Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Selamat Hari Raya 2018


Hello pembaca kesayangan ..


Selamat Hari Raya 2018! Walau dimana kita berada dan apa pun keadaannya, Hari Raya kita sambut dengan penuh kesyukuran.




Rutin wajib di hari raya pertama ialah pulang ke pangkuan ibu tercinta. Tahun ni agak berbeza Raya Misz-ella sebab buat pertama kalinya, saya tak masak dan bangun pagi raya lewat sangat (sebab tak boleh solat dan sebab raya kali ni sangat 'koboi' .. haha) 

Petang pukul 3:30 baru sampai rumah mama, semua adik beradik dah balik ke rumah masing-masing. Makan, sembang, duduk dalam sejam, lepas bermaafan dengan mama terus gerak ke rumah mama no. 2 di Segamat.


My beautiful mom and my handsome son. I know I wont be able to take care of them forever .. Moga Allah pelihara kedua mereka dengan kasih sayang .. memberkati setiap inci perjalanan hidup mereka, menenangkan hati mereka, memberi kesihatan yang baik kepada mereka dan memberi kelapangan masa kepada mereka. Amin.



Sampai Segamat dah malam. Paling best balik ke rumah Mama Ida (my step mom) ialah makan. Mama Ida masak Rendang Ayam Maman, Rendang Daging, Ayam Masak Merah, Kuah Kacang, Kuah Lodeh dan tahun ni extra special sebab kami buat BBQ ~ makan, makan dan makan sampai dah tak larat baru kita stop makan .. nak buat macamana .. Inikan raya.



Ini sahaja anak cucu Arwah Haji Ismail yang dapat pulang ke Segamat di Hari Raya tahun 2018 ini. Alhamdulillah .. rasa bersyukur sangat sebab walau Arwah Abah dah beberapa tahun meninggalkan kami semua, ukhuwah sesama kami masih utuh dan terjalin mesra. 

Things that happened in life has really taught me a lesson. Dalam hidup ini, paling penting adalah kita menjaga hati, sentiasa rasa rendah diri, sentiasa bersyukur. Allah SWT beri saya sebuah keluarga yang besar .. saya ada 2 orang mak, 2 orang ayah yang mendidik saya tentang betapa pentingnya kita menjaga silaturrahim dan kasih sayang sesama insan. Kami anggap Mama Ida macam mak sendiri .. sentiasa kasih, sentiasa sayang pada dia, sentiasa ada buah tangan dan duit raya untuk dia. Terima Kasih Allah kerana beri saya seorang lagi mak yang baik .. yang menyayangi saya dan melayani saya macam anak sendiri. Kami boleh tidur sebantal dan makan sepinggan (sebelum mama kahwin lagi dulu ..) Syukur Alhamdulillah dengan rezeki kasih sayang yang melimpah ruah. 


So how is your Hari Raya? Buat Misz-ella, raya kali ini lebih mendidik Misz-ella erti redha, erti sabar, lebih menguatkan jiwa dan minda. Alhamdulillah. Thank You Allah for all things that happened in my life. Thank You for showering me with Your love and clothed me with strength and dignity. Alhamdulillah.








3 comments:

Siti Yang Menaip said...

salam aidilfitri ^^

NekCik said...

love makes this world a better place to.love kan

Semut Senyum said...

selamat hari raya kak.. lama nya saya tak singgah sini sebab saya dah tak aktif blogging... seronok tengok rakan2 blogger masih teruskan perjuangan.. mula laa saya rasa nak berblog kembali.. semangat kembali.. apa pun, saya doakan kak eia terus maju... yeaaahh...