Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Selamat Mengerjakan Umrah Datuk Hajah Rozzana


Hello my lovely readers ..

I have a lot of stories to share ~ ada hotel review, ada product review .. macam-macam cerita nak kongsi dengan you all semua tapi hari ni nak cerita tentang kehidupan je.

Life is amazing, full of surprises. Not all these surprises are pleasant so we must always be ready for what life brings you.

Terus terang cakap .. my life is not perfect. Ada banyak kekurangan di sini sana tapi biasalah .. mana ada hidup yang sempurna, kan. Apapun, Misz-ella selalu rasa bersyukur sebab sentiasa ditemukan dengan orang yang baik-baik. Afterall, that is always my Doa. Memang selalu doa agar dipertemukan dengan orang yang baik-baik dan dihindarkan dari segala fitnah dan sebarang niat jahat. Bila kita selalu mintak pada Dia, itu lah yang Dia berikan pada kita. Alhamdulillah.

The most beautiful things that happen in my life is an opportunity to meet various kind of peoples from different backgrounds. Misz-ella tak pernah jemu berjumpa dengan orang baru because for me, setiap pertemuan ada sebab dan kisahnya yang tersendiri. Bertemu dan berkenalan, kalau ada keserasian maka kita kekal bersahabat. Jika tiada keserasian, Hai Hai ByeBye lah jawabnya. Betul tak?


Fieda, Misz-ella, Leez, Datuk Rozzana, Kak Mie, Anuar dan adik handsome yang muda lagi comel tapi kak Ella lupa nama you apa *sorry adik*


Di rumah Datuk Rozzana. Tq Anuar for the pic!

Baru-baru ini, Misz-ella ke rumah Datuk Rozzana or Datuk Nana *i suka panggil dia Datuk Nana* untuk Majlis Kenduri doa selamat dan Tahlil bersempena dengan keberangkatan beliau sekeluarga mengerjakan Umrah. Lambat saya sampai sebab meeting dari pukul 5 petang sampai pukul 8:30 malam tapi tak pe lah, yang penting kerja selesai, ukhuwah pun dapat dipelihara. Alhamdulillah.

Misz-ella sebenar nya selalu jumpa dengan Datuk Nana di event tapi tak da peluang untuk sembang panjang. Jumpa pulak di open house Raya Puan Sri Datuk Zainab, still tak da peluang nak sembang cos I left earlier.


Tapi sebenarnya hidup kita ni Allah dah susun cukup indah dan Kun Fa Ya Kun itu milik Allah SWT. Kalau Allah kata Jadi, maka Jadilah. It was Puan Sri Nisa, my sweet darling friend who is like a sister to me who united us during Datuk Nana's birthday celebration at Nobu. I didn't know that i will meet her .. Puan Sri Nisa cuma cakap Ella, Lets have lunch together at Nobu, 12pm. I said OK.



 I thought hanya kami berdua, ramai-ramai rupanya *Bukan Datuk Nana je kena surprise, me too .. hehehe*

Bersama Datuk Nana di World Gourmet Award

Masa tu, baru lah kenal Datuk Nana dengan lebih dekat lagi.  Alhamdulillah we clicked and always meet after that, dekat kenduri kahwin, dekat Malam Anugerah dan bermacam lagi. 


Masa kenduri kahwin anak Kak Norehan

Sebenarnya kan, Allah cipta setiap manusia itu dengan ciri-ciri yang sangat unik dan istimewaThere is always something we can learn from each other. Kadang-kadang, sebaris ayat yang Datuk Nana katakan mampu meninggalkan kesan pada diri Misz-ella. Nak tau detail? Tak nak share dengan you all lah, yang pastinya she indirectly spread a positive message to me through her words which means, I learned from her.

Selamat Mengerjakan Umrah Datuk Nana dan keluarga. Terima Kasih kerana jemput Misz-ella hadir ke Majlis Doa Selamat dan Tahlil yang sederhana tetapi tetap meriah dan kaya dengan kasih sayang dan kemesraan teman-teman rapat. Semoga urusan Umrah Datuk Nana dan keluarga dipermudahkan Allah SWT dan mendapat Umrah yang mabrur. Amin.







0 comments: