Hello pembaca-pembaca kesayangan,
Kalau Misz-ella katakan yang ramai di kalangan rakyat Malaysia mempunyai bakat seni, mesti ramai yang setuju, kan.
Bakat seni yang Misz-ella maksudkan di dalam entry ini bukanlah bakat seni di pentas lakonan, tarian atau nyanyian tetapi bakat seni lukisan.
Baru-baru ini sebuah projek usahama antara pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), CENDANA (Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan) bertajuk Art In The City, telah dilancarkan.
Art in The City adalah sebuah pameran visual seni secara paparan luaran di sekitar Kuala Lumpur yang bertujuan untuk mempromosikan komuniti seni tempatan dalam mengekspresikan dan mempamerkan bakat mereka.
Kempen ini menampilkan 14 karya seni dari pelukis tempatan dimana karya mereka akan dipamerkan di lokasi strategik di sekitar Kuala Lumpur agar ianya lebih mudah diakses oleh masyarakat.
Pelukis-pelukis Art in the City bersama karya mereka
Art in the City direka untuk meningkatkan kesedaran tentang kesenian dan kebudayaan
tempatan, justeru untuk menggalakkan rakyat Malaysia melawat galeri seni dan
muzium di sekitar Kuala Lumpur. Kempen ini juga adalah sebahagian dari usaha untuk memastikan Kuala
Lumpur dikenali sebagai hab budaya dan kreatif yang giat membangun. Selain itu,
Art in the City juga menampilkan
pelbagai aktiviti yang dapat dinikmati oleh rakyat tempatan termasuk lukisan
mural, persembahan kebudayaan bulanan secara percuma dengan kerjasama PUSAKA, program mentor serantau
dengan OUR ArtProjects, forum
seni visual dengan
RogueArt, bengkel seni di pejabat korporat, dan pameran seni visual dengan kadar harga berpatutan yang dipanggil SHIFT. Art in The City bakal mengubah landskap bandaraya Kuala
Lumpur dengan penampilan karya seni di sekitar kota, menjanjikan sebuah
pengalaman visual seni yang tidak dapat dilupakan, terutama bagi pencinta seni.
Art In The City telah dilancarkan secara rasmi oleh Yang Berhormat Tuan Haji Khalid bin Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan, dimana beliau menunjukkan sokongan padu untuk perkembangan seni setempat dan mengakui bahawa ramai anak seni kita yang berbakat namun berhadapan dengan sokongan dan bantuan yang tidak memadai demi menonjolkan potensi mereka.
Y.B. Khalid Abd Samad berkata dengan penduduk seramai 1.76 juta, Kuala Lumpur berfungsi sebagai kanvas yang luas untuk penggiat seni visual mencapai impian yang melampaui sempadan dimana karya mereka dapat menarik perhatian orang ramai, sama ada di peringkat negeri, daerah, ataupun di pentas pameran antarabangsa.

Turut hadir adalah Izan Satrina Mohd Sallehudin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CENDANA, sebuah organisasi kesenian awam yang bertanggungjawab melaksanakan projek Art In The City.
Karya-karya seni ini ditempatkan di lokasi-lokasi strategik di sekitar ibukota agar ianya dapat didekati oleh masyarakat dengan lebih mudah. Hasil usaha ini diperkuatkan dengan gabungan sinergi bersama pihak awam dan swasta seperti Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Balai Seni Negara, LEDTRONICS, KL Citywalk, PNB, Lot 10, Bursa Malaysia Berhad, Wisma Maran, Maybank Foundation, NSTP, Wariscan, dan KL Hop-On Hop-Off.

Kempen ini telah bermula sejak dari bulan Januari 2018 dimana artis
tempatan dipanggil untuk menyerahkan karya seni mereka yang bertemakan
Malaysia. Lebih dari lebih 1,000 hasil karya seni telah dikemukakan dan telah melalui proses saringan oleh ahli panel yang terdiri dari para akademik dan ahli seni kebudayaan.
30 hasil karya telah disenarai pendek bagi pengundian awam dan setelah proses pengundian awam dijalankan, 10 karya seni dari Suzi Chua, Brindha Kumar, Samantha Cheah (YueYue), Syamsul Addenno, Nor Aziela binti Ahmad, ART:TECH, Natasha Iman, Ahmad Sanuri Zulkefli, Sivabalan Arumugam, dan Jing Chung telah dipilih untuk dipamerkan di dalam projek Art In The City ini. Selain itu, paparan luaran yang dijayakan dengan bantuan Balai Seni Negara akan menampilkan 4 karya seni daripada artis legenda seperti Dato 'Mohd Hoessein Enas, Datuk Ibrahim Hussein dan Kok Yew Puah.

So, pembaca-pembaca kesayangan, mari tunjukkan sokongan anda kepada bakat seni tempatan dengan mengunjungi karya-karya hebat yang dipamerkan melalui projek Art In The City ini. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang Art in The City,
layari www.cendana.com.my, dengan tanda pagar rasmi #CENDANAMalaysia dan #ArtInTheCityKL.
0 comments:
Post a Comment