Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Hutan Kota. Hutan Rimba.


Pagi 17 Disember 2018 - Bangun pagi terus bukak balcony condo .. cantik pemandangan hari ni. Langit cerah, wahhh .. ada mataharikah hari ini?



Cantik, kan pemandangan disini. Kebanyakan condominium di sekitar North Kiara Hills dan Mont Kiara ni dijaga rapi. Landskap menarik, persekitaran bersih, kawalan security memang sangat ketat tapi yang paling best duduk sini ialah .. kehijauannya dipelihara yang menjadikan tempat ini sejuk. Tiap-tiap malam Misz-ella tidur tak pernah bukak kipas. Bukak tingkap bilik cukup .. sejuk lantai dan dinding bilik. 


Walau lahir di Kuala Lumpur dan  tinggal di bandar besar serba membangun ini, saya tetap suka masuk hutan. Hutan beri ketenangan yang berbeza, dengar bunyi serangga-serangga alam .. hirup udara sejuk dan segar dan paling penting, bahagia biji mata melihat pemandangan serba hijau di sini sana.

Dan kalau jumpa Air Terjun di dalam hutan .. Ya Allah .. heavennya!! Hilang segala penat lelah ber hiking tadi.

Tak lepaskan peluang untuk mandi air bersih, suci tanpa klorin yang tiada di condominium saya. OhMyGod .. I love this natural rain shower!

Paling best bila spend quality time dengan kawan-kawan ber status kesayangan ~ Lompat, gelak, splash water .. posing .. Ya Allah seronoknya!! What a moment to remember, friends!

Anyway, air terjun cantik ini terletak di Tanah Aina Fareena di Lentang, Bentong, Pahang. Kali pertama Misz-ella jumpa air terjun tu, terus jatuh cinta maka saya repeat lagi ber group hiking ke Air terjun itu semalam, 16/12/2018 bersama 20 orang lagi rakan. Entry tentang Hiking ke Air Terjun Fareena ada di sini. Jemput baca ye kawan-kawan .. buat panduan dan tambah pengetahuan. Mana tau satu hari nanti terbuka hati untuk melihat ciptaan indah Allah SWT ini, kan ..

Pagi saya hiking, pukul 3:30 dah sampai semula ke North Kiara Hills. Rehat setengah jam sahaja sebab pukul 4 adik beradik, anak buah dan mama datang bertamu. Misz-ella tak sempat nak masak atau buat apa-apa pun.


Cheese Tart yang dibawa oleh my sister, KY bagi meraikan Dinie dan Ilyas yang mendapat keputusan cemerlang semasa peperiksaan baru-baru ini. Congrats to both of you. Mama Uda tumpang bangga! Selain dari Cheese Tart, KY bawa nasi lemak dan goreng Cucur at my house. Thank you KY .. really appreciate your effort.


Hidup kita ni tak panjang dan saling memerlukan. I consider myself as very lucky.  Sometimes, I dengar cerita tentang adik beradik bergaduh or family berpecah belah .. I had a very strong binding with my family. I also have friends who showered me with loves dan saya sangat bersyukur kerana Allah SWT  beri saya kesihatan yang baik dan minda yang positif. 

Kalau difikirkan balik, apa yang orang tak kata tentang Misz-ella? Macam-macam orang kata. Alhamdulillah, dengan izin dan berkat Allah SWT, saya tetap tenang, tidak marah dan tidak melatah.

Kalau ikutkan penat hiking turun naik bukit, dah tentu lah penat, kan. Tapi tetap riang dan berlapang dada menyambut tetamu yang sudi bertandang ke rumah kita.  Semua kekuatan ini dari Allah SWT. Alhamdulillah.

0 comments: