Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Mana Orang Kita?

Masuk Kedai Mamak untuk makan tengahari.  Order Maggi Sup sebab katanya hanya 300 kalori.  Hmmmm .. tak sedap.  Betul-betul tak sedap.  Telan jugak lah memaksa diri.  Girlfren ku order Roti Canai kosong.  Nak makan ringan-ringan kononnya.  Ringan la sangat Si Roti Canai tu, kan.

Sambil makan sambil borak dengan pembuat Roti Canai.  Berkulit putih, memang Melayu kalau sekali pandang. Borak punya borak, laaa ... Warga Nepal rupanya dia.

Lepas makan, singgah 24 hours Mart beli Prepaid. Hmmmm .. Bangla En. Cashier. Uikkkk .. eksyennya dia. *tak suka*

Otw back dari kerja, singgah Shell isi petrol SUV kita. Hmmmmm .. Bangla lagi pekerja disini.  Tapi yang ni PR Skill tip top. Senyum ramah dan ringan mulut melayan Customer.

Sebelum sampai rumah, singgah Shida Tomyam bungkus makanan untuk Aiman.  Aku dah jual Roti Canai petang-petang dah La. Cuba tengok ni .. Roti Canai Nepal. Laaaaaaa .. lagi? *dalam hati*

Nak sampai simpang rumah, kena lalu depan Security.  Assalamualaikum .. *sambil angkat tangan tanda hormat*.  Security Guard warga Palestin kat sini memang cekap, amanah dan boleh dipercayai.  Soalnya, mana pergi orang kita?   Dari pagi sampai ke malam .. hanya ketemu muka-muka asing terutamanya di 'Service Industry'.  Mana eh anak muda kita? Kerja ada ..bukan tak ada ... tapi bukan untuk mereka.  Mana diaorang? Jadi Despatch? Kerja kilang? Atau sekadar jadi Penganggur .. meneguk liur melihat 'diaorang' ada kerja .. sedangkan kita?

Terlalu memilihkah anak muda kita? Atau Tauke-tauke zaman sekarang yang memilih? Mahu yang bisa dibayar murah ...  supaya kos operasi lebih rendah.  Almaklumlah .. ekonomi kan sedang 'tenat'.


Peluh Sihat Pagi Ahad, Kenduri Kawin dan Tidur Siang

Ahad yang ceria, kita mulakan dengan bersenam se awal jam 7 pagi.  Bagus student-student ku ini.  Walau kebanyakan mereka dah 40 an, malah ada yang 60an dan walau keupayaan mereka agak terhad, tapi tetap semangat.  Tak pe .. pelan-pelan pun tak pe.  Janji kita amalkan Gaya Hidup Sihat. 

Tengahari kita pergi rumah Kenduri.  Hidangan lauk kampung yang hurmmmm .. sedapnya.  Masak Lemak Daging, Ayam Goreng Kampung .. Perghhhh .. masakan kampung memang sedap, kan. Cukup pedas .. seimbang rasa. Sayangnya kita tak makan tempoyak.  Kita tengok Siti dan suami makan Tempoyak berselera dan laju je.  Sedap kot eh?  

Masak Lemak Daging dan Ayam Goreng Kg

Berkonvoi dengan Aeida dan CT ke rumah kenduri. Pengantin ialah adik lelaki kepada Alin .. yang berdiri pakal inner tudung warna merah tu.  Alin yang manis, muka so sweet ala-ala Fasha Sanda, so gegirl macam Si Manis 17 tahun.  Jappppp .. jangan ngorat .. dah anak dua tu. Awet muda sungguh dia ni.

Lepas makan kita balik.  Sampai kat kereta, dapat surat cinta. Auww ... terkejut.  Alin, please settle this RM1.50 bill for me.  Kerja budak-budak notti la ni. Hihihi.  

Lepas tu tak gi mana-mana dah .. terus balik rumah. Cuaca panas sangat semalam .. 'mood' pun terus tenggelam.  Sampai je rumah .. rehat jap.  Memula layan novel .. sambil layan SMS .. sambil layan WatssApp .. sambil ber Viber .. last-last lena. Wahhh .. jarang-jarang Misz-Ella tidur siang. Tapi semalam  .. tiba-tiba boleh terlena. Mata la mata .. mengada-ngada kau ye .. siang pun mahu bermanja-manja. Tak pe la .. bagi chance kat mata *sekali sekala* 






Bila Orang Jual Murah


Bila orang jual murah ..
Diaorang rebut-rebut beli.
Capai tu .. capai ni .. pilih tu .. pilih ni.
70% ada ... RM7 ada ..

F.O.S. Clearance Sale,  The Curve, Sabtu, 29 September 2010.

Diet Ikan Baik Untuk Kesihatan?


English Fish & Chip with Green Salad & French Fries
Kalau betul-betul nak diet, makan je Fish and Green Salad tu.  Kentang Goreng tu kita lupakan. Manyak calorie oooo ..

Crispy Salmon with Asparagus and Fried Potato.
Jangan makan Kentang Kiub tu .. makan Ikan dan Asparagus sahaja *kalo ko nak diet ler*

Tapi kan .. kalau ikutkan tekak melayu daku .. Salmon rangup ni kalau cicah dengan Kicap Cili Api lagi best gamaknya ye. Lagi pedas kita makan ... lagi best .. lagi puas, kannn.  Melayu tetap Melayu lah .. walaupun makan kat kedai Omputeh. Takkan hilang Melayu di dunia. Yeayyyy!! *bangga jadi Melayu*

Bermandikan Peluh di Kelas Hijau

Habis je Syawal bermakna bermula lah Kelas Aerodance di M3.  Sungguh la banyak timbunan lemak harus disingkirkan. Yeahhhhh  .. mari kita kerja kuat.  Bukanlah nak cantik tapi sebab nak jaga kesihatan.

Lagipun, Misz-Ella dah mula bersenam dari umur 20an .. kalau lama tak bersenam, badan sakit-sakit.  'Moody' pun ye.  Sikit-sikit nak marah .. bangun tidur tak semangat. Hmmm .. Exercise really give big impact in my life la.  Even i suka sangat ber 'aerodance' i always remind myself untuk tidak terlalu melenjan 'body'.  Seminggu 3 kali .. cukup.  Berpada-pada.  Jangan over.

Hanim dotter Teacher Tini yang dah mula bersenam baru-baru ini.
Keep on going, Girl. 
Mengerlip-ngerlip muka akibat dari perpeluhan yang maksima. Ini baru betul-betul mandi peluh, kan.


Si Baju Hijau selepas bersenam.
Tema Hijau Polkadot Jumaat malam. Retro la sangat, kan.
Tq Teacher Tini belikan baju sedondon buat kami semua.  Walau sudah beli yang terkecik ~ XXS, di badan Misz-Ella baju ini masih gedoboh di sini sana. Tapi tak pe .. yang penting Misz-Ella selesa.

Selain dari Cikgu Aerobik, Teacher Tini jugak salah seorang dari Jurulatih Utama untuk Hari Kebangsaan beberapa tahun lepas.  At the same time dia Cikgu Muzik. Sesekali dia ter keluarkan suara Soprano dia dalam kelas ... Auww .. terkejut i. Hihihi.

One thing la kan, kelas Teacher Tini memang fun dan tak membosankan. Enviroment dalam kelas pun best.  Bila kita datang, kita rasa di 'welcome' dan  sangat selesa.  Itu nak buat kita nak lagi dan datang lagi.  Well, PR skills apply everywhere in life, kan.

Buat yang nak bersenam tapi tak da masa atau malu nak join mana-mana kelas, bermula lah di rumah.  Beli je CD aerobik untuk Beginners. 20-30 minit sehari di rumah sendiri. Bermula pelan-pelan secara konsisten selama 3 bulan, i'm sure you will see a positive result. Sebab Misz-Ella pun bermula macam tu.  Bermula dari bawah dan tingkatkan aktiviti senaman secara perlahan-lahan.  Paling penting .. perlu ada suka dan cinta pada apa yang kita lakukan. Baru lah bertahan lama, kan.

   







Tahu Goreng & Kerabu Mangga



Tengahari makan Tahu Goreng dengan diaorang semua.

Malam Makan Kerabu Mangga dengan Girlfriends kita

Lepas makan kenyang .. Dah kenyang mula rasa bersalah memanjakan badan. Akakkkk .. banyak tak i makan tadi? Hmmmm ... tak makan nak makan.  Dah makan .. nyesal .... gitew la selalu.  By the way, sepinggan Kerabu Mangga yang dimakan di Kedai Tomyam biasa-biasa aje ini RM5 sahaja ~ very big portion boleh makan 3 orang .. dan paling penting sedap.  Nyumm .. Nyumm .. Nyumm .. nak repeat lah. 

*Kalau udah begitu napsu .. bayangan kurus jangan mimpi la ye. Hehehe*


Mood Apakah Ini?

Se trolley penuh jajan mangsa keadaan.

Alkisahnya malam semalam, hati tiba-tiba gundah gara-gara mendengar cerita masalah rumahtangga.  Sebak, kesal, sedih .. macam-macam rasa.  Dalam 'emo' yang masih ada, kita keluar berdua.  Sambil jari-jari halus mengetuk 'keyboard' melayan WatsApp kawan-kawan, sambil   ...   Ambik la .. Ambik la Aiman.  Yang ni Ma?  Haaa ... ambek la.  Yang ni pun sedap jugak .. ambik la Aiman.  Betul ke ma? Ha ah ... ambek je. *walau dalam hati tetap gundah gulana*

Bila sampai kat Cashier, lebih kurang Rm75 dan Rm40 adalah jajan sahaja.  Selebihnya adalah serba sedikit barang untuk rumah.  Mood apakah itu?  Good?  Bad?

Your answer might be GOOD but my answer is BAD.  Gundah gulana buat saya shopping tanpa berkira.  Ambek la sahaja Aiman ... and in return, when i saw Aiman happy getting what he want ... aku terlupa rasa gundah itu.  Dalam berduka mengenangkan kedukaan orang .. terselit juga rasa gembira bila lihat dia bahagia.  Tuhan kaya, kan.  Dia beri kita macam-macam rasa dalam waktu yang sama.  Alhamdulillah.

*updet guna SIII adalah sangat best*  'Samseng' ni tetap terbaiklah.  *tido senyum lepas ni*

Makan kat Bilik Sejuk

Bila sebut bilik sejuk, yang kita bayangkan Cold room kat Hospital.  Pastu tempat simpan frozen item kat Supermarket .. pastu tempat storage barang-barang khas kat Makmal-makmal.  Kali ni bukan tempat simpan barang dan tak da kena mengena dengan Hospital tapi Ice Room Kedai Makan

Kali ke dua ke sini.  Kuat betul jodoh dengan cawangan Sri Gombak ni.  Area ni memang best.  Tempat berhimpunnya semua jenis kedai makan yang popular.  Kiranya kalau ke sini memang rambang matalah.  Sebab banyak sangat restoran .. tak tau nak pilih yang mana.



Chocolate Ice ... Aiman punya ni

Strawberry Smooties is mine.  Watermelon Juice milik Aiman.

Garlic Bread + Mushroom Soup dan Crystal Ice. Beehoon Tomyam my Darling dan anaknya yang order. WahWahWah .. bukan main sedap diaorang makan. Habis. Licin. Menunjukkan yang rasanya memang betul-betul sedap.

Yang ni kita punya.  Anak kita pun order yang sama - Black Pepper Beef Steak.
Cinonet je Beef Steak dia, kan. Comel.

Yam Bun a.k.a. Roti Keladi.  Dalam dia ada filling keladi. Sedap.

4 orang makan kat sini lebih kurang RM90. OK la rasanya .. kena la dengan kualiti makanan dan suasana dalam Kedai. Ada sapa-sapa nak cuba? Jom.



Ayam Sambal dan Telur Dadar Bersosej

Helloo readers.  Banyak betul Entry on queue dalam Draft Box .. tengah syok taip tiba-tiba blurrr .. SAVE dulu.  Tengah-tengah taip .. tiba-tiba mood melayang entah ke mana .. PAUSE lagi ~ menunjukkan bukan ASTRO je macam-macam ada .. kepala Misz-Ella juga. 

Kalau nak ikutkan my life yang bizi buat tu .. bizi buat ni .. memanglah penat. Hari Sabtu kerja .. pas kerja gi jumpa 'Darling' .. sampai rumah rehat sekejap .. borak dengan jiran-jiran sekejap .. tengok-tengok Girlfriend dah sampai .. keluar dengan Girlfriend sampai rumah 1 pagi.  Malam tu .. Aiman tido rumah Razman.

Pagi Ahad, sepatutnya gi Aero Class Teacher Tini tapi disebabkan My Blogger Friend Kak Azian percepatkan jadual berlepas ke Majlis Gathering Raya Kita-Kita Aje i sms my girlfriends Yanti dan Kak Zana ~ U olls carry on without me ya.  Pkl 8 pagi pegi Supermarket .. ambil tu ambil ni .. nak main masak-masak untuk Gathering Kita-Kita Aje.  Pkl 9 pagi asben ajak gi rumah Kenduri. Wat? Oh Myyy .. nape semalam tak cakap awal-awal? Ayoyo .. tapi tak pe .. boleh 'fix' lagi problem ni .. positif Ella .. positif *dlm hati*  Pastu cepat-cepat masak. Elehhhh .. jelly je pun .. bukan masak Nasi Minyak!!! hahaha *kecoh lebih*  Pkl 10 pegi rumah jiran.  Alaaaa .. orang dah habis baca Yassin.  Sori Nor .. lambat.  Tak pe la Ella .. Nor pun lupa nak bagitau awal-awal. Tak pe .. tak pe .. tak kecik ati pun kita. Makan .. minum .. borak .. gelak dengan Makcik Sara, Kak Ani, Azza dan yang lain-lain. Pkl 11:15 minta izin untuk beredar.  Pkl 11:45 start enjin keta bertemankan Aiman *asben ada hal lain*.  Pkl 12:30 lebih sikit sampai Seksyen 7 rumah Kak Yan terus tinggalkan CRV kat situ dan naik Estima .. menuju ke rumah Datuk Abdullah.

Pkl 3:45 petang gerak dari sana *nanti kita buat Entry lain ye* sampai SU dah hampir pkl 6 petang.  Rehat, solat, kemas rumah serba sedikit lepas Maghrib keluar makan malam bertiga *Yeayy .. tak yah drive* Malam tu tido hampir jam 12 malam. Pagi ni kunci jam pukul 6 dan marilah kita memulakan rutin biasa.

Kepak Ayam Sambal buat Aiman.

Telur Dadar Bersosej pun untuk Aiman jugak.

Dah habis masak bergegas hantar Aiman gi sekolah .. pastu balik mandi dan siapkan diri. Biasanya sebelum pkl 8 dah boleh keluar rumah. Dan pagi ni ...

Hahaha .. traffik jem tahap melampau ~ 9:22 sampai opis pagi ni.  Orang lain Monday Blues .. i red colour you *Kedatangan merah ler* ... Hihi.


Diet ke kita?

Syawal dah berlalu .. meninggalkan kita semua dengan timbunan lemak tepu. Bestnya raya, kan.  Dalam sehari 4, 5 kali kita makan .. membelai 'tummy' dari pagi sampai malam.  Sampai sendat ketat dan akhirnya  kita sama-sama "membulat".  DuhDuhDuh .. camna nak buang lebihan itu?

Kelas M3 dah bermula. Hepinya dapat jumpa kawan-kawan semua.  Tambah bersemangat tengok Makcik-makcik bertaraf Ibu rumahtangga yang tau akan kesedaran bersenam bukanlah untuk kecantikan tetapi lebih kepada untuk menjaga kesihatan. Diaorang dah ada kesedaran .. pada yang belum .. sila lah 'take my frens as a sample'.

Parmeson Oregano Steak Sandwich from Subway ~ Berdietkah kita dengan mengambil makanan seperti ini? Hmmmmm .. entahlah sebab roti tu carbo juga, kan.  

Ada satu malam tu, kita makan Kerabu Perut yang ... Fullamak tersangatlah sedap.  Sampai my girlfriend Professor Dr. Rozzana minta tambah lagi sepinggan. Boleh diet ke dengan makanan seperti ini? I donno .. i'm not the expert tapi yang pasti .. its non oily .. langsung tak da minyak.

One thing i noticed i ni susah betul nak diet.  Almaklumler .. teman dulu penah kurus melidi mengalahkan tiang letrik ~ 38kg sahaja. Jenuh kena ejek .. kena perli dengan teman-teman seperjuangan. Ye. Teman paham teman 'underweight'. Itu pasal le kome ejek, kan. Walaupun masa tu umur dah lebih 20an .. masih beli baju di Children's Dept.  Pastu kawin .. dapat Aiman.  Habis pantang berat cuma 46kg sahaja.  Pun masih beli baju kat tempat budak-budak.  Gi clinic Doktor cakap "underweight" jugak.  Sian teman, kannn .. susah bebenor nak dapat 'ideal weight'.  Tapi alhamdulillah .. sekarang ni Aiman pun dah bujang .. berat teman pun udah bertambah-tambah .. udah tidak lagi dok bawah tapi udah sedang-sedang saja.  Bersyukur sangat dengan berat sekarang iaitu 5_  *i donno exact sbb dah lama tak timbang*  Bila dah dapat berat ideal sekarang .. rasa nak gi je kat diaorang-diaorang dan cakap .. Hey .. look here .. i'm no longer underweight. Stop calling me skeleton, OK. WahWahWah .. *mcm garang sangat la kau, ella* hahaha.

Minggu ni jumpa kawan Blogger baru .. Azlida untuk urusan yang bukan kita punya.  Seronok lah dapat jumpa dia .. Borak-borak .. tukar-tukar cerita.  Azlida dah lama baca blog kita .. kita pun sesekali jenguk Blog dia.  Blog dia ada cerita tentang Makanan Diet terkini which i find it quite interesting.  Korang .. sila la jenguk ke Blog A Little Room of Lida Rahim ni.  Sila lah lepak di sana .. kalau pun tak nak cuba .. sekurang-kurangnya dapat jugak kita tambah pengetahuan tentang Makanan Kesihatan terhot di pasaran sekarang.  Bacalah ... agar terbuka minda kita semua.  Mana la tau entah-entah dengan lepak 5 minit di sana dapat berjumpa produk yang dicari selama ni. Baca eh. OK lah .. I got to go.  Sekian sahaja Entry Berkongsi Cerita dengan korang semua.  Bye.






Main Wayang

Uishhhh  ... pandainya main wayang.
Pusing sana .. belit sini. 

Hidup ini mudah.
Kalau tak tau .. mengaku je lah.
Kalau salah .. admit lah.
Tak perlu jadikan pihak ke tiga mangsa.
Tak baik buat macamtu.
Tiap perbuatan ada hisabnya ..
Dunia kita menang. Akhirat belum tentu.
Terima lah hakikat  ..
kita ini manusia yang tak sempurna
banyak cacat celanya


*By the way, U looks stupid with your act*





Cerita Raya. Tentang Kita.

Cerita Raya tak habis lagi.  Rasanya memang tak sempat nak dihabiskan kot? Hmmmm .. bukanlah 'happening' sangat life kita yang biasa-biasa ni hingga mahu dikhabarkan ke seantero dunia.  Sangat sedar  yang diri ini orang biasa-biasa .. tak siapa kenal pun .. malah tak pernah terfikir untuk jadi terkenal atas tiket  blogging.  Nawaitu berblog masih kekal hingga kini ~ Mahu menulis untuk kenangan buat anak cucu kemudian hari. Bukan wang ringgit dikejar .. jauh sekali nak jadi terkenal. Entahlah .. mungkin sikap 'low profile' atau lebih suka bersederhana dari beria-ia buat kan Misz-Ella lebih suka begini.  Alhamdulillah .. hingga kini masih berpijak di bumi yang nyata. Mudah-mudahan kekal di landasan. Kalau tersasar ... Tolong ingatkan akuuuuu *chewahhh .. sempat nyanyi* Hihi.

Dapat jemputan beraya di rumah CT @ Ibu Darwisy. Salah satu kemanisan berblogging adalah dapat menjalin ukhuwah. CT, Fiza dan Ztee is my blog reader .. pastu jadi kawan 'FB' dan terus 'ngam' di alam nyata. Manis. Memang manis. Tapi setiap perkara ada pro dan contranya. Blog, FB etc has become a famous Social Media. Even kids have FB account too. Social Media datang dengan kebaikan dan keburukannya.  The beauty of Islam spread faster around the world thru the Social Media. Hidup huru hara .. maruah tergadai sini sana juga terjadi gara-gara social media. Kecanggihan cyberworld bukan hanya membawa kemanisan malah ancaman kepada manusia. Hmmm .. tak nak la cerita panjang lebar. Nanti korang boring baca, kan.

It's Darwisy's birthday too. Terima kasih CT invite kitorang. Disini kami makan Soto, Wajik Durian, Nasi Impit, Gulai, Rendang dan macam-macam .. dan keenakan kuah soto itu buat Misz-Ella teringat-ingat sampai harini. CT .... KC nak soto lagi .. nak wajik durian lagi. Nak. Nak. Nak. Nak CT jugak. Hihi.

Tq kepada Encik-encik suami yang jadi 'Paparazzi' para suri. Tak lengkap lah tiap pertemuan tanpa berfotoan, kan.

Lepas tu Misz-Ella dan famili ber Western Raya di Puncak dan seterusnya ke Putra Prima juga untuk beraya. Bertembung dengan Atie di rumah El .. kami sambung borak, makan dan gelak. El dan Atie juga kenalan dari Blog dan FB. Manis sangat bila dapat kenal mereka semua ~ sambil bercerita sambil mengisi ilmu di dada kerana kami datang dari profession yang berbeza.  Alhamdulillah.. Rahmat Allah SWT datang dengan bermacam cara.  Selain dari rezeki, kawan yang baik, keluarga yang bahagia, fikiran yang lapang juga adalah rezeki dari Allah SWT.  Tapi .. Misz-Ella masih tak pasti masa depan Blog ini. Entah kan esok .. entah kan lusa .. entah kan tutup terus .. entah kan "For my eyes only" .. Misz-Ella masih tercari-cari. Apa pun .. terima kasih pada yang datang membaca. I am nobody. My story pun entah apa-apa .. tapi korang tetap datang and make me happy. I appreciate every click.  As much as i ikhlas berkongsi di sini .. i do hope you come with 'ikhlas' too. Hmmm ... sudah-sudah lah tu. Panjang betul Misz-Ella membebel, kan. Actually Misz-Ella sedang 'headpening' .. gara-gara sedang merencana Aturcara Terbang Tinggi-Tinggi. Bulan 10, bulan 11 .. HaiHaiHai .. bukan mudah jadi "Mastermind", kan. Kerana bantu membantu itu juga ibadah .. maka marilah kita rela dan redha. Insyallah .. Allah SWT permudahkan urusan kita. Amin.










Siapa lah Kita?

Siapalah kita nak merasakan diri kita lebih hebat dari yang lain?
Hebat sangatkah kita lantas menganggap diri kita paling 'ter' dari yang lain ?
Terbagus .. tercantik .. terpandai .. terbaik ..
*terlebih perasan pun ye* Hihi.

Tahukah kita tatkala kita merasa kita paling 'ter' dari yang lain
Saat itu jugalah Syaiton bersenang lenang
bersuka ria bertepuk tangan meraikan keangkuhan, keriakan seorang anak Adam

Disebabkan terlalu mengejar nama dan pangkat, wang ringgit ..
Maka kita terlalu meng 'up' diri
dan terlupa rumput di bumi

Duniawi ... Manusia terlalu mengejar duniawi
Terlupa bahawa disisi Tuhan kita semua sama tempatnya.




4H/3M. Penat dan Woww!!


Tasik Raban


Puncak Titiwangsa

Pasar paling happening di Malaysia 

Tiga Awangs



Solat dan rehat ~ Masjid Beijing, Rantau Panjang.
Kagum dengan senibina Masjid ni.

Berhenti sekejap di tepi tasik masa otw to Lata Tembakah. 
Di Kelantan-Trengganu .. rumah Pok Su, rumah Su Dah, rumah Aboh kami ziarah

Pagi di Rantau Abang

Rombongan 17 orang dah selamat pulang. Alhamdulillah. Jalan, ziarah, jalan lagi .. ziarah lagi .. seronok dapat jumpa saudara mara. Dan hari ini .. rutin kami kembali seperti biasa. Walau penat ... tetap Wowww!!  

*All photos from KY's FB*

GoodBye


Bakal bikin sesuatu dengan Blog ini.
Tengok la macamana. 
Tengah fikir-fikir.
Sebelum buat keputusan.
Buat sementara ni ... GoodBye.
Lepas lepas tu .. Misz-Ella tak tau.

Hmmm ..



Rebut Ikan Tengah Jalan


Tragedi ikan-ikan, sotong dan geng-geng nya berselerakan tengah jalan ~ Perjalanan balik ke Sg. Buloh makan masa berjam-jam. Haiyooo ... Alkisahnya lori tu bawak ikan lebih muatan .. sampai patah kayu sisi lori tu dan habislah melambak ikan-ikan atas jalan dan berebut-rebut lah manusia-manusia prihatin tolong kemas. Hahaha .. tolong kemas ke tolong kebas? Misz Ella tak prihatin tapi perhati je. Ye .. sila-sila .. berguni-guni dia orang 'tapau'. Hahaha.



Chek Up Aiman

Selesai dah rawatan susulan ke dua utk Aiman.  Alhamdulillah .. Doktor cakap Aiman ok .. tapi bulan 12 nanti Aiman kena repeat 'Cerebal Angiogram' lagi.  Dalam waktu yang sama, Doktor tak bagi Aiman lasak sangat *buat sementara waktu ni*.


Dah settle urusan di Hospital kita ke Killiney untuk sarapan.  Amboiiii  Aiman pantang nampak Nasi Lemak dan Ayam Goreng Berempah.  Tapi sayang, rasanya biasa-biasa je.  Sedap lagi yang Mama buat - kata Aiman.

Pasni nak settle urusan Mama Aiman pulak.  Hurmmm ... *mem besaq tekak merah* Auwwww  ... seksi suara i harini u. Hihihi.


Raya Western di Puncak

Musim-musim raya ni kan, tiap wiken ada 3, 4, 5 Jemputan. Dan oleh kerana terlalu banyak jemputan dalam masa sehari, mula la hati rasa nak 'skip' je rumah yang tiap-tiap tahun ku berada di sana and one of the house is belong to my Girlfriend, Fiza. Tiap kali raya mesti pergi rumah dia walaupun tiap kali tiba raya i will tell her .. Fiza .. tahun ni aku tak nak gi rumah kau lah. Dah la jauh kat Puncak tu .. pastu aku tiap-tiap tahun raya pegi rumah kau .. tahun ni aku tak pegi rumah kau tau .. aku nak gi rumah orang lain pulak.  Tapi tu lah .. dalam tak nak tak nak pun .. rumah dia ku tetap sampai.  In fact tahun ni sampai dua kali pergi rumah dia .. sekali singgah masa pergi rumah Sepupu di Taman yang sama .. kali ke dua sebab memang merancang mahu ke sana. Kuat sungguh jodoh kami berdua .. in fact i told Aiman .. Auntie Fiza ni dah lama kawan baik dengan mama tau Aiman .. Mama belum ada Aiman lagi Mama dah kawan dengan dia. We learned to accept each other seadanya .. tak da dah istilah kecik hati atau ambek hati antara kami .. mungkin kerana kami dah terlalu memahami sesama sendiri. Almost 20 years close friendship ... i really appreciate moments that i spend with her and my other Girlfriends, Kak Ros and Lin.

Bila my another Girlfriend Kak Rosnah  mentioned about nak beraya rumah Fiza .. i jawab Jom .. kita lepak sama-sama tapi harus Hi-Tea ye .. sebab itu saja masa yang i free. Dan jangan tak tau .. kitorang siap request Fiza buat Western Raya for us. We request Pizza .. Fiza padankan dengan Garlic Bread and Mushroom soup .. pastu we request Yee Mee .. Fiza cakap OK. WahWahWah .. sayang betul kawanku yang seorang ni pada kami .. and Fiza add on Apam Balik, Carrot Cake which are all homemade. Semuanya airtangan Fiza kecuali dodol, sumi jelly dan tembikai tu.  Kalau ada tempat .. dia tanam tembikai tu gamaknya ye? Hehehe.

Pizza, Garlic Bread dan Mushroom Soup. Hurmmmm .. Yummy!!

Yee Mee pun adoo ....


Hahaha .. Seketui Yee Mee Kering harus dihabiskan seorang.  I think ini lah rumah yang i feel so kenyangggg .. dengan Pizza nya, Yee Mee lagi, Garlic Bread + Mushroom Soup lagi, Apam Balik, Dodol, Buah, Air Panas dan air sejuk. Ketat sendat tummy *tapi heppi* Hehe.

CRV sapa la tu sampai parking depan pintu? Hehehe ..

Lepas makan dan kenyang ..  sila lah Aiman buat macam rumah sendiri. Hehehe.

 Tak lama kemudian adalah keberangkatan tiba my another Girlfriend Kak Ros and The Team. Jangan tak tau .. Kak Ros ni kalau berjalan tak pernah seorang .. mesti diiringi Bodyguard dan Dayang-dayang yang cantek manis.  Untung lah Kak Ros sentiasa berteman ..

I am a Lavender lover .. so gambar ladang lavender kat dinding tu cepat menangkap perhatian ku. Canteknyaaaa .. wanginyaaaaa ... nak tanam lavender!!! Ecece .. macam la boleh. Hehe

Dan aktiviti Makan, borak dan gelak berjemaah ini bersambung lagi di dalam rumah kerana Fizaaaaa .. hujan dah turun .. bawak masuk makanan cepat!! Eleehhh .. sekejap je settle .. anak bujang Fiza rajin-rajin orangnya  .. Sekejapan clear. Kat ofis pun rajin menolong .. datang rumah i pun dia rajin .. bertuah Fiza ada anak bujang yang boleh diharap. Sejam setengah disini  .. i move to another place. Dari Puncak Jalil merentas Bdr Kinrara menuju Taman Putra Prima. HaiHaiHai .. penatnya raya .. tapi best!!!




Pagi Omputeh


Sekali sekala lupakan Biskut Jacob's Cream Crakers dan beralih pada McD pula ... hurmmmmm .. kenyang sampai ke petang hendaknya ... Musim-musim raya ni Open House berderet, kan ... *tummy hepi* hihi.