Diet ke kita?

Friday, September 21, 2012

Syawal dah berlalu .. meninggalkan kita semua dengan timbunan lemak tepu. Bestnya raya, kan.  Dalam sehari 4, 5 kali kita makan .. membelai 'tummy' dari pagi sampai malam.  Sampai sendat ketat dan akhirnya  kita sama-sama "membulat".  DuhDuhDuh .. camna nak buang lebihan itu?

Kelas M3 dah bermula. Hepinya dapat jumpa kawan-kawan semua.  Tambah bersemangat tengok Makcik-makcik bertaraf Ibu rumahtangga yang tau akan kesedaran bersenam bukanlah untuk kecantikan tetapi lebih kepada untuk menjaga kesihatan. Diaorang dah ada kesedaran .. pada yang belum .. sila lah 'take my frens as a sample'.

Parmeson Oregano Steak Sandwich from Subway ~ Berdietkah kita dengan mengambil makanan seperti ini? Hmmmmm .. entahlah sebab roti tu carbo juga, kan.  

Ada satu malam tu, kita makan Kerabu Perut yang ... Fullamak tersangatlah sedap.  Sampai my girlfriend Professor Dr. Rozzana minta tambah lagi sepinggan. Boleh diet ke dengan makanan seperti ini? I donno .. i'm not the expert tapi yang pasti .. its non oily .. langsung tak da minyak.

One thing i noticed i ni susah betul nak diet.  Almaklumler .. teman dulu penah kurus melidi mengalahkan tiang letrik ~ 38kg sahaja. Jenuh kena ejek .. kena perli dengan teman-teman seperjuangan. Ye. Teman paham teman 'underweight'. Itu pasal le kome ejek, kan. Walaupun masa tu umur dah lebih 20an .. masih beli baju di Children's Dept.  Pastu kawin .. dapat Aiman.  Habis pantang berat cuma 46kg sahaja.  Pun masih beli baju kat tempat budak-budak.  Gi clinic Doktor cakap "underweight" jugak.  Sian teman, kannn .. susah bebenor nak dapat 'ideal weight'.  Tapi alhamdulillah .. sekarang ni Aiman pun dah bujang .. berat teman pun udah bertambah-tambah .. udah tidak lagi dok bawah tapi udah sedang-sedang saja.  Bersyukur sangat dengan berat sekarang iaitu 5_  *i donno exact sbb dah lama tak timbang*  Bila dah dapat berat ideal sekarang .. rasa nak gi je kat diaorang-diaorang dan cakap .. Hey .. look here .. i'm no longer underweight. Stop calling me skeleton, OK. WahWahWah .. *mcm garang sangat la kau, ella* hahaha.

Minggu ni jumpa kawan Blogger baru .. Azlida untuk urusan yang bukan kita punya.  Seronok lah dapat jumpa dia .. Borak-borak .. tukar-tukar cerita.  Azlida dah lama baca blog kita .. kita pun sesekali jenguk Blog dia.  Blog dia ada cerita tentang Makanan Diet terkini which i find it quite interesting.  Korang .. sila la jenguk ke Blog A Little Room of Lida Rahim ni.  Sila lah lepak di sana .. kalau pun tak nak cuba .. sekurang-kurangnya dapat jugak kita tambah pengetahuan tentang Makanan Kesihatan terhot di pasaran sekarang.  Bacalah ... agar terbuka minda kita semua.  Mana la tau entah-entah dengan lepak 5 minit di sana dapat berjumpa produk yang dicari selama ni. Baca eh. OK lah .. I got to go.  Sekian sahaja Entry Berkongsi Cerita dengan korang semua.  Bye.






You Might Also Like

10 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail