Bermandikan Peluh di Kelas Hijau

Wednesday, September 26, 2012

Habis je Syawal bermakna bermula lah Kelas Aerodance di M3.  Sungguh la banyak timbunan lemak harus disingkirkan. Yeahhhhh  .. mari kita kerja kuat.  Bukanlah nak cantik tapi sebab nak jaga kesihatan.

Lagipun, Misz-Ella dah mula bersenam dari umur 20an .. kalau lama tak bersenam, badan sakit-sakit.  'Moody' pun ye.  Sikit-sikit nak marah .. bangun tidur tak semangat. Hmmm .. Exercise really give big impact in my life la.  Even i suka sangat ber 'aerodance' i always remind myself untuk tidak terlalu melenjan 'body'.  Seminggu 3 kali .. cukup.  Berpada-pada.  Jangan over.

Hanim dotter Teacher Tini yang dah mula bersenam baru-baru ini.
Keep on going, Girl. 
Mengerlip-ngerlip muka akibat dari perpeluhan yang maksima. Ini baru betul-betul mandi peluh, kan.


Si Baju Hijau selepas bersenam.
Tema Hijau Polkadot Jumaat malam. Retro la sangat, kan.
Tq Teacher Tini belikan baju sedondon buat kami semua.  Walau sudah beli yang terkecik ~ XXS, di badan Misz-Ella baju ini masih gedoboh di sini sana. Tapi tak pe .. yang penting Misz-Ella selesa.

Selain dari Cikgu Aerobik, Teacher Tini jugak salah seorang dari Jurulatih Utama untuk Hari Kebangsaan beberapa tahun lepas.  At the same time dia Cikgu Muzik. Sesekali dia ter keluarkan suara Soprano dia dalam kelas ... Auww .. terkejut i. Hihihi.

One thing la kan, kelas Teacher Tini memang fun dan tak membosankan. Enviroment dalam kelas pun best.  Bila kita datang, kita rasa di 'welcome' dan  sangat selesa.  Itu nak buat kita nak lagi dan datang lagi.  Well, PR skills apply everywhere in life, kan.

Buat yang nak bersenam tapi tak da masa atau malu nak join mana-mana kelas, bermula lah di rumah.  Beli je CD aerobik untuk Beginners. 20-30 minit sehari di rumah sendiri. Bermula pelan-pelan secara konsisten selama 3 bulan, i'm sure you will see a positive result. Sebab Misz-Ella pun bermula macam tu.  Bermula dari bawah dan tingkatkan aktiviti senaman secara perlahan-lahan.  Paling penting .. perlu ada suka dan cinta pada apa yang kita lakukan. Baru lah bertahan lama, kan.

   







You Might Also Like

9 comments

Follow by Email

Like My Facebook

https://www.facebook.com/norzaila.ismail