Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Dim Sum (Frozen) HALAL oleh Ayamas Kitchen


Hello pembaca kesayangan,




Dalam entry kali ni Misz-ella nak kongsikan tentang makanan lagi. Well ... its Dim Sum! Misz-ella memang suka makan Dim Sum. Sebab apa tau .. sebab cara memakannya mudah. Cicah sos manis dan sos pedas ... done! Yummyyyy .. kan!

Ayamas Kitchen baru-baru ini telah melancarkan 10 produk Dim Sum sejuk beku (Frozen) yang lazat untuk memenuhi selera penggemar makanan tradisional Cina.



Ayamas Kitchen menawarkan 10 jenis Dim Sum dimana lima jenis kini telah berada di pasaran iaitu Hakao Udang, Dim Sum Ayam & Udang, Dumpling Udang, Nasi Pulut Ayam Daun Teratai, dan Pek Kombo Dim Sum. Lain-lain termasuk Dim Sum Kari Ayam, Kek Lobak Bersama Udang Kering, Pau Ayam Barbeku, Tauhu Gulung Ayam & Ikan, dan Dim Sum Udang.



“Produk Dim Sum (frozen) ini memberikan kepuasan kepada mereka yang ingin menikmati hidangan ini tetapi tidak berkesempatan untuk menyediakannya dengan cara konvensional. Selain hotel lima bintang, tidak banyak restoran halal yang menghidangkan dim sum halal. Dim Sum halal keluaran Ayamas Kitchen memudahkan mereka yang beragama Islam untuk menikmati hidangan ini di rumah,” kata Adi Wira Abd Razak, Ketua Pegawai Eksekutif, QSR Brands (M) Holdings Bhd.

Diperbuat daripada bahan-bahan segar dan dibungkus secara berkualiti dengan menggunakan teknologi dan peralatan terkini supaya para pelanggan dapat memastikan ianya 100% selamat untuk dinikmati dan disahkan halal oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), antara badan pensijilan yang diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ianya boleh dikukus, direbus, digoreng atau dipanaskan menggunakan microwave. Untuk rasa yang terbaik, lagi bagus kalau ianya dikukus secara tradisional, lepas tu makan bersama Sos cili Ayamas dan Sos Hoisin jenama Life *Sedapnya!*

Lima daripada sepuluh jenis Dim Sum ini kini boleh didapati di pasaraya Giant di seluruh negara iaitu Ayamas Kitchen Hakao Udang (160g) yang dijual pada harga RM13.39 sepaket, Ayamas Kitchen Dim Sum Ayam & Udang (160g) pada RM10.59 sepaket, Ayamas Kitchen Dumpling Udang (144g) pada RM11.29 sepaket, Ayamas Kitchen Nasi Pulut Ayam Daun Teratai (270g) pada RM11.99 sepaket, dan Ayamas Kitchen Pek Kombo Dim Sum (160g) pada RM12.79 sepaket.

So, pembaca-pembaca kesayangan kalau ke pasaraya Giant, jangan lupa cari Dim Sum (Frozen) jenama Ayamas Kitchen. HALAL dimakan tanpa was-was!


0 comments: