Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Cameron Highland 2014

Jejak kaki ke Tanah Tinggi lagi, kali ni dengan kawan-kawan perempuan. Ahli-ahli rombongan terdiri dari Mak-mak .. Bapak-bapak duk rumah jaga anak. Ecehhh .. tak do maknanya .. Kalau dah apak-apak ni bagi izin mak-mak pegi jalan, haruslah kena bawak anak-anak tu sekali ..

My Pilot for the Trip ~ Ismayanti Bedak Sejuk @ Pinky. Dia vrooommmm lelaju. 110-120-130-140-150-160 .. akak kat sebelah duk diam-diam  buat tak pandang. Saman .. saman .. Oohhh RM melayang.

Lagi ahli-ahli rombongan - Misz-ella and The Green People. Ahli Akademik, Arkitek.  Yang pastinya background dorang landskap.  I dengan Ismayanti je yang bukan landskap.

Let me introduce you to all these beautiful ladies - Bertudung oren tu Wai @ Auntie comel, Aina, Misz-ella, Ismayanti @ Pinky @ Bedak Sejuk, Yana Halim dan Lyn

Kalau gi Cameron Highland, jangan lupa lepak kat Opah Strawberry. Scone nya murah cuma RM3.50 dan ada macam-macam lagi kat sini. Opah Strawberry and Farm lokasinya di Kg. Sedia.  Thanks Yana bawak kitorang datang sini. Suka. Suka. Suka. Suka sangat-sangat lain kali nak datang sini lagi.

Muffin Strawberry kat Opah Strawberry & Farm adalah sangat best.  Kami bungkus sorang 10 ketoi bawak balik. Murah je .. RM2/pc.

Laksa kat Opah Strawberry pun best jugak.

Gi mana-mana pun Misz-ella yang paling tua @ senior. Ye. Saya sedar saya dah tua. Life Begin At Forty katanya, kan. Teringat perbualan dengan Doktor baru-baru ni .. Doktor tu suruh i pregnant lagi sebab dia kata Life Begin at Forty. Erkkkk .. Anak i dah 18 tahun weih .. nak suruh pregnant lagi? OhMy .. bagi chance la kat korang yang muda-muda. Tehehe.

Sg Palas Boh Plantation.  
Masa kecik dulu, my mom kalau buat Teh O mesti se jug terus.  Bio le atas meja tu dari panas sampai sejuk.  Sejak kahwin, amalan tu i dah tak praktis lagi.  Teh O pun bukan favorite i lagi .. tapi Misz-ella tetap borong teh trip kali ni. 

At Lavender Farm
Sayangnya Lavender Farm langsung tak berbau bunga.

I love Lavender

Wahhh .. Best dapat berfoto kat kereta 'retro' ni. Dapat sebijik lagi best gamaknya ye. Bayangkan .. Misz-ella meronda dengan kereta white purple polkadot ni. Uishhh .. 

Tengah- tengah tu kan, Bibik Lyn yang tersangat la best. Bibik buat ikan kukus lepas tu bakar kat Cameron. Sedap dan The Best Ikan Kukus we have eaten so far.


Bila ditiup angin sepoi-sepoi bahasa .. omakaihhh .. best. Sangat best. Dalam grup ni, Lyn dan Wai paling suka 'selfie'. Misz-ella suka tumpang je. Hihihi.

Wai Chief de Mission untuk trip kami.  Very the boleh harap orangnya.  Nampak macam garang, tapi dia sebenarnya best!

Terima Kasih Tukang Sponsor.  Apartment yang kami duduk sangat besar, selesa dan best.  Tido sebilik dengan Wai, kami borak dan borak sampai mata betul-betul tak larat lagi.  Boleh tahan Si Wai .. orang yang suka cakap memang serasi dengan i.

Kita-kita Aje
Best kepala sorang-sorang .. boleh 'ngam' lah

Harus cari Strawberry Cicah Coklat kalau ke sini

Malam tu kita Steamboat dan BBQ dinner together. Sedapnyaaaa .. sampai la teringat-ingat

Sayur-sayur, Coleslaw, Bebola, Ketam Stick, Lamb Chop, Herbs Chicken Grill, Sosej, Ikan Kukus-Bakar, Mee Suah dan Keledek Kukus.  Aishhhh .. tetiba ada rasa nak makan menda-menda sedap ni lagi. 

Kesimpulannya, malam di Cameron Highland tetap dingin dan best tapi saat matahari tegak atas kepala, panasnya sama macam KL leee .. tinggal lagi sesekali ditiup bayu, masa tu je yang best.  Misz-ella dah banyak tulis tentang Cameron di Blog ni but this Entry is specially dedicated to all this beautiful ladies who joined the trip.  Next kita gi tempat lain pulak ye adik-adik. BYE.


































5 comments:

jia said...

lavender farm mmg syiok

aima said...

kak chik dah sampai CH pd 2014...x bola jadi ni, kena plan untuk CH 2014 ni....opah strawberry jugak la...x pernah masuk lagi ladang strawberri opah ni....murah tu scone rm3.50...huhu...

Yana Halim said...

uik...letak tahun gak ke? hahaha...

EriN HairudiN said...

kat mana steamboat halal kakchik kat cameron tu?

Ummi Sufiyan said...

Opah Strawberry.. Tmpt yg bkl dlawati. :)

http://aisasalwani.blogspot.com/