Hello readers ..
Dalam banyak-banyak Entry, ini antara entry paling bersemangat Misz-ella nak share dengan you all semua.
Recently, Misz-ella telah dijemput ke Majlis Pelancaran "Digi Wanita Era Digital (DigiWED) ~ sebuah 'Empower Societies Initiative' oleh pihak Digi Telecommunications Sdn Bhd ("Digi").
Program yang dilancarkan oleh pihak Digi Telecommunications Sdn Bhd ("Digi"), ini merupakan komitment pihak Digi untuk memperluaskan lagi pengetahuan wanita-wanita Malaysia dalam penguasaan Internet. Program Nasional ini bertujuan untuk memberi inspirasi dan memperkuasakan wanita-wanita Malaysia dengan penggunaan internet yang lebih besar serta memberi pendidikan asas mengenai internet.
WED merupakan kolobrasi diantara pihak Digi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Malaysian Communications and Multimedia Commision (MCMC) dan the National Council of Women's Organisation (NCWO).
Di dalam program ini, WED akan menjalankan siri pertemuan bersifat pendidikan yang akan diadakan di Pusat Internet 1Malaysia dan pejabat NCWO di seluruh negara. Di dalam sessi pertemuan ini, wanita-wanita tersebut akan diperkenalkan dengan asas penggunaan internet, cara penggunaan peranti pintar yang selamat, cara berkomunikasi melalui internet, cara-cara menyemak imbas dan hiburan serta mendedahkan kepada mereka kebaikan penggunaan internet. Dalam masa terdekat, Digi akan berusaha untuk memperluaskan program ini untuk membantu wanita membawa perniagaan mereka secara online dan mengambil bahagian secara aktif dalam ekonomi digital yang mana ianya akan membantu mempertingkatkan taraf hidup wanita itu sendiri.
YBhg Dato' Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysa, Misz-ella dan Emmy Carter dari Mongoose Publication.
Majlis pelancaran Digi Wanita Era Digital, telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YBhg. Dato' Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad di Ibu Pejabat Digi Telecommunications baru-baru ini. YBhg Dato' Sri dalam ucapan penuh inspirasinya menyuarakan harapan beliau untuk melihat negara lebih maju dalam pertumbuhan ekonomi digital yang akan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
Beliau berkata, "Kemajuan ke arah negara digital perlu menjadi satu proses yang inklusif. Usaha murni untuk menghubungkan wanita ke dunia digital ini dilihat bakal merapatkan jurang gender digital, membolehkan kita membantu memastikan setiap rakyat Malaysia menjadi peserta aktif seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital negara. Kementerian sangat berbesar hati dapat bekerjasama Digi Wanita Era Digital bagi membantu wanita memacu cita-cita ini ke hadapan.
Beliau menambah, "Kami bangga menyaksikan kerjasama yang kuat antara kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memandu kemasukan digital dan memperkasakannya di kalangan wanita. Kami sepenuhnya menyokong program ini dan menggalakkan lebih ramai wanita untuk melangkah ke hadapan bagi melengkapkan diri mereka dengan kemahiran digital dan mendapat manfaat dari faedah lain yang disediakan oleh program ini. "
Menurut Orsolya Sekerka, Ketua Pegawai Digi dan WED Champion, 48.5% penduduk Malaysia adalah wanita, dan 6 juta wanita ini masih belum mengakses internet. "Ini adalah peluang yang baik yang bakal memberikan perubahan yang bermakna dengan merapatkan jurang gender digital, dan menangani halangan sediaada kepada penggunaan internet di kalangan wanita - yang tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan talian dan tidak mempunyai sebab untuk menggunakannya.
"Internet adalah satu alat yang berkuasa transformasi tetapi ia mesti disertai dengan kemahiran dan keyakinan bagi wanita untuk menggunakannya sebagai alat untuk memperkasakan keupayaan wanita tersebut. Dan kami berharap Digi Wanita Era Digital akan memberi inspirasi kepada wanita Malaysia untuk mengambil kesempatan daripada kebebasan untuk berhubung dengan dunia luar secara digital dan mendapat manfaat daripada semua peluang ini - bukan sahaja sebagai pengguna internet tetapi juga peserta yang aktif dalam ekonomi digital. Kita tahu apabila wanita berkembang maju, begitu juga dengan keluarga, komuniti dan masyarakat secara keseluruhannya. Dalam hal ini, kita bayangkan internet di tangan setiap wanita Malaysia; untuk melihat mereka berhubung dan kuasa -. iaitu cita-cita Digi "
Selain pertemuan di Pusat Internet 1Malaysia dan pejabat NCWO di seluruh negara, Orsolya mengatakan bahawa Digi juga membuka pintu kepada mana-mana persatuan penduduk, kumpulan-kumpulan wanita, kolej, kumpulan sosial dan lain-lain untuk berhubung dengan pihak Digi melalui laman web atau e-mel, bagi membolehkan pihak Digi menganjurkan perjumpaan di kawasan anda.
Digi Wanita Era Digital adalah salah satu daripada tujuh program yang telah dibangunkan oleh pihak Digi di bawah "Empower Societies Initiative" yang menghubungkan sasaran masyarakat yang berbeza di kawasan bandar dan luar bandar, pengguna internet, belia, kanak-kanak dan kini wanita kurang bernasib baik bakal menikmati faedah berhubung melalui talian.
Kesemua program sebelum ini mendapat maklumbalas yang positif dan telah memberi manfaat kepada masyarakat dan Digi berharap agar program terbaru ini bakal menjejak langkah yang sama.
So readers .. kesimpulannya, sebagai seorang wanita, Misz-ella sangat bangga serta menyokong kolaborasi pihak Digi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta NGO-NGO dalam program Digi WEDs ini. Usaha murni ini bakal meningkatkan taraf hidup wanita seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara kita.
Antara baik-bait ucapan YBhg Dato' Seri yang paling Misz-ella ingati ~ When you educate a Man, you educate a people. When you educate a woman, you educate a nation. Yeahh!! *bangga*
Misz-ella sendiri terpanggil untuk menyeru semua persatuan penduduk, kumpulan-kumpulan wanita, kolej, kumpulan sosial dan lain-lain untuk menyokong program ini dengan satu matlamat ~ mempersiapkan wanita ini ke dunia digital yang bakal merubah taraf hidup mereka. Lets do it ladies! Lets learn more about the online more and move to a brighter future.
Untuk maklumat lanjut mengenai Digi Wanita Era Digital, sebarang pertemuan atau pertanyaan berkenaan program di atas, layari laman web www.digi.com.my/wanita
1 comments:
Laa kalau kita tahu akk datang hari tu.. Lela dah turun kat bawah masa launching hari tu.. Hehe.. Ruginya tak dapat jumpa & bergambar sama2..
Post a Comment