Hari ke 3 di Kota Kinabalu - Hari yang dinanti-nantikan oleh anak-anak kita sebab today is our island visit day.
Pakej melawat pulau diuruskan oleh Tuan punya apartment di Marina Court Resort Condominium yang kami sewa. Satu bot RM250 untuk 2 pulau, sewa peralatan 'snorkelling' RM10 seorang. Pulau yang kami pilih ialah Pulau Manukan dan Pulau Sapi.
Kat Jeti pun boleh nampak ikan. Jernihnya air.
Peserta-peserta 'Sea walking' bersedia untuk berlepas.
Pulau Manukan. Cantik, luas dan bersih. Seronok ber snorkelling di sini. Bak kata Haqeem, sambil mandi sambil main dengan ikan.
Pulau Sapi lebih kecil dari Pulau Manukan. Anak-anak sempat bermain 'parasailing' di sini. Best dorang kata. Walau kempis dompet, tak pe lah, yang penting anak-anak hepi.
Pada pendapat Misz-ella, cukup la kalau kita melawat satu atau dua pulau tak perlu melawat banyak sebab pulau-pulaunya lebih kurang sama je. Nak masuk ke pulau-pulau tu kena bayar Rm3/seorang. Bayar di Kaunter Tiket pulau pertama dan simpan tiket baik-baik untuk ditunjukkan di Kaunter masuk pulau seterusnya. Means RM3 sahaja untuk semua pulau. Tak yah bayar banyak kali ye.
Dalam pukul 2 kami berlepas balik ke Jeti dengan rasa senang hati dan hepi. On the way balik, singgah makan Ayam Penyet kat Anjung Selera depan Hotel Promenade. Sedap ooo .. sedap sangat. Lepas tu balik Apartment dan merehatkan diri. Malam kami keluar jalan-jalan cari makan.
'Jajan Sabah'. Dekat Pasar kering sebelah Pasar Phillipine, harga tersangat la murah. Diaorang ada Chips Angry Bite. Hihihi.
Jangan lupa beli Borasa, Kuih Cincin dan Biskut Lidah bersalut Nestum disini. Pek kecil RM5 untuk 3 pek kalau pandai tawar.
Bersalut Nestum bukan gula. Tak manis tapi lemak-lemak sikit.
Misz-ella nak share gambar dengan u ols lagi tapi tak boleh. Page asyik 'jumping' je *i update blog guna hp*. Gerammmm sangat bila page duk 'jump' masa nak 'upload'. So cukup setakat ini sahaja lah Cerita dan Gambar-gambar yang dapat share dengan readers semua. All in .. we had a blast during our Family trip to Kota Kinabalu. Anak-anak hepi .. mak-ayah lagi le senang hati and we look forward untuk datang lagi ke sini. Bye KK. See u other time ok. Byee.
4 comments:
Rindunya kakcik dengan KK...
cantiknye pulau..
siyes sgt besh!! nice pics
wishlist Sabah ni...hehehehe...memang cantik
Post a Comment