Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Jom Makan kat Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant


Hello pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella nak kongsi tentang Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant sekali lagi dengan you all semua. Well .. cerita tentang Tanah Aina ni tak habis-habis, kan. Terlalu banyak nak diceritakan. Tanah Aina Fahad Glamping Resort, lain cerita dan suasanaya. Tanah Aina Farrah Soraya lain. Tanah Aina Farouq Durian Orchard lain suasana dan ceritanya. Tanah Aina Cafe di Shah Alam, lain dan Tanah Aina Fareena pun lain. Setiap satu resort dan cafe Tanah Aina itu berbeza dan ada keistimewaannya yang tersendiri.



Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant terletak di tepi Highway Lentang je. Kalau you all on the way ke Bentong tu, kedudukan dia 2km selepas Hentian Sebelah Lentang, masuk je lorong kecik sebelah kiri tu. 



Lepas parking, naik Bridge under the bridge ni. Sambi jalan pelan-pelan, santai-santai dengar bunyi air sungai bersih, cantik dan tenang. Kat sini je dah feeling syok you all.



Bila sampai sahaja ke restoran, masa untuk memilih tempat duduk. Di tingkat paling bawah dan tingkat dua, semua tempat duduk adalah terbuka dan dikelilingi nature.



Nak makan di tempat cantik ala-ala garden sambil dengar bunyi sungai?




Atau nak duduk di ruang makan yang mewah lengkap dengan langsir organza dan chandelier? 


Atau nak makan secara private untuk kumpulan seramai 50 orang? Boleh makan di tingkat paling atas iaitu di private room yang berhawa dingin dan tertutup.

Bila dah duduk dengan selesa, masa untuk pilih menu, kan. Mari Misz-ella nak share dengan you all .. Misz-ella kan, kadang-kadang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata nak makan sayur kat sini .. sebab sayur diaorang tanam sendiri. Fresh sangat! Berbeza rasa dari sayur yang kita beli dari Supermarket atau pasar, tau.



Boleh pilih untuk makan secara A-La Carte. Macam-macam ada. Antaranya ialah Mee Goreng/Bihun Goreng (dihidang di dalam kuali ..hehe), Nasi Goreng Tanah Aina atau Nasi Goreng Cina (dihidang dalam Lesung Batu) you all, Baryani Kambing atau Baryani Ayam yang tersangatlah sedap sampai kadang-kadang Misz-ella makan nasinya sahaja dan satu ialah Laksa. Semua yang Misz-ella kongsi dengan you all ni ialah favourite Misz-ella. Ada masanya kan, kalau Misz-ella tak berapa lapar tapi teringin sangat nak makan Laksa yang sedap kat sini, sanggup Misz-ella order Laksa tanpa laksa, letak sayur-sayur, bawang sahaja. 


Kalau datang 4-6 orang, boleh lah pilih Set Menu berharga RM320.00 ini. Menarik dan lengkap ~ Semua dah siap ada iaitu :-


Ikan Steam Nyonya atau Ikan 3 rasa
(boleh pilih nak Ikan Tilapia atau Ikan Siakap)
Sotong Goreng Telur Masin
Tomyam Seafood
Pumpkin Chicken atau Pineapple Chicken
Sayur Kacang Panjang
Sayur Pucuk Paku 
(atau boleh juga pilih sayur lain)
Foo Chuk Tofu 
Nasi putih


Pemanis mulut :-
Fruits Platter
Serawa Durian atau Bubur Pulut Hitam

Air Teh Misai Kucing




Selain dari itu, jika datang berkumpulan (15 orang atau lebih), boleh juga request untuk makan secara Buffet. Hanya RM65  seorang dengan variasi 7 jenis pilihan lauk-pauk, 2 jenis Pemanis Mulut, 3 jenis buah-buahan, free flow of Coffee and Tea, Air manis (sejuk). Semuanya sedap-sedap dan pasti akan buat you all kekenyangan. Tapi yang ni, you all kena book in advance. Tak boleh la walk-in.


Kalau you all peminat kopi macam Misz-ella, try their Cappucino and Latte. Kalah Starbucks tau.



Kalau tak begitu lapar tapi nak makan sesuatu yang ringan, cuba lah Pancake ini. Opss .. jangan lupa cuba Cucur Udang Tanah Aina yang tersangatlah rangup dan sedap tu ye. 

Untuk maklumat lanjut tentang Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant, you all baca di sini ye.










Jumaat Terakhir 2018. Folio Essence Malachine Mineral Soap.




Bangun tidur, tengok pemandangan matahari naik dari balcony condominium .. rasa bersyukur sangat kerana dipanjangkan umur untuk melihat ciptaan Allah SWT. Awan cantik, matahari, bulan, bintang, bunyi burung berkicau di pagi hari dan cengkerik pada waktu malam, udara segar sejuk tiap-tiap malam sehingga Misz-ella tidur tanpa perlu ON aircond atau kipas tapi tetap berselimut tebal .. semuanya adalah terapi semulajadi buat insan kerdil seperti Misa-ella ni. Yes for a person like me, elemen-elemen seperti angin, air, matahari, kehijauan alam adalah penting dalam hidup saya. It give me calmness and peace of mind that money can't buy. Agaknya sebab tu Misz-ella selalu tenang kot .. kena marah pun diam, dimaki dikutuk pun diam, orang ajak gaduh i tak layan, orang sah-sah membawang pasal i and i tau pun i buat-buat tak tau. Orang kata I bodoh, but I am not bodoh. I m calm, actually. Tak guna lah gaduh-gaduh, tak mendatangkan kebaikan, buat hati kita sakit lagi adalah. Lagipun gaduh adalah negative!

Well, masa muda dulu, melawan lah jugak tapi sejak dah find my peace of mind, i dah takda sikap-sikap negatif tu. I always believe that hati yang tenang itu adalah rezeki dari Allah SWT. Kalau Allah tak bagi rahmat macam ni, mungkin saya masih seperti muda-muda dulu ~ cepat marah, kelam kabut, semuanya nak cepat .. *hehehe* 

Tapi sebenarnya nak dapat rahmat yang macam ni, bukan mudah. Kau kena diuji sampai peringkat kau jatuh terduduk terkial-kial nak bangun balik sorang-sorang tanpa bantuan. 

Dalam keadaan tertekan dan terlalu sedih seperti itu, mulut kau macam terkunci. Even orang paling rapat dengan kau ada depan kau pun, mulut kau macam kena zip, tak terkeluar kata-kata, tak terkeluar airmata walau sebenarnya jiwa tengah merana sedih yang teramat sangat. Masa tu kau hanya mengadu pada Allah. Itu lah namanya Pasrah dan Berserah. Bila kau dalam keadaan macam tu, berserah 100% kepada Dia, masa tu Dia beri rahmat maka ketenangan tu datang dengan sendirinya. Misz-ella ingat lagi, lepas 3 tahun peristiwa itu berlalu, baru lah Misz-ella cerita pada Mama, KY dan Kak Ngah. Sedih diaorang .. sampai hati kakchik tak bagitau kitorang .. macam tu lah diaorang cakap

Dan sampai sekarang, Misz-ella hanya pandai mengadu dan meminta pada Allah. Mengadu, mengadu dan mengadu tanpa henti dan meminta pada Dia. Pertama yang Misz-ella mintak dulu adalah (1) Kesihatan Yang Baik (2) Ketenangan hati dan kelapangan minda (3) Luaskan lah jalan yang sempit dan lorong yang gelap (4) Murahkan lah rezeki.

Allah maha pemurah, maha pengasih dan maha penyayang. Bila kau tak putus-putus mintak, Dia beri. Sebab tu sekarang ni sense marah aku dah hampir tiada. Allah dah tarik agaknya.

Hummm .. kalau diflashback kisah silam .. kadang-kadang rasa tak percaya yang i m still here, alive, masih boleh senyum, ketawa cuma satu sense je dah kurang ~ sense marah. Tak pe lah, tak cacat pun my life tanpa sense tu. Bersyukur sahajalah, kan.

But life is such a wonderful journey, everyday is different and full of surprises. Ada masa-masa Dia permudahkan. Ada masa-masa kita diuji but the ending is always sweet. Teringat nasihat Bibik Memang macam tu Boss *My maid panggil i Boss *haha* Allah memang suka uji orang yang sabar. Makin kita sabar makin tinggi ujian sebab Dia nak tengok sampai bila kita boleh sabar. Boss terus sabar dan kuat ye. Alahai bibik aku ni .. so sweet .. rasanya aku tak bagi kau makan banyak gula tapi macam terlebih gula la kau *hehehe*


Hari ni 28.12.2018, Jumaat terakhir tahun 2018. Bila toleh ke belakang, tak banyak perbezaan pun my life pada tahun ni dan tahun lepas .. mendatar je graf dia, tapi tak pe lah, tetap bersyukur sebab masih boleh senyum-senyum, masih boleh happy happy, masih boleh borak-borak, share-share dengan korang kat sini .. Alhamdulillah. Ehh by the way, I love my new skin, dah lebih sebulan guna Sabun Hijau Malachite Mineral by Folio Essence  tu. Dah semakin banyak perubahan positif .. Haritu M cakap Kak kulit kau tegang-tegang ni kenapa? Cantiknya kak.  Semalam Fid cakap Ella, you lose weight ke? muka you nampak makin tirus. No Fid. Berat badan i maintain sekitar 57-58kg tapi muka i dan semakin 'shapy', pipi kiri kanan semua dah naik atas dah tak kembang, tak da sayap kiri kanan dah, semakin tegang sejak guna Malachite Mineral Soap by Folio Essence tu. Ye ke? You buat camana? Ala tak susah mana pun ~ Gosok gosok gosok sabun tu kat tapak tangan pastu sapu kat muka. Gosok gosok gosok kat tapak tangan pastu sapu kat leher. Baru-baru ni I try method baru. Sekali sekala buih sabun tu kita buat masker. Lepas dah cuci bersih muka, buat lagi satu round buih pekat tapi nipis, rata kan kat muka. Baca Alfatihah, baca Bismillah banyak-banyak pi tidur dengan buih tu. 

Jadikan amalan. Tau-tau je  dah lawa. Maksud lawa Misz-ela tu bukanlah kita nak lawa gila macam Ratu Dunia tapi natijahnya perempuan, memang Allah jadikan dengan sifat semulajadi ada keinginan untuk melawa dalam diri kita. Tipu lah kalau ada perempuan kata Ehh Misz-ella I tak nak cantik, I nak hodoh dan buruk. I suka jerawat bergerutu dan ruam kat muka i ni, i suka jeragat tompok hitam kat muka ni, I tak nak buang, I nak simpan diaorang-diaorang ni  dengan kasih sayang .. kisah dongeng la, kan. Tudung korang pun beratus-ratus helai dalam almari tu, Bawal ada, tak bawal pun ada ..kembong je yang tak ada *haha* Masa pilih tudung mesti nak yang cantik, yang selesa dan yang buat penampilan kita menyerlah, betul tak? Macam tu lah dengan diri kita termasuk lah muka.

Ehh panjang pulak membebel .. macam kau free sangat cik Ella padahal kerja banyak nak kena buat, kan.

So you all semua, mari lah jaga penampilan, kesihatan dan kebersihan diri, termasuklah kebersihan dan kesihatan muka kita. Baca entry kat bawah ni ye kalau ada yang ter miss entry Misz-ella yang lalu.


ByeBye. Esok Sabtu, Misz-ella nak pi masuk hutan. Tak sabarnya. Yeay!! TQ baca ye. Jumpa lagi di lain entry.






Borak Kopitiam Pesta Hujung Minggu bermula Jumaat ini



Hello pembaca kesayangan,




Kita dah hampir tiba ke penghujung tahun. Waktu-waktu macam ni, ramai ambil peluang untuk habiskan cuti tahunan, kan.

Buat mereka yang mengambil peluang untuk berehat dan bersantai di rumah, TV3 membawakan siaran istimewa Borak Kopitiam sempena akhir tahun ke kaca TV rumah anda. 

Bakal bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut iaitu dari hari Jumaat sehingga Ahad (28-30 Disember 2018) bermula jam 8.00 pagi.

Wow!! Best, kan. Lepas ni boleh la you all semua buat home activity. Celik mata je, lepak ramai-ramai depan TV sebab pelbagai topik dan pengisian menarik akan dibawakan.

Pada hari Jumaat, 28 Disember 2018, Borak Kopitiam akan membawakan tema vintaj merangkumi pelbagai sudut antaranya gaya hidup, muzik dan motosikal. Sebanyak 10 buah motorsikal Harley Davidson klasik akan dipamerkan khas buat peminat motosikal vintaj. 

Selain itu, bagi sesiapa yang meminati irama lama daripada alunan piring hitam, siri koleksi piring hitam dan Gramofon juga akan dipamerkan.

Di samping itu, Hos Borak Kopitiam, Zack Merican, Dayah Bakar dan Anwar Afiq akan menemani anda pada hari pertama menampilkan Terang Bulan sebagai penyanyi jemputan yang akan menghiburkan pagi anda.

Pada hari Sabtu, 29 Disember 2018, Hefny Sahad, Adzrie Faiz dan Fiona Cheong akan membawakan tema Obsesi. Tidak kiralah filem, permainan digital, kartun atau hobi. Antara yang menarik pada hari ini adalah topik mengenai obsesi dengan filem seperti Star Wars dan Harry Potter yang mempunyai ramai pengikut tegar sehingga mempunyai kelab peminat. 

Terdapat juga slot DIY (Do-It-Yourself) Cosplay di mana anda boleh belajar untuk membuat sendiri kostum-kostum yang hebat. Bagi peminat figura aksi, anda juga turut berpeluang melihat koleksi pelbagai figura dan permainan watak-watak terkenal. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Pada hari terakhir siaran istimewa ini iaitu Ahad, 30 Disember 2018, anda akan dihiburkan dengan aktiviti yang akan lebih menyihatkan tubuh badan anda. Bersama hos Muaz Mohamed, Zack Merican, Sarah Adiba dan Hanif Shawn, anda akan bersenamrobik manakala kumpulan penari hip-hop b-boyz pulak akan mempersembahkan tarian hip hop yang rancak lagi bertenaga.

So pembaca-pembaca kesayangan, jangan lupa ye, bangun tidur je terus lepak depan TV ramai-ramai sambil tekan 103 di Remote control TV anda. Tak payah mandi tak perlu berhias lawa-lawa, kita santai-santai di rumah sahaja sebab siaran ini akan bermula pada jam 8:00 pagi!

Untuk maklumat terkini, boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia. Para peminat turut dijemput untuk memeriahkan acara ini dengan menggunakan hashtag #BorakKopitiamTigaPagi untuk sebarang interaksi di laman sosial. Saksikan program-program menarik TV3 menerusi portal YouTube TV3Malaysia dan tonton, www.tonton.com.my.

Sabun Hijau Malachite Mineral Soap by Folio Essence untuk remajakan kulit!

Hai pembaca kesayangan,




Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang Malachite Mineral Soap keluaran Folio Essence yang telah Misz-ella cuba baru-baru ini.



Masa dikenalkan dengan sabun ini, hati sebenarnya tak berapa pasti dan ada sedikit ragu-ragu. Maklumat yang diberikan hanyalah Misz-ella, sabun ini dibuat dari malachite, sejenis batu yang wujud di zaman Mesir purba lagi dan digunakan oleh Cleopatra sebagai sebahagian dari amalan kecantikkannya. Bagus tau. Pakai je lama-lama nanti jadi cantik ~ gitulah ayat dia. Amboi .. perempuan kan, bila dengar perkataan cantik, maka keterujaan pun berganda.


Ye ke? Betul ke? Berapa satu? OK lah I cuba ~ Begitulah detik-detik perkenalan awal Misz-ella dengan Folio Essence Chemic Erase Malachite Mineral Soap ini. 


Apakah Malachite?


Imej dari Google


Sebelum kita cerita tentang sabun, jom kita kenal Malachite dulu. Malachite adalah antara batu permata yang paling tua wujud di muka bumi ini. Ia berwarna hijau dan kaya dengan mineral. Pada zaman Mesir purba, batu malachite digunakan oleh golongan bangsawan atau kelas atasan untuk pelbagai kegunaan. Batu malachite dikatakan mempunyai kuasa penyembuhan yang berkesan untuk menyalurkan positive energy kepada pemakainya. 

Kandungan mineral di dalam batu malachite sangat tinggi, menjadikan ia batu metafizik yang sangat kuat ataupun powerful sehingga dikenali sebagai stone of transformation kerana keajaiban batu mineral ini dalam mengubah penampilan si pemakainya. 


Selain dari dijadikan perhiasan, batu malachite dihancurkan menjadi serbuk halus dan dijadikan pembayang mata (eye shadow) serta digunakan untuk tujuan kecantikan yang lain pada waktu itu.



Bila dah tau siapakah gerangan si Malachite ni, Misz-ella terus rasa teruja dengan Folio Essence Chemic Erase, sabun pembersih muka yang diformulasikan dari mineral malachite *tak sabar nak cantik, tau*

Selain dari malachite, Folio Essence Chemic Erase Malachite Mineral Soap ini juga mengandungi Argan stem cells yang terkenal dengan sifat anti-penuaan dimana ia berupaya untuk menguatkan keanjalan kulit. Argan stem cells adalah satu-satunya sel stem yang terbukti berupaya untuk menembusi kulit dermis, menjadikan ia bertindak dengan dua cara ~ melindungi kulit dari kerosakan dan menghidupkan semula sel-sel stem dermal manusia.


Ohh .. ada satu lagi bahan berharga di dalam Folio Essence Chemic Erase Malachite Mineral Soap iaitu Tea Tree Oil *minyak yang dihasilkan dari daun pokok teh* Tea Tree Oil berkesan untuk menjadikan kulit lebih sihat kerana ia berupaya merawat masalah fungus/kulat kulit seperti jerawat, ruam dan lain-lain lagi.





Selain dari dibuat dengan bahan-bahan terbaik untuk kesihatan kulit, Folio Essence Chemic Erase Malachite Mineral Soap adalah 100% semulajadi, tiada bahan terlarang seperti merkuri, tiada pewarna tambahan dan diluluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, diluluskan juga oleh Kementerian Kesihatan Brunei serta dikilangkan oleh kilang bertaraf GMP.


 Antara keupayaan Folio Essence Chemic Erase Malachite Mineral Soap adalah :-

memudarkan jeragat
mengecut dan merawat jerawat
menyeimbangkan masalah kulit berminyak
mengurangkan blackhead dan whitehead
mencerahkan kulit secara semulajadi dan menjadikan ia lebih bermaya
membantu menyelesaikan masalah kulit sensitif
melembabkan kulit
memperlahankan masalah penuaan kulit



Folio Essence Chemic Erase Malachite Mineral Soap berbentuk bujur dan  berwarna hijau tansparent. Bentuknya yang bujur membuatkan ia senang untuk dipegang. Ia sesuai digunakan oleh semua peringkat umur dan semua jenis kulit.


Letakkan di antara dua tapak tangan yang basah dan buihkan. Gosok-gosok dan gosok terus keluar buih *I LIKE*


Lepas tu ratakan buih Folio Essence Chemic Erase Malachite Mineral soap ke seluruh permukaan muka. Misz-ella buat gerakan membulat dengan kiraan 30 hingga 60 dan tumpukan lebih perhatian kepada T-zone kerana di situ adalah kawasan paling bermasalah dan merupakan kawasan tumpuan lebihan minyak. Biarkan ia dalam keadaan rehat di muka selama lebih kurang 15 saat agar mineral malaichite dapat diserap ke dalam kulit dengan lebih berkesan.

Nak tau tak apa rasa dia? Rasa segar mint *alah .. rasa segar berangin macam masa kita gosok gigi tu .. best, kan* 

Sekiranya kulit you all bermasalah *kulit kusam tak berseri kerana banyak sel mati, berjerawat, berjeragat atau penyakit kulit yang lain dan masalah kulit tak tegang * you all akan merasa sedikit pedih bercampur segar berangin. Jangan bimbang. Ignore je rasa tak selesa tu dan terus guna seperti biasa. Ini adalah kerana bahan-bahan yang terdapat di dalam Folio Essence Chemic Erase Malachite Mineral soap sedang bertindakbalas untuk merawat masalah kulit you all. 

Bilas dengan air bersih dan keringkan  dengan tuala muka. Lepas tu boleh lah teruskan rutin jagaan kulit seperti biasa seperti toner, mosturiser dan skincare lain seperti biasa. Done!

No filter, no beauty mode camera .. hanya guna good natural lighting sahaja

Misz-ella dah habis gunakan sekotak Folio Essence Chemic Erase Malachite Mineral soap ini dan dah mula gunakan kotak ke dua. 

Nak tau tak apakah kebaikan Folio Essence Chemic Erase Malachite Mineral soap ini pada kulit wanita berusia 45 tahun seperti Misz-ella ...

Kulit lebih tegang dan anjal 
*tepuk tepuk tak gegar you alls .. auww .. suka i*
warna kulit lebih sekata
kedutan di bawah mata berkurangan
lingkaran hitam di bawah mata juga berkurang



Yang penting, kulit lebih sihat dan glowing. Berseri-seri kulit i dan bila duduk sebelah Aiman, diaorang cakap kitorang macam kakak dan adik, tak macam anak dan mak. Well, yang penting ialah istiqomah. Disiplin itu paling penting, kan. Misz-ella gunakan sabun ini non-stop dan konsisten selama sebulan dan kesannya dapat Misz-ella rasai selepas 7 hari penggunaan. Sepanjang penggunaan tiada masalah kulit bersisik mengelupas, kulit jadi buruk atau sebagainya. Pakai tiap-tiap hari macam biasa, tau-tau kulit dah sihat dan cantiks je *auwww .. suka!*

Alhamdulillah Misz-ella puashati dengan  Folio Essence Chemic Erase Malachite Mineral soap ini malah Aiman pun dah mula gunakan sabun hijau ni. Sekali beli, 2 bijik dah sekarang ~ one for you one for me *tak main arr kongsi-kongsi .. bilik mandi pun lain-lain, kan ..hehehe*

So pembaca-pembaca kesayangan .. ingat lagi tak pesanan Misz-ella dulu? Dalam hidup ini, apa-apa pun cari sihat dahulu termasuklah untuk kesihatan kulit. 

Sebab bila kulit kita tak sihat dan bermasalah seperti jerawat, black spot atau jeragat, ruam, kulit kusam atau warna kulit tak sekata, apa pun mekap yang kita gunakan kat muka kita tak akan lekat. Kau bubuh lah mekap mahal Estee Lauder ke Channel ke .. tak da makna dik sebab realitinya kulit tak sihat. Apa-apa pun kena sihatkan kulit dulu, k .. barulah cantik.

Nak kulit sihat, bersih, berseri dan cantik tak?



You all kena cuba Folio Essence Chemic Erase Malachite Mineral soap      ni . Harga tak mahal ~ Satu hanya RM59.90 sahaja, boleh guna lebih dari sebulan.

Untuk maklumat lanjut, boleh lah layari 
Dan

Buat mereka yang berada di sekitar Ampang, KLCC, Bukit Antarabangsa dan kawasan sekitarnya, you all boleh hubungi stokis kawasan tersebut iaitu Sis Fieda di 012-319 1020. So jangan tunggu-tunggu lagi, cepat ambil telefon dan whatsapp Sis Fieda sekarang untuk dapatkan Folio Essence Chemic Erase Malachite Mineral soap ini. Misz-ella tak nak la cantik sorang-sorang, kita cantik dan lawa sama-sama, k.













Balik Teluk Intan



Alhamdulillah .. sempat balik ke kampung Mama di Teluk Intan untuk meraikan perkahwinan anak saudara Misz-ella. Dalam perjalanan, isi minyak kereta lepas tu mama tanya .. Kakchik tak nak beli kopi ke? Oh My Mama .. You are always my Angel. Dia sentiasa ingat I is peminat kopi. Tak da kopi i sakit, pening, stress dan macam-macam hal *auwww .. ketagih caffeine sangat kau, Misz-ella*

Cousins .. 

Tema warna perkahwinan adalah pink dan purple. Oh wow .. ceria sangat warna .. suka Misz-ella. Paling best halaman rumah diaorang sangat luas dan selesa. 

Makanan dihidang secara buffet dan  pelbagai jenis ~ lauk pauk yang tersangatlah sedap termasuklah Rendang Tok masakan Opah Cik, enam jenis air, 3 jenis bubur, 2 jenis mee, Capati dan macam-macam lagi .. *my tummy very happy you alls*

Mama teringin nak ambik gambar depan pelamin.. kita layan sahaja, asalkan dia happy dan bahagia

Sampai kampung pukul 11, pukul 2:30 kita bertolak balik ke Kuala Lumpur tercinta. Walaupun hanya beberapa jam, cukup lah buat melepas rindu pada mereka. Alhamdulillah. OK ByeBye .. nak pergi buat kerja lain pulak dah. Tq baca.

Top 5 Drama Melayu TV3 di tahun 2018 - Jangan Benci Cintaku di tangga pertama


Hello pembaca kesayangan, peminat drama-drama Melayu, khususnya,


Masih ingat lagi akan drama bersiri Jangan Benci Cintaku lakonan Saharul Ridzwan, Zahiran Macwilson dan Niena Baharun yang menjadi viral beberapa bulan lalu?

Amboi .. bukan main lagi you all memaki hamun si Husna di laman FB masing-masing, ye? Sakit hati, geram dengan sikap Husna yang mengacau rumahtangga Fiqa dan Shah. Geram jugak dengan si Shah, seorang suami yang lembik, tidak tegas dan Nek Pah yang tidak rasional serta sentiasa over.

Drama Jangan Benci Cintaku tersenarai pada kedudukan pertama di dalam Carta 5 drama terbaik dengan 12 juta tontonan! Jom kita lihat drama-drama lain yang turut senarai dalam Carta 5 drama terbaik di TV3 sepanjang tahun 2018.



AKASIA: JANGAN BENCI CINTAKU – 12 juta (rating terkumpul), 4.5 juta (rating tertinggi sepanjang siaran), 5 juta (tontonan di tonton dan Youtube TV3)
TARIKH SIARAN: 29 Jun – 7 Ogos 2018

SINOPSIS:
Perkahwinan Fiqa dan Shah diaturkan oleh keluarga mereka ketika usia Fiqa masih muda. Dia tidak bersedia untuk memberi komitmen sepenuhnya dan menganggap perkahwinan tersebut adalah satu beban. Fiqa melanjutkan pelajaran ke Sunderland, Australia tanpa menghiraukan perasaan suami yang mencintainya.

Lima tahun kemudian, Fiqa kembali ke Malaysia dan menyedari dia mula merindui suaminya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Sayangnya, Shah sudah mempunyai kekasih hati iaitu Husna dan Fiqa berjanji pada diri akan memenangi hati suaminya semula.

Macam-macam konflik tercetus gara-gara Cinta 3 Segi mereka bertiga, kan sehingga kita yang menonton pun turut terguris dan terganggu perasaan.

Misz-ella pun dapat tonton drama ni sekali sekala. Sampai bila lagu nyanyian Misha Omar yang menjadi lagu tema drama ini is my favourite, ok *walaupun i tak berapa hafal .. hehe*

Pelakon: Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Daler Yusof & Amelia Henderson



SAMARINDA: ANDAINYA TAKDIR 2 – 12 juta (rating terkumpul), 3.5 juta (rating tertinggi sepanjang siaran), 1 juta (tontonan di tonton dan Youtube TV3)
TARIKH SIARAN: 13 Jun – 2 Ogos 2018

SINOPSIS:  
Airil yang sudah bercerai dengan Fatihah berusaha untuk menyatukan semula keluarga mereka termasuk menjalani rawatan dengan doktor psikatri. Airil masih tidak berputus asa memujuk Fatihah untuk rujuk semula walaupun setelah tiga bulan bercerai.

Dia merasakan hidupnya tidak sempurna tanpa Fatihah dan Aleeya di sisi. Tapi Fatihah masih trauma dan makin membenci Airil bila Airil masih masuk campur urusan hidupnya hingga Fatihah berpindah ke Terengganu bersama Aleya. Bila berjauhan barulah Fatihah terasa sukarnya hidup tanpa Airil dan terpaksa berdikari. Apatah lagi Aleeya kini sudah pandai memberontak dek sebab merindukan Airil dan tertekan kerana Fatihah lebih banyak meluangkan masa di tempat kerja baharu daripada anak sendiri.

Pelbagai ujian melanda termasuklah desakan cinta dari Nizam, bosnya, masalah Aleya terpengaruh dengan budak nakal dan cinta baru dar Hafiz. Airil berusaha membantu Fatihah dalam diam dan cari kerja di Terengganu dengan terpaksa menggunakan Sofea yang mencintainya. Hinggalah Fatihah sakit berpunca dari pukulan Airil dulu, Fatihah makin membenci Airil. Namun pengorbanan Airil akhirnya disedari Fatihah.


Pelakon: Shukri Yahaya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Syazuwan Hassan DFKL, Shiela Mambo & Idris Mat Diah





ZEHRA: TERATAI KEMBOJA – 12 juta (rating terkumpul), 3.9 juta (rating tertinggi sepanjang siaran), 100k (tontonan di tonton & Youtube TV3)
TARIKH SIARAN: 13 April – 8 Jun 2018

SINOPSIS:
Fikri seorang usahawan, tetapi merasa hidupnya kosong tanpa anak kerana isterinya, Hanani enggan hamil. Satu hari Fikri diserang sakit jatung ketika memandu dan telah melanggar, Taufiq seorang guru agama yang berasal dari Kemboja.

Selama mereka dirawat di hospital, Taufik selalu datang melawat Fikri di wadnya. Taufiq menceritakan tujuannya datang ke Malaysia adalah untuk berjumpa dengan pihak NGO yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan Islam dan pendidikan kanak-kanak di kampungnya.

Dalam masa yang sama, Taufiq juga mencari seseorang. Fikri tertarik dengan cerita Taufiq dan mahu mengikut Taufik pulang ke Kemboja. Melihat kehidupan yang daif di kampung Taufik, Fikri tersentuh dan ingin menetap lebih lama di situ. Fikri juga tertarik dengan peribadi Nurhidayah yang juga anak kepada Taufik. Namun, statusnya yang sudah berkahwin menghalang niatnya. Tanpa diduga, Taufik melamar Fikri untuk menjadi suami kepada Nurhidayah. Fikri bingung tetapi Fikri akhirnya bersetuju kerana dia mahukan zuriat sebagai pewaris keturunannya dunia akhirat.

Pelakon: Fasha Sandha, Dato’ Adi Putra, Elly Mazlein, Hasnul Rahmat, Fauzi Nawawi, Noralbaniah & Ikhlas Jalil





SAMARINDA: NUR - 11 juta (rating terkumpul), 3.5 juta (rating tertinggi sepanjang siaran), 500k (tontonan di tonton dan Youtube TV3)
TARIKH SIARAN: 14 Mei – 13 Jun 2018

SINOPSIS:
Mengisahkan Ustaz Adam, anak kepada seorang penceramah selebriti terkenal iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam menjadi harapan untuk meneruskan legasi dakwah keluarganya. Sebaik sahaja dia tamat pengajiaan di timur tengah dalam jurusan Usuluddin, Aisyah, kakak sulung Ustaz Adam memaksa Adam untuk terus muncul sebagai tetamu jemputan dalam program dakwah di televisyen seperti ayahnya.   Namun, Adam menolak dan mahu mencari pengalaman dengan mula berdakwah di masjid milik ayahnya.

Sejak memulakan tugasnya sebagai pendakwah, Ustaz Adam sering menerima soalan daripada individu misteri. Soalan itu hanya disampaikan melalui sekeping kertas tanpa nama. Ustaz Adam ingin mengenali siapakah individu yang mengajukan soalan yang menguji ilmu agamanya sebagai seorang pendakwah. Suatu hari, ketika Ustaz Adam hendak keluar dari masjid, dia bertembung dengan seorang wanita yang sedang menulis sesuatu.

Malangnya, wanita misteri itu melarikan diri sebaik sahaja disapa Ustaz Adam dan meninggalkan sekeping kertas dengan soalan yang tidak sempat disudahkan. Sejak hari itu, wanita misteri itu tidak lagi muncul di masjid. Hati Ustaz Adam terdetik dan ingin mengetahui siapakah wanita misteri itu. Ustaz Adam memulakan pencariannya dengan niat mahu membantu wanita itu.

Pencarian Ustaz Adam berakhir di lorong gelap. Ustaz Adam akhirnya menemui Nur, seorang pelacur yang ingin keluar dari kehidupan kotornya namun tidak berdaya.

Pelakon: Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani, Riena Diana DFKL, Laila Nasir & Raja Atiq



SAMARINDA: TERBAIK DARIKU - 10 juta (rating terkumpul), 4 juta (rating tertinggi sepanjang siaran), 4.2 juta (tontonan di tonton dan Youtube TV3)

“TERBAIK DARIKU” RAIH 10 JUTA TONTONAN
Episod Akhir Ditonton Oleh 4 Juta Orang


Drama lakonan Zara Zya dan Syazuwan Hassan, Terbaik Dariku yang berakhir pada 18 Disember lalu berjaya meraih rating terkumpul sebanyak 10 juta tontonan dengan rating tertinggi sepanjang bersiaran sebanyak 4 juta tontonan! (sumber Nielsen Audience Measurement).

Drama 15 episod itu antara 5 drama yang memperoleh rating tertinggi di TV3 bagi tahun 2018.  Episod akhir drama yang diarahkan oleh Along Kamaluddin ini menyaksikan Taufik dibunuh oleh Tiger  yang memburu Zaharah. Terbongkar rahsia, Zaharah adalah adik kandung Aisyah iaitu Khatijah yang telah lama hilang kerana diculik oleh Azman.

Walaupun kehilangan Taufik, tiada siapa yang menyalahkan Zaharah kerana mereka redha. Kematian Taufik telah merubah hidup Aisyah, Suraya dan juga ibunya, Saodah. Saodah sudah sedar dengan kesalahannya, kini hanya ada Aisyah dan Suraya tempatnya menumpang kasih bersama cucu-cucunya.

Menariknya, drama yang penuh konflik ini turut ditonton lebih 4.2 juta di laman Youtube TV3Malaysia dan juga tonton.
TARIKH SIARAN: 14 November – 18 Disember 2018

Sinopsis :
Mengisahkan seorang wanita yang tersepit antara impiannya untuk memiliki cinta suaminya dan menerima realiti suaminya mencintai perempuan lain. Aisyah mengahwini Taufiq kerana menyangkakan suaminya itu ikhlas terhadapnya tetapi sebenarnya, Taufiq tidak pernah mencintai Aisyah.

Taufiq hanya mempergunakan Aisyah atas desakan ibunya, Saodah yang mahu menumpang kesenangan yang dimiliki Aisyah. Dalam diam, Taufiq mempunyai seorang isteri lain bernama Suraya yang dikahwininya sebulan selepas pernikahannya dengan Aisyah.

Taufik bijak menyembunyikan perkahwinan keduanya itu sehingga tidak dikesan langsung oleh Aisyah. Taufiq sering memburukkan Aisyah di hadapan Suraya, kononnya tidak bahagia dengan Aisyah dan betapa dia cuba menjaga hati Aisyah tetapi Aisyah tidak menghormatinya sebagai suami malah katanya, Aisyah memperkecilkan dirinya sebagai lelaki yang berasal dari kampung dan miskin.

Semua rekaan cerita ini menyebabkan Suraya bencikan Aisyah. Seringkali Suraya mendesak supaya Taufiq menceraikan Aisyah tetapi Taufiq masih lagi tidak mahu melepaskan Aisyah.

Pelakon: Zara Zya, Syazuwan Hassan DFKL, Azar Azmi, Hanna Aqeela, Datin Fadilah Mansor, Ainina Ahmad B dan Azri Iskandar

Sebenarnya, Misz-ella sempat menonton kelima-lima drama tersebut tapi hampir kesemuanya tak berjaya Misz-ella ikuti episod demi episod sebab tuntutan kerja yang sentiasa berada di luar rumah. Apa pun, Syabas kepada pihak TV3 kerana sentiasa menyediakan drama-drama yang menepati citarasa rakyat Malaysia. Tak sabar nak tunggu kemunculan drama-drama yang bakal dibawakan TV3 di tahun 2019. Kita tunggu, k.