper Mart di seluruh negara, kata Datuk Muhamad Riduan.


Selain dari perniagaan makanan dan rangkaian HSA Cheaper Mart, Datuk Muhamad Riduan juga turut melabur sebanyak RM2.8 Juta untuk membeli sebuah rumah banglo di Taman Melawati  untuk dijadikan pusat tahfiz yang menawarkan pelajaran percuma kepada mereka yang memerlukan.


Misz-ella dan rakan-rakan bersama rangkaian produk Sherwanis


Buat usahawan-usahawan yang berminat untuk memasarkan produk mereka di bawah rangkaian HSA Trading Capital Berhad dan di 7,000 outlet runcit di seluruh negara, boleh menghubungi no. telefon 019-4008966 dan 013-9272499.













Salmon Grill with Butter & Garlic

Hello pembaca kesayangan,




Baru-baru ini, Misz-ella cuba resepi Salmon Grill with Butter & Garlic yang dijumpai di internet dan ternyata .. sedap sangat rasa dia. Paling penting, senang sangat cara-cara membuatnya *saya tak suka berlamaan dan yang susah-susah*

Mula-mula cairkan butter. Bila butter dah cair, masukkan bawang putih yang telah dicincang halus berserta rempah ratus seperti daun thyme *wangi sangat bau dia masa ni*. Sejukkan. Lumur salmon dengan sedikit garam dan sedikit bay leaves dan peraplah selama 5-10 minit bersama campuran butter yang telah sejuk tadi. Lepas tu bakarlah salmon tu pada api sederhana *saya guna kuali leper* Bila dah siap, hidanglah bersama salad atau apa-sapa sahaja sayuran yang anda suka. Nak tau rasa dia? Sedap! Serius sangat sedap.

Ok Misz-ella dah habis berkongsi resepi you all jangan lupa cuba, ok. Terima Kasih baca. Bye.

Buang bulu-bulu yang tak diingini secara kekal di Hairy Mary

Hello pembaca kesayangan,

Antara masalah yang sesetengah kita hadapi adalah lebihan bulu-bulu halus di anggota badan yang ada kalanya boleh menimbulkan rasa tidak selesa ataupun memalukan .. nak pulak untuk kaum perempuan. Kalaulah lebihan bulu itu tumbuh di atas bibir .. aduhai .. *terus rasa malu dan rendah diri*


Baru-baru ini Misz-ella telah diundang ke majlis perasmian cawangan ke tiga Hairy Mary, iaitu pusat menanggal/membuang bulu-bulu yang menggunakan teknologi laser terkini dari Korea.



Menariknya, cawangan Hairy Mary ke tiga yang lokasinya di A4-1-6 Solaris Dutamas, Publika ini dimiliki bersama oleh pelakon Ardell Aryana bersama sepupunya Dr. Por Yang Sheng yang juga merupakan seorang pakar Aesthetic.





Hairy Mary menggunakan teknologi yang dipanggil Thor Light Hair Removal yang berasal dari Korea dimana proses menanggalkan bulu-bulu halus dijalankan secara laser. Ianya lebih mudah, cepat, jimat dan lebih effektif.



Dengan adanya teknologi Thor Light Hair Removal yang moden dan canggih ini, kita tak perlu lagi membuang bulu-bulu dengan menggunakan cara lama iaitu bercukur.

Menurut Ardell, beliau telah sendiri telah terlebih dahulu mencuba teknologi tersebut dan berpuashati dengan hasilnya.




Saya telah merujuk kepada Ustaz dan mereka yang lebih arif dalam bidang agama sebelum membuat keputusan untuk membuang bulu-bulu tersebut. Islam itu sendiri mementingkan kebersihan. Tidak salah jika kita membuang bulu jika ia memudaratkan atau mendatangkan masalah-masalah lain. Contohnya, jika ada lebihan bulu di muka dan dahi kita, ia sedikit sebanyak menyukarkan untuk kita sujud dengan betul ketika bersolat .. kata Ardell lagi.


Sementara itu, menurut Dr. Por, teknologi canggih yang digunakan di Hairy Mary membuatkan proses menanggalkan bulu tidak sakit, lebih cepat, lebih efektif serta bersifat kekal. Premis perniagaan Hairy Mary memberi keutamaan kepada pelanggan wanita tetapi pelanggan lelaki juga boleh mendapatkan perkhidmatan merapi atau menanggalkan bulu di bahagian tertentu seperti muka atau jambang.



Misz-ella sempat menjenguk bilik-bilik rawatan yang disediakan buat pelanggan-pelanggan di sini. Biliknya kemas, selesa dan paling penting, sangat 'privacy'.



Hairy Mary dibuka setiap hari dari jam 10pagi hingga 7 malam. Buat pelanggan-pelanggan yang berhasrat untuk mencuba teknologi menanggal/membuang bulu yang moden dan canggih ini, sila lah telefon 0170452 3288 dan buat temujanji terlebih awal dahulu. Untuk maklumat lanjut, you all boleh layari www.hairymary.com.my. atau ikuti Instagram Hairy Mary di sini




Ma'ahad Tahfiz Ismail Kindergarden (MTIK) di Sungai Penchala, Kuala Lumpur

Hello pembaca kesayangan ..



Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang Ma'ahad Tahfiz Ismail Kindergarden (MTIK), sebuah Tadika islam yang terletak di Sg. Penchala, Kuala Lumpur.




Misz-ella ke MTIK kerana dijemput oleh Pengarah Urusan Tadika tersebut, Puan Nur Natasha Binti Tan Sri Rozali Ismail untuk menghadiri Majlis Graduasi anak-anak sekolah tersebut. Terima Kasih Natasha, dapat saya tambah ilmu hari ini dan boleh saya kongsi dengan pembaca semua.





MTIK diasaskan oleh Y Bhg Tan Sri Rozali Ismail yang terlebih dahulu telah membuka Ma'ahad Tahfiz Ismail buat anak-anak di peringkat menengah yang terletak di Puncak Alam, Selangor. 

MTIK terletak di Lot 2746, Jalan Sri Penchala 2, Off Jalan Damansara, Sungai Penchala, Kuala Lumpur, sebuah kawasan pinggir bandar yang bersempadan dengan kejiranan elit seperti Taman Tun Dr. Ismail, Bandar Utama, Damansara dan pelbagai lagi.

Lokasi Sungai Penchala adalah sangat strategik dan boleh dihubungi melalui pelbagai lebuhraya-lebuhraya utama seperti Lebuhraya Damansara Puchong, Lebuhraya SPRINT, Lebuhraya DUKE dan juga NKVE.

Menariknya, MTIK dikelilingi oleh persekitaran hijau berbukit bukau yang membuatkan sejuk mata kita memandangnya. 



Sebaik tiba, Misz-ella teruja dengan warna-warna ceria yang menyambut kedatangan tetamu di majlis itu *terserlah aura positif tadika ini*



Sementara itu tetamu turut disambut dengan kehijauan persekitaran halaman tadika ini. Besar, selesa, bersih dan selamat untuk anak-anak beriadah. MTIK memulakan operasi pada awal tahun 2019 dan menerima anak-anak dari usia 3 tahun hingga ke 6 tahun.







Misi utama MTIK adalah untuk menerapkan pendidikan Islam di kalangan anak-anak kecil dengan cara menyediakan konsep pembelajaran yang lebih moden,  mudah dan ceria. Anak-anak di sini diberi pendidikan pra-sekolah dengan penekanan asas pendidikan Islam. Mereka dididik agar boleh membaca, memahami bahasa Arab, menghafal Al-Quran dan mengamalkan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. 

Dalam erti kata yang lebih mudah, anak-anak ini diberi pendedahan bahawa Islam itu adalah ad-din ataupun peraturan hidup (way of life), maka di sini, anak-anak dididik agar mengamalkan cara hidup sebagai seorang Islam sedari kecil lagi. 








Walaupun berasaskan pendidikan Islam, MTIK turut menitikberatkan pengisian pendidikan yang lain di mana anak-anak disini turut diberi pendedahan ilmu Sains, Bahasa Melayu dan Matematik. Aktiviti-aktiviti berkumpulan di dalam kelas dijalankan secara interaktif bagi membolehkan anak-anak ini ber-reaksi dan berkomunikasi antara satu sama lain. 

Misz-ella tertarik dengan susunatur dan hiasan dalaman bilik-bilik darjah dan bilik aktiviti di MTIK ini. Sentuhan 'ceria' warna-warna terang serta lukisan-lukisan kreatif di dinding digunakan bagi membangkitkan semangat belajar dan suasana pembelajaran yang 'sihat' di kalangan anak-anak di sini.

Gambar dari laman web MTIK

Anak-anak kecil di sini dididik oleh "Murabbi" (cikgu) yang terlatih dan berkelayakan. Di MTIK, anak-anak memulakan pembelajaran seawal jam 8:30 pagi dan mereka dibenarkan berada di tadika berkenaan sehingga jam 5:30 petang di bawah pengawasan rapi oleh "Murabbi" mereka. Apa yang menarik ialah sessi pembelajaran anak-anak ini dibahagikan kepada beberapa sessi bagi membolehkan mereka kekal aktif, ceria dan bersemangat sepanjang berada di sini.  




Selain dari itu, pelbagai kemudahan lain turut disediakan di MTIK seperti kelas belajar berenang di bawah pengawasan jurulatih renang bertauliah, aktiviti berkebun, aktiviti riadah di taman permainan, aktiviti berkuda yang dijalankan di Felda Bukit Cherakah dan bermacam lagi. 

So, buat pembaca kesayangan, sekiranya anda sedang mencari Tadika Islam yang berkualiti dan seimbang dalam memberi pendidikan Islam dan pendidikan moden yang lengkap dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat untuk anak anda seperti mengaji Al-Quran, kelas berenang dan lain-lain lagi, boleh lah you all consider Ma'ahad Tahfiz Ismail Kindergarden ni. Dari pagi sampai ke petang anak you all berada di sini menuntut ilmu sambil dijaga rapi oleh "Murabbi" berpengalaman, boleh la mak-mak semua bekerja dengan senang hati, kan.

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan dengan MTIK, you all boleh layari laman web MTIK dengan menekan link ini atau hubungi nombor telefon 03-7733 2598 dan 019-354 4836.

Kepada pihak pengurusan MTIK, Tahniah Misz-ella.blogspot.com ucapkan di atas usaha murni ini. Nasib baik i tak da anak kecik, kan ..

OK pembaca kesayangan .. Misz-ella dah habis kongsikan tentang Ma'ahad Tahfiz Ismail Kindergarden ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Terima Kasih baca. Bye.