Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Dont Judge The Book By Its Cover

Hi. Tetiba nak buat Entry ni.

Sesekali kan, terluka jugak dengan tanggapan orang pada Misz-ella ni. Tapi luka Misz-ella lama mana la sangat. Sekejap je. Lepas tu Misz-ella maafkan. Lupakan. Tak mau simpan titik hitam lama-lama dalam hati.

Manusia ni senang sangat nak 'judge' seseorang. Dia tengok dia terus judge. Hurmm .. suka-suka je mengata tapi tak pe lah .. maafkan dia. Dia tak kenal kita 'deeper' .. dia judge kita surface je. Or maybe dia terlupa akan pepatah 'Dont Judge The Book By Its Cover'.

Dulu ada orang cakap .. Kalau orang kenal Misz-ella mesti orang tu akan suka pada dia. Hurmmm .. tak jugak.  Hidup ni penuh warna .. Ada orang suka ada jugak yang tak suka.  As for me .. asal kita tau jaga diri dan tak kacau or hurt sesiapa, In Sha Allah Allah Swt pelihara jiwa kita.

Sebab tu kadang Misz-ella lebih suka menyendiri dan duduk diam-diam. Kadang orang kata berlagak@sombong tapi sebenarnya tidak.  Gue malas nak cakap banyak, malas nak kecoh-kepoh. Takut terjebak kontroversi pun ada juga .. so better i low profile sahaja.  But one thing, i love my Blog reader. Awak datang dan baca, saya sangat suka.  Idak le rasa cakap sorang-sorang, kan. Tehehehe.

Hi-Tea at my friend's banglo over the weekend.  Tak sabar nak buat Entry Hi-Tea ni tapi tungguuuuu .. akak ni very the busy. 

Tq baca. Byeee.



Cameron Highland 2014

Jejak kaki ke Tanah Tinggi lagi, kali ni dengan kawan-kawan perempuan. Ahli-ahli rombongan terdiri dari Mak-mak .. Bapak-bapak duk rumah jaga anak. Ecehhh .. tak do maknanya .. Kalau dah apak-apak ni bagi izin mak-mak pegi jalan, haruslah kena bawak anak-anak tu sekali ..

My Pilot for the Trip ~ Ismayanti Bedak Sejuk @ Pinky. Dia vrooommmm lelaju. 110-120-130-140-150-160 .. akak kat sebelah duk diam-diam  buat tak pandang. Saman .. saman .. Oohhh RM melayang.

Lagi ahli-ahli rombongan - Misz-ella and The Green People. Ahli Akademik, Arkitek.  Yang pastinya background dorang landskap.  I dengan Ismayanti je yang bukan landskap.

Let me introduce you to all these beautiful ladies - Bertudung oren tu Wai @ Auntie comel, Aina, Misz-ella, Ismayanti @ Pinky @ Bedak Sejuk, Yana Halim dan Lyn

Kalau gi Cameron Highland, jangan lupa lepak kat Opah Strawberry. Scone nya murah cuma RM3.50 dan ada macam-macam lagi kat sini. Opah Strawberry and Farm lokasinya di Kg. Sedia.  Thanks Yana bawak kitorang datang sini. Suka. Suka. Suka. Suka sangat-sangat lain kali nak datang sini lagi.

Muffin Strawberry kat Opah Strawberry & Farm adalah sangat best.  Kami bungkus sorang 10 ketoi bawak balik. Murah je .. RM2/pc.

Laksa kat Opah Strawberry pun best jugak.

Gi mana-mana pun Misz-ella yang paling tua @ senior. Ye. Saya sedar saya dah tua. Life Begin At Forty katanya, kan. Teringat perbualan dengan Doktor baru-baru ni .. Doktor tu suruh i pregnant lagi sebab dia kata Life Begin at Forty. Erkkkk .. Anak i dah 18 tahun weih .. nak suruh pregnant lagi? OhMy .. bagi chance la kat korang yang muda-muda. Tehehe.

Sg Palas Boh Plantation.  
Masa kecik dulu, my mom kalau buat Teh O mesti se jug terus.  Bio le atas meja tu dari panas sampai sejuk.  Sejak kahwin, amalan tu i dah tak praktis lagi.  Teh O pun bukan favorite i lagi .. tapi Misz-ella tetap borong teh trip kali ni. 

At Lavender Farm
Sayangnya Lavender Farm langsung tak berbau bunga.

I love Lavender

Wahhh .. Best dapat berfoto kat kereta 'retro' ni. Dapat sebijik lagi best gamaknya ye. Bayangkan .. Misz-ella meronda dengan kereta white purple polkadot ni. Uishhh .. 

Tengah- tengah tu kan, Bibik Lyn yang tersangat la best. Bibik buat ikan kukus lepas tu bakar kat Cameron. Sedap dan The Best Ikan Kukus we have eaten so far.


Bila ditiup angin sepoi-sepoi bahasa .. omakaihhh .. best. Sangat best. Dalam grup ni, Lyn dan Wai paling suka 'selfie'. Misz-ella suka tumpang je. Hihihi.

Wai Chief de Mission untuk trip kami.  Very the boleh harap orangnya.  Nampak macam garang, tapi dia sebenarnya best!

Terima Kasih Tukang Sponsor.  Apartment yang kami duduk sangat besar, selesa dan best.  Tido sebilik dengan Wai, kami borak dan borak sampai mata betul-betul tak larat lagi.  Boleh tahan Si Wai .. orang yang suka cakap memang serasi dengan i.

Kita-kita Aje
Best kepala sorang-sorang .. boleh 'ngam' lah

Harus cari Strawberry Cicah Coklat kalau ke sini

Malam tu kita Steamboat dan BBQ dinner together. Sedapnyaaaa .. sampai la teringat-ingat

Sayur-sayur, Coleslaw, Bebola, Ketam Stick, Lamb Chop, Herbs Chicken Grill, Sosej, Ikan Kukus-Bakar, Mee Suah dan Keledek Kukus.  Aishhhh .. tetiba ada rasa nak makan menda-menda sedap ni lagi. 

Kesimpulannya, malam di Cameron Highland tetap dingin dan best tapi saat matahari tegak atas kepala, panasnya sama macam KL leee .. tinggal lagi sesekali ditiup bayu, masa tu je yang best.  Misz-ella dah banyak tulis tentang Cameron di Blog ni but this Entry is specially dedicated to all this beautiful ladies who joined the trip.  Next kita gi tempat lain pulak ye adik-adik. BYE.


































Seorang Lebih Kuat

Ye .. itu lah realitinya.

Bila terlalu dimanja, kita jadi manusia yang kurang kualitinya.

Semua orang buat untuk kita, kita jadi lemah dan tak tau apa-apa.

Bila keseorangan, sume kena buat sendiri. Pandai pulak kau berdikari.

Kesimpulannya, ada tempat dan ketika, keseorangan dan bersendirian itu lebih baik sebenarnya.  Kita jadi lebih bijak dan kuat. Lebih matang dan memahami erti kehidupan.


Hari Cantik

Hari ini ialah hari yang segala-galanya tentang cantik.

My Kesayangan Ismayanti dapat kasut Cinderella yang sangat cantik ini. Wahai kasut cantik .. i so teringinnnn tapi tak pe lah, i got other priority because you are not cheap.



Misz-ella? Cukup la dengan ' bracelet Pandora' ber 'dangle' ini sahaja. Oh glamer .  I like blink .. blink.  Meriah tangan, kan.

Lepas tu, bermain dengan berus untuk misi cantik.

My Kesayangan Ismayanti yang telah menjadi lebih cantik dengan jari-jari halus Misz-ella ni.  Sayang she is rushing .. if not i have more time to do the make over for her.

Malamnya, saya 'dinner' dengan seorang perempuan cantik.

Dan lepas tu, ke Lantai Tari untuk misi Sihat dan cantikkan diri. Sihat tubuh badan, cantik minda dan dalaman. 


Dan malam itu, saya melihat gambar cantik-cantik kiriman darling ku Ismayanti. Kau memang cantik lah, fren.












Hello Monday. Sugarplum's Kitchen.

Hello Monday.  Mesti korang bizi, keluar pagi-pagi redah trafik demi sesuap nasik.  Bertabah la ye korang .. selagi bernafas di bumi Tuhan selagi itu wang ringgit jadi keutamaan. DUIT. DUIT. DUIT.

Kadang kesian, umur dah banyak masih perlu meeting sana sini, masih perlu meredah semua asam garam dunia bekerja.  Kalau 'platform' nya Boss sedap gak bunyinya .. tapi nak buat camna .. itu realiti yang masing-masing kena hadapi dan telan.

As for me, i memang dah set target dari awal bekerja lagi.  Sekarang Alhamdulillah, bahagia dengan apa yang i jalani hari ini.

Harini ada Appointment dengan sorang tokey besar. Nak cerita bisnes, nak sembang pasal 'travel'.  Weeeeee .. tak sabar dah ni.

Looking backwards, rasa bersyukur sangat dengan apa yang dah Misz-ella lalui. Dulu orang cakap i macam-macam, sesedap rasa seenak hati dorang je. Sekarang Alhamdulillah, i prove them wrong.

Biar orang kata kita, kita jangan kata dia. Biar orang buat kita, kita jangan lawan dia.  Biar kita nampak kalah tapi kita yang menang sebenarnya. Percaya lah Takdir Tuhan itu Indah.  Harini kita menangis esok Allah Swt bagi ganjaran yang kita tak duga. Asalkan kita sabar dan redha. 

Ayam Kenny Rogers dah makin kecik.  Kalau nampak jagung, confirm la mine cos i love corn. Bubur jagung, jagung rebus, jagung stim, cucur jagung. OhMyMy ... pantang jumpa ok. Minggu depan nak gi makan kat Jaringlah. Lama dah tak gi.

Promot produk kawan jap .. Cheesekut Oreo Strawberry from Sugarplum's Kitchen RM7 only. Cream crackers biscuit dilapis dengan cream cheese dan oreo pastu ada strawberry .. Yummy!! Sedap dan lazat  .. Misz-ella dah try.  Visit Sugarplum's kitchen FB and message Farah Deeb. Anak Omputeh isteri Ustaz yang very terror in baking. Confirm sedaplah wa cakap luuuu.

Tehehehe . . Tetiba ending ter rock tadi. OK bai .. Misz-ella perlu bersiap for my appointment ni. Thank you reading me. Byeee.








Salah Siapa?

Hai. Today is a happy and a sad day.  Hidup ni Indah. Ada masa gembira. Ada masa duka.  By the end of the day, benda-benda camni mematangkan kita.

Sebab, bila sesuatu kejadian/peristiwa terjadi, ia buat kita berfikir lagi dan lagi.  Kita kupas intipati peristiwa, kita cari punca hingga ke akar umbinya.  Then kita rawat punca agar ia kembali molek dan sempurna.  Kalau tak rawat punca, makin teruk la jawabnya, kan. Tapi kebanyakan orang jarang nak rawat punca .. malah hanya mencari orang lain untuk disalahkan sahaja.  Then things go hairwire.  Konflik terus membesar dan akhirnya ????

Hurmmm .. Misz-ella dah penat. I let them win.  Whatever la orang nak kata, i pasrah terima. I'm to tired with all the drama.  I'm to weak to fight. I have lose all the strength. Cakap berulang-ulang, repetitions so many times, mesej tetap tak sampai.  Tired. Frustrated.

Betul kawan Misz-ella cakap .. kadang kita perlu jadi lilin. Kita bakar diri untuk terangi kegelapan orang lain tapi akhirnya kita juga yang dipersalah.  Lelah. Sungguh lelah.

Bertabah lah wahai Emosi.  Jangan sakit hati. Jangan sampai benci.  


Paper. Paper.

Haishhhh .. mana idea tak datang-datang .. susah betul nak siapkan Paperwork ni. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit .. tapi i nak bukit setinggi gunung yang cepat proses menaikkannya.  Sayangnya dimana lah kau wahai idea. Idea .. idea .. please come to me.

Inhale .. Exhale .. Inhale .. Exhale. Ehh silap .. tu step aero.

Aduhaii .. ketuk kiri kanan kepala, jalan-jalan keliling meja, calling darlings untuk stress release. WeWeWe ... ok dah lega. Tak stress dan tension lagi. 

Byeeee .. akak nak hadap 'lap top' sampai lebam mata malam ni.

Bahagia Ke?

Hai. Tetiba terpanggil nak tulis tentang bahagia sebab tadi berborak dengan kawan tentang Subjek ni.

Kadang kita tengok orang, hidupnya 'perrfect'. Ada rumah, kereta mewah, ada famili lengkap segala, boleh melancong ke luar negara at anytime they feel like it .. but they are still not happy. Masih tak rasa bahagia, masih ada rasa kekurangan dalam hidup mereka, masih ada ruang-ruang kosong yang perlu dipenuhi. Kenapa?

Misz-ella pernah cakap, Bahagia itu datang dengan berbagai cara. Ada disekeliling kita kalau kita tau manfaatkannya. Allah swt bagi rezeki dengan berbagai cara .. kesihatan yang baik, rezeki yang murah, urusan-urusan duniawi yang lancar dan dipermudah dan paling penting ketenangan jiwa dan percayalah bahawa ketenangan jiwa itu lahir dari emosi yang kita kawal sendiri. 

Kalau emosi tak terkawal, asyik nak marah, asyik nak cemburu, irihati dan berdengki, serba serbi tak kena .. bila nak tenang dan bahagianya? Bahagia itu sebenarnya datang dari dalaman kita, kan?

Persekitaran/surrounding juga menyumbang kepada rasa bahagia. Dikelilingi orang-orang yang menyayangi, memahami dan menghargai, yang selalu buat kita hepi akan sentiasa buat kita gembira dan bahagia. 

Amalkan lah sikap mudah dan memudahkan. Jangan disulitkan. Bila kita mudahkan urusan sesama manusia, In Sha Allah Allah akan permudahkan urusan kita. Bila semuanya mudah, indah, bukankah BAHAGIA hidup kita? Life is easy .. Dont make it complicated.  I will definitely go to those who makes me feel 'bahagia' instead of orang-orang yang buat i sakit hati dan kepala.  I avoid hurt as much as i can cos i love my heart very much. I take care of my own heart so that my feel and mood is always happy and lovely. Hati yang sakit melahirkan emosi yang tidak baik dan menjauhkan bahagia dari hidup kita dengan sendirinya. Nampak tak? Nampak tak korang yang bahagia itu ada di mana-mana terutama nya dalam diri kita sendiri sebenarnya? Tinggal lagi kita kena tau mencari dan memanfaatkannya.  Its priceless. Tidak terbayar dengan wang ringgit hatta harta setinggi langit kalau kau ada.

Senang cerita .. Do things that makes you happy and enjoy doing it. Berdampinglah dengan orang yang buat kita rasa bahagia dan bukan sakit kepala. Dalam ayat yang lebih mudah, kalau kita rasa keluar dengan dia, berkawan dengan dia, berborak dengan dia buat kita rasa gembira dan bahagia, pergi kepada dia. Kalau kita rasa berdamping dengan dia buat emosi kita sengsara, avoid lah dia. Take care of your own heart. Jaga hati kita sendiri. I practised that in life.  Kalau tak boleh avoid, lapangkan lah hati dan dada .. berdepanlah dengan mereka dengan 'tak ada rasa' .. so that tak terganggu emosi kita bila terpaksa berdepan dengan mereka.  Hurmmmm .. camtu la Misz-ella jawab pertanyaan kawan Misz-ella tadi.


Dua tiga hari ni kan, memang Misz-ella tak buat apa-apa .. hanya spend quality time with kesayangan. Makan, borak, minum, gelak, tengok movie .. padahal i have big paperwork, big calculation to do. Hurmmm tu la kau, dah penat memaksimumkan kederat badan, lepas tu bermalas-malasan. Nasib baik well taken care by kesayangan. Tak yah keja, tak yah fikir makan, tak yah drive .. Nak Kopi? Nak tu? Nak ni? sume disediakan. Olala .. i suddenly feel like Mem Besar tapi tak lama. Tak boleh rest lama-lama sebab lepas ni nak terbang tinggi-tinggi dan sebelum terbang kena prepare paperwork terlebih dahulu.  OK lah. Nak gi chekidaut something else. Harini kena drive sendiri as my kesayangan is busy. Bye.




Cinta Stroberi Dan Vitamin C

Buah Strawberry segar feveret Misz-ella. Sapa yang kenal rapat dengan Misz-ella mesti tau i love fruit very much and strawberry is the one I most like. Dulu-dulu selalu dapat strawberry as a gift. Dulu-dulu la .. sekarang-sekarang kau pegi la beli sendiri. Hihihi. Peluang borong stroberi baru-baru ni buatkan Misz-ella suka tak terkata.  Setengah kilo Misz-ella makan sorang dalam sehari. Cicah coklat? No. No. No. I makan gitu je, lagi best. Dan untuk memanjangkan nostalgia cinta sang stroberi ni, beberapa kotak Misz-ella hadiahkan kepada yang dicintai. 

Cinta Sang Stroberi .. lupakan sahaja .. kerana banyak pahit dari manisnya. Ehh jap-jap .. masam kot bukan pahit. Stroberi mana ada pahit, kan. Hihihi.

Petua memilih stroberi - kalau nak yang manis, sila pilih yang betul-betul merah pekat/gelap warnanya.  Means stroberi tu dah betul-betul masak, manis dan sedap.  Tapi Misz-ella like both - stroberi manis dan masam so i akan pilih pek yang ada 2 warna - warna oren/kurang terang dan merah pekat/gelap so that i can enjoy both taste - masam dan manis.

Berita baik untuk Customer Misz-ella. Saya sudah 're-stock' Vitamin C. Musim panas ni, ramai selsema, batuk, demam dan sakit kepala khabarnya. Tapi Misz-ella Alhamdulillah .. sejak amalkan pengambilan Vitamin C, dah setahun lebih tak selsema, batuk, demam dan sebagainya. Lega sangat sebab Misz-ella sangat rimas kalau kena selsema. Mata berair, hidung telinga gatal-gatal, tekak sakit, OhMyyy .. sangat tak selesa, kan .. Sejak kerja sendiri ni, langsung tak da sakit kepala.  Alhamdulillah .. dah banyak improvement tahap kesihatan i .. satu lagi nikmat Allah swt bagi.  

Another good thing is, i have reduced the price of the Vitamin C from RM70 to RM66 only. RM66/100 biji/V1000mg dimakan sebijik sahaja sehari .. so RM66 untuk supply Vitamin C selama 3 bulan, 10 hari. Murah dan jimat, kan. Vitamin C yang Misz-ella jual ada kelulusan KKM bukan dari jenis yang 'loose' dan di 're-pack' sendiri so jangan risau ye dan selain dari dapat kuatkan antibodi badan dari jangkitan batuk dan selsema, Vitamin C juga mencantikkan kulit dan mengeluarkan lebih peluh tika saya bersenam. Best, kan. 

Nak tak korang? Nak tak? Ada 15 botol je ni. Kalau nak .. Email Misz-ella kat kakchik_ella@yahoo.com. Enquiries will be attended a.s.a.p. as the phone is always with me.

Baru-baru ni Misz-ella mengemas dan telah menyusun atur semua asessori. 4 kotak camni semuanya korangggg. Omakaihhh .. no wonder i so pokai .. dok membeli macam-macam rupanya selama ni.  Masa beli tak sedar time camni baru nak Omaigoddddd banyaknyaaaa .. hehehe.

Berita baiknya ialah, i'm  giving away 4 sets of the brooch yang 3-in-1 tu. 4 set yang berderet diatas sekali tu Misz-ella belum pakai lagi. Buat yang bertudung, buh satu bawah dagu, dua lagi kat kiri kanan bahu. Wahhhh .. comel lah korang. Berseri-seri dagu dan bahu ye. Lip lap lip lap tang situ. So 4 pembeli pertama Vitamin C dari Blog Misz-ella ni bukan sahaja akan dapat Vitamin C malah juga kerongsang 3 in 1 from me. Best, kan. So jangan tunggu-tunggu, sila email me sekarang before its gone.

Ok ye. Takmo cite lagi dah. Akak ada keja lain nak buat ni. Byeeee.








Duka, Lara Dan Gembira

Orang kata duka membuat jiwa lara. Betulkah? Hurmmmm .. i dont think so sebab for me kedukaan itu boleh menjadikan kita lebih kuat kalau kita tahu bagaimana.  Percaya lah yang dalam setiap kedukaan, terselit sebuah kekuatan.  Tinggal lagi kau kena tau bagaimana nak manfaatkannya.  

Terima kasih Sahabat. Kerana duka yang kau berikan itu menjadikan aku lebih kuat. Lara yang kau kirimkan itu akhirnya menjadi senjata melindungi hati dari disakiti lagi. Yeayy!!

I look forward for more and more good happenings.  Khabar-khabar gembira, jalan-jalan bercahaya menggamit Misz-ella agar pergi ke sana. In life, think positive, be happy. Appreciate life while you can. Jom kita lead our life to be positive all the time.  You can do it, believe it.



Sehari Bermacam Cerita

Dalam sehari, berapa kisah kita ada?
Berapa emosi bertukar ganti?
Berapa kali kena jadi 'decision maker'?

Apapun jawapannya, when u have decided, dah buat keputusan, berpegang lah pada jalan yang kau pilih.

Harini keluar pagi, pulangnya petang hari. Keluar berduet, balik solo je.  Tika baring melepas lelah, jari halus lincah menari berkongsi rasa dengan kesayangan semua.

Sakit di badan, luka di dada, ria jauh nun di sudut hati .. berapa emosi aku hari ini? 

Kalaulah .. kalaulah .. kalaulah ..
Hurmmm .. tak pe lah. Tak terluah dengan kata-kata nampaknya.

Esok aku boleh rehat tapi sekejap je, sebab lepas tu kena terbang tinggi-tinggi. Penat nya la haii .. kalau boleh nak angkat seketol ni ha kongsi beban dengan korang tapi ada ke yang sudi?

Tapi penat itu adalah mainan minda semata, bukan fizikal.  Dari aku fikirkan penat, lebih baik aku fikirkan something fun. Wanna join me? You will love it. I'm sure.

Ok dah.  Akak yang penat ni nak gi buat something fun, fun and fun.  Jangan tanya apa dia cos SECRET jawapannya. Tehehehehe.

Minggu lepas, spend quality time with Ekin yang sweet. Tq Ekin.

Lepas tu bawak kesayangan yang ni makan menda-menda sedap ni. Sedapnya la haiii .. repeat Ahad petang kat branch PJ SS17 with more kesayangan.  Berpenat-penat tapi hebat.  Tambah hebat with gud gud news and story. Life is great.  Now i got more support .. tak keseorangan lagi.  Doakan impian saya menjadi. Amin.

Ok dah. Takmo cerita banyak lagi dah. Nak gi buat something fun to kill my penat.  Tido? Not now.  I tak tido siang tapi tido lewat malam macam 'Sleeping Beauty' kalau mercun meletop kuat pun tak sedar .. *hihihi* Okbai.











Super Bizi Week

Sorry for not writing. Sekarang pun masih letih dan bizi tapi rindu. Rindu sangat-sangat nak meluah rasa di Blog ini.  Sambil melepas lelah, sambil jari-jari halus mengetuk keyboard Samsung ini.

Dari Isnin sampai ke Ahad, tak da sehari pun Misz-ella berehat. Tiap hari ada urusan, tiap hari ada hal.  Bank Merah Putih, bank Hitam Kuning, Pejabat Kerajaan,  Sekolah Tahfiz, Kedai Emas, Tanah Tinggi dan Kedai Kopi semuanya Misz-ella pergi minggu ni.

Dalam hidup kita, ada berita sedih, ada berita gembira.  Alhamdulillah untuk sebuah perjalanan kehidupan yang begitu indah. Bukan semua orang berpeluang untuk melalui pengalaman sebegini.  Allah Swt ada sebabnya tersendiri memilih kita.

Kalau ada izin dan restu Allah Swt, Misz-ella akan buat sesuatu yang baru. To be exact - expanding. Bagai diatur buat kita, peluang datang tanpa kita duga. Moga langkah ini diberkati Allah Swt.  OK. Tak nak cerita banyak-banyak lagi dah sebab nanti tak 'surprise'. 

Till then, keep on reading cos i have a lot to write.  Ada banyak benda nak kongsi, ada banyak kenangan hari tua nak tulis kat sini. Tapi nanti-nanti, sebab sekarang i need to rest and re-charge. Esok, 10/2 nak bangun pagi and travel lagi. Mudah-mudahan Misz-ella kuat. In Sha Allah. Amin.

'Dating' Mak Dara di Restoran Only Mee


Mak Dara Pertama - Yana Nak Cerita.

Chicken Blackpper. Oooooo .. sedap sangat menda nih. 
Yang ni Misz-ella punya. 

Chicken Tomyam.- Served with White Rice panas-panas. UIshhh .. pedas berapi.  Yana order ni.

Dan 'dating' kami diserikan oleh girlfrenku Si Pinky @ Ismayanti Bedak Sejuk yang tetiba cakap Nak Joinnnnnn. Ha cepat. I dah on the way.  See you at Only Mee. Zassss lelaju dia sampai. Minah ni jangan bagi pegang steering .. kang dari Bismillah sampai Khatam kita dalam perjalanan tu kang sebab dia 'drive very the laju'.  Short date sebab lepas tu dua orang Mak Dara tu kena masuk kerja.  Misz-ella pulak sambung jalan-jalan.  I keja sendiri tak report kat sesiapa sukatik la nak gi mana, kan.

Hepi dapat jumpa Yana sebab kepulangan Misz-ella adalah berserta RM 3 angka dari dia.  Dia pun hepi jumpa Misz-ella sebab dia pulang bawak batu permata tapi sayang, barang i ada lagi yang tertinggal dalam kereta dia.  Hepi dapat jumpa si Pinky sebab even kitorang setaman, tersangat la susah nak jumpa dia.  Naik pangkat, naik gaji, bertambah responsibility .. begitulah kekdahnya kehidupan si Pinky sekarang ni. Busy. Busy. Busy. Siang malam dia busy. Geram je Misz-ella kat dia. Ehh .. Dasar mau attention la sangat i ni, kan. Hahaha.

Kesimpulannya, makan kat Only Mee sangat sedap. Bukan Mee je dia ada nasik jugak macam yang kitorang makan tu.  Dihidang dalam bekas kayu yang panas, nasik kat bawah, lauk kat atas. Fuhhh .. Fuhhh .. Fuhhh .. nak makan tiup dulu. OK, lepas ni boleh repeat.  Yang kitorang makan ni di SACC Mall.  Nak tau kat mana lagi Restoran ni ada sila tanya Encik Gugel ye. OK Dah. Tenkiu baca. Byeeeee.









Day 3 - Pulau Manukan dan Pulau Sapi

Hari ke 3 di Kota Kinabalu - Hari yang dinanti-nantikan oleh anak-anak kita sebab today is our island visit day.

Pakej melawat pulau diuruskan oleh Tuan punya apartment di Marina Court Resort Condominium yang kami sewa.  Satu bot RM250 untuk 2 pulau, sewa peralatan 'snorkelling' RM10 seorang. Pulau yang kami pilih ialah Pulau Manukan dan Pulau Sapi.



Kat Jeti pun boleh nampak ikan. Jernihnya air.




Peserta-peserta 'Sea walking' bersedia untuk berlepas.

Pulau Manukan. Cantik, luas dan bersih. Seronok ber snorkelling di sini.  Bak kata Haqeem, sambil mandi sambil main dengan ikan. 

Pulau Sapi lebih kecil dari Pulau Manukan.  Anak-anak sempat bermain 'parasailing' di sini.  Best dorang kata. Walau kempis dompet, tak pe lah, yang penting anak-anak hepi.  

Pada pendapat Misz-ella, cukup la kalau kita melawat satu atau dua pulau tak perlu melawat banyak sebab pulau-pulaunya lebih kurang sama je.  Nak masuk ke pulau-pulau tu kena bayar Rm3/seorang.  Bayar di Kaunter Tiket pulau pertama dan simpan tiket baik-baik untuk ditunjukkan di Kaunter masuk pulau seterusnya.  Means RM3 sahaja untuk semua pulau. Tak yah bayar banyak kali ye.

Dalam pukul 2 kami berlepas balik ke Jeti dengan rasa senang hati dan hepi.  On the way balik, singgah makan Ayam Penyet kat Anjung Selera depan Hotel Promenade. Sedap ooo .. sedap sangat.  Lepas tu balik Apartment dan merehatkan diri.  Malam kami keluar jalan-jalan cari makan.  

'Jajan Sabah'. Dekat Pasar kering sebelah Pasar Phillipine, harga tersangat la murah.  Diaorang ada Chips Angry Bite. Hihihi.

Jangan lupa beli Borasa, Kuih Cincin dan Biskut Lidah bersalut Nestum disini.  Pek kecil RM5 untuk 3 pek kalau pandai tawar.

Bersalut Nestum bukan gula. Tak manis tapi lemak-lemak sikit.

Misz-ella nak share gambar dengan u ols lagi tapi tak boleh. Page asyik 'jumping' je *i update blog guna hp*.  Gerammmm sangat bila page duk 'jump' masa nak 'upload'.  So cukup setakat ini sahaja lah Cerita dan Gambar-gambar yang dapat share dengan readers semua.  All in .. we had a blast during our Family trip to Kota Kinabalu.  Anak-anak hepi .. mak-ayah lagi le senang hati and we look forward untuk datang lagi ke sini.  Bye KK. See u other time ok. Byee.