Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Raya Pertama Happening Gila!!

Hari Raya pertama yang happeningggg .. Nasi Tomato, Ayam Merah, Rendang Dendeng, Rendang Negeri Sembilan Cili Padi, Rendang Ayam, Kuah Kacang, Nasi Impit dan Lemang. 'Tummy' paling sengsara hari ini, macam-macam dia kena hadamkan.  Welcome lemak .. no diet-diet for today ok. Hari Raya lerrrr ..apa kelas ber dietan, kannn.

Satu hari di pagi raya ... Misz-ella 'recycle' baju dua tahun lepas sebab tak tempah baju raya sedondon dengan dorang berdua. Alolololo .. patutnya dis year tema kalerful, very the last minute dorang berdua tukar plan. Sib baik baju lama muat tapikannnn .. jenuh akak tahan nafas ok. Sian i!! Tehehehe ...

Sana sini orang panggil i Mem @ Datin sebab i duduk belakang.  Weeee .. i got 2 bodyguard infront ok .. KL-Segamat akak jap-jap duduk .. jap-jap baring.  Three seater seat i bolot sorang ... sungguh la gila kuasa!!  Dorang kata kan ..i dont look like 40. Dorang kata kan, i look like kakak Aiman. Wahhhh .. kembang i sekejap *makin ketat ler bajuuuuu ..* hihihi.



Kita sepupu lerrrr .. Lagi 5 tak da .. anak Alop dan anak Boi.  Tapi kauu .. yg 10 ni pun dah menggempakkan raya kami. Dengan karaokenya .. dengan bunga api mercunnya .. dengan main bolanya .. i told you .. my family very the happening!

Double celebration - Hari Raya Pertama dan birthday anak saya Aiman. Hepi birthday Aiman. Mama love you forever.  Segunung kasih selautan sayang hanya untuk Aiman, harta mama dunia akhirat.  No one loves you as much as i do. Kalau esok-esok Mama dah tak ada, baca balik entry-entry di blog mama ye. Aiman yang bertuah .. aiman yang dibesarkan dengan limpahan kasih sayang bukan sahaja dari mama tapi juga mak-mak sedara dan lain-lain ahli keluarga.  Kami yang bertuah .. kerana dilimpahi kasih sayang melimpah ruah. Alhamdulillah.

Tiap-tiap tahun we will celebrate birthday Aiman together, tahun lepas masa bulan puasa, tahun ni di hari raya.  It's a big surprise for him .. dia ingat everyone busy and wont remember his birthday .. Tq Ky and Ina who arranging the cake for me. Love you all lah.

Papa Ngah nak tumpang potong kek .. birthday Papa Ngah pun bulan 8. Weeeeee .. lagi ramai lagi best!!


Dia. Dia. Dia. Hari ni harijadi dia. Harijadi dia masa hari raya pertama.  Jom kita celebrate birthday dia sama-sama.


Next ... acara wajib tiap tahun - bermaaf-maafan. Tahun ni Angah lead. Kepada Kak Ngah, thanks for being a great kakak ipar for 20 years. We love you.  To Abg Pai and my sista Ky, terima kasih atas segala dorongan, nasihat dan tunjuk ajar. I terharu dan sangat bersyukur to have people like you all in my family *sobs* .. buat adikku Aishah yang beraya di Negara Cina, we miss kekecohan you. Buat mama dan abah di Teluk Intan, we will arrange a celebration with both of you. Apa pun, raya kami meriah gila!

Papa Ngahhhhh .. nak duit raya!!

'Datin' katanya .. KahKahKah!

Balik kampungggg ... o o o o  balik kampung ... o o o o balik kampungggg .. hati giranggg .. next destination ~ Segamat rumah Mama Ida, our Stepmom.

Yeahhhh .. tak sabar nak jumpa Mama Ida dan adik beradik sebelah sini. Walau Abah dah tak ada, kami masih sambung silaturrahim sesama kita. Kasih sayang tiada sempadan, walau mak tiri, kami tetap sayang dan hormat macam mak sendiri.


Bosan punya pasal, ambik gambar lagi dan lagi. Tehehehehe.

Riuh rendah rumah Mama Ida - mula-mula dorang main bola tepi rumah

Pastu main kat laman rumah. Omakaihhhh .. very the happening. Dengan orang tak putus-putus datang, 10 ekor ayam finished on the first day. Next morning nak repeat Ayam Merah 
no more oredi. Gitewww le meriahnya raya kami.  Misz-ella basuh pinggan sampai kecut jari .. habis lencun baju 'Datin' i. KahKahKah!

Misz-ella tidur awal. My brother Alop and family sampai dari Taiping pun i cuma salam and sambung tidur.  I'm so tired ... sok kita sembang eh.  Malam tu i tidur dalam bilik mama with Ika and Ky.  Aiman and father kat bilik bujang, famili Ky conquer hall tengah, famili Alop dan Angah kat hall depan.  Hampir 30 orang dalam 1 rumah, sib baik rumah Arwah Abah dan Mama Ida besar.  Sesuai sungguh untuk famili besar kami (11 beradik from different mother).  Alhamdulillah .. we are happy.  

Ok lah.  Got to go. Panjang lebar Entry kenangan raya pertama i,,kan. Tq baca ye. Selamat Hari Raya my dear readers. Bye.













6 comments:

Kakcik said...

Salam Syawal Ella

Happy belated birthday Aiman

:)

Cik Eka said...

selamat hari raya kakchik ella.

happy bday aiman

Chekgu Azrine said...

Happy birthday aiman!!

Selamat hari raya kakcik ella

YanaUjang said...

slmt hari raya kak! maaf zahir batin...meh dtg rmh saya ahad ni..sila check event kt fb okeh! ^__^

Nurul Ain Zulkarnaind said...

mmg happening gilerrr

MamaDaniel said...

slmt hari raya.. kita pun raya kat segamat juge... :D