Sunday, September 9, 2012

Raya Western di Puncak

Musim-musim raya ni kan, tiap wiken ada 3, 4, 5 Jemputan. Dan oleh kerana terlalu banyak jemputan dalam masa sehari, mula la hati rasa nak 'skip' je rumah yang tiap-tiap tahun ku berada di sana and one of the house is belong to my Girlfriend, Fiza. Tiap kali raya mesti pergi rumah dia walaupun tiap kali tiba raya i will tell her .. Fiza .. tahun ni aku tak nak gi rumah kau lah. Dah la jauh kat Puncak tu .. pastu aku tiap-tiap tahun raya pegi rumah kau .. tahun ni aku tak pegi rumah kau tau .. aku nak gi rumah orang lain pulak.  Tapi tu lah .. dalam tak nak tak nak pun .. rumah dia ku tetap sampai.  In fact tahun ni sampai dua kali pergi rumah dia .. sekali singgah masa pergi rumah Sepupu di Taman yang sama .. kali ke dua sebab memang merancang mahu ke sana. Kuat sungguh jodoh kami berdua .. in fact i told Aiman .. Auntie Fiza ni dah lama kawan baik dengan mama tau Aiman .. Mama belum ada Aiman lagi Mama dah kawan dengan dia. We learned to accept each other seadanya .. tak da dah istilah kecik hati atau ambek hati antara kami .. mungkin kerana kami dah terlalu memahami sesama sendiri. Almost 20 years close friendship ... i really appreciate moments that i spend with her and my other Girlfriends, Kak Ros and Lin.

Bila my another Girlfriend Kak Rosnah  mentioned about nak beraya rumah Fiza .. i jawab Jom .. kita lepak sama-sama tapi harus Hi-Tea ye .. sebab itu saja masa yang i free. Dan jangan tak tau .. kitorang siap request Fiza buat Western Raya for us. We request Pizza .. Fiza padankan dengan Garlic Bread and Mushroom soup .. pastu we request Yee Mee .. Fiza cakap OK. WahWahWah .. sayang betul kawanku yang seorang ni pada kami .. and Fiza add on Apam Balik, Carrot Cake which are all homemade. Semuanya airtangan Fiza kecuali dodol, sumi jelly dan tembikai tu.  Kalau ada tempat .. dia tanam tembikai tu gamaknya ye? Hehehe.

Pizza, Garlic Bread dan Mushroom Soup. Hurmmmm .. Yummy!!

Yee Mee pun adoo ....


Hahaha .. Seketui Yee Mee Kering harus dihabiskan seorang.  I think ini lah rumah yang i feel so kenyangggg .. dengan Pizza nya, Yee Mee lagi, Garlic Bread + Mushroom Soup lagi, Apam Balik, Dodol, Buah, Air Panas dan air sejuk. Ketat sendat tummy *tapi heppi* Hehe.

CRV sapa la tu sampai parking depan pintu? Hehehe ..

Lepas makan dan kenyang ..  sila lah Aiman buat macam rumah sendiri. Hehehe.

 Tak lama kemudian adalah keberangkatan tiba my another Girlfriend Kak Ros and The Team. Jangan tak tau .. Kak Ros ni kalau berjalan tak pernah seorang .. mesti diiringi Bodyguard dan Dayang-dayang yang cantek manis.  Untung lah Kak Ros sentiasa berteman ..

I am a Lavender lover .. so gambar ladang lavender kat dinding tu cepat menangkap perhatian ku. Canteknyaaaa .. wanginyaaaaa ... nak tanam lavender!!! Ecece .. macam la boleh. Hehe

Dan aktiviti Makan, borak dan gelak berjemaah ini bersambung lagi di dalam rumah kerana Fizaaaaa .. hujan dah turun .. bawak masuk makanan cepat!! Eleehhh .. sekejap je settle .. anak bujang Fiza rajin-rajin orangnya  .. Sekejapan clear. Kat ofis pun rajin menolong .. datang rumah i pun dia rajin .. bertuah Fiza ada anak bujang yang boleh diharap. Sejam setengah disini  .. i move to another place. Dari Puncak Jalil merentas Bdr Kinrara menuju Taman Putra Prima. HaiHaiHai .. penatnya raya .. tapi best!!!




9 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

seronok nyer!

pinky said...

seronok jer attend open house...

kakcik said...

Nampak sedap semua makanan yang dihidangkan. Seronok tengok Aiman gembira. :)

Mooniqueen said...

Mesti CRV KC ni kan??? Hehe...

Susah nak jumpa sahabat sejati susah n senang sama2...

Chekgu Azrine said...

sakannya kak cik..seronok tgok kak cik ramai kawan erk..

♥MAMASYAZA♥ said...

byknye menu, best

YanaUjang said...

1st time tgk org hidang yee mee..unik je..


p/s:: akak cyg..nk gbr raya hr tu pliss..maklong lah hr tu bateri hp kong xdpt nk snap gbr sendiri..kena guna ihsan kamera org len je..huhu =)

Peri PiA said...

seronok nya,dpt sahabat yg memahami

Alinaclover Premium Beautiful said...

byk nye makanan