Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Synergy Marine (M) Sdn Bhd cipta sejarah bina kapal berkuasa LNG pertama di Malaysia


Hello pembaca budiman,

Hari ini Misz-ella.blogspot.com bawakan kisah penting dalam industri maritim atau juga dikenali sebagai industri perkapalan. 

Industri perkapalan merupakan sektor yang sangat penting dalam memudah carakan dagangan global.  Malaysia bakal mencatatkan sejarah dalam industri perkapalan apabila Synergy Marine (M) Sdn Bhd, jenama terkemuka pengurusan kapal bersepadu, mengumumkan kerjasamanya dengan syarikat tempatan, MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping Corporation Berhad (menerusi anak syarikatnya Shin Yang Shipyards Sdn Bhd) bagi mereka bentuk, membina dan menjayakan Pembinaan Kapal Berkuasa LNG pertama di Malaysia.

Kapal berkenaan merupakan kapal pertama di Asia yang dibina di pesisir Malaysia. Bagi menyahut cabaran untuk menghasilkan sebuah kapal berkuasa LNG yang pertama di Malaysia ini, pihak Synergy Marine telah mejalankan penyelidikan dan pembangunan menggunakan teknologi 3D yang tercanggih dan maju, termasuklah teknologi digital twin untuk kapal baru, lengkap dengan teknologi realiti maya untuk tujuan penyelenggaraan, ujian keselamatan dan latihan.


Pengarah Urusan Synergy Marine, Dato’ Roslan Ahmad


Pembinaan kapal berkenaan dijangka akan dimulakan pada bulan Januari 2019 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang suku keempat tahun 2020. Selepas disiapkan, Synergy Marine akan memberikan perkhidmatan kepada pelbagai syarikat minyak dan gas untuk menyewa kapal ini mengikut kontrak. Syarikat Minyak dan Gas global bakal mendapat manfaat daripada kapal yang serba canggih ini kerana ianya bukan sahaja mematuhi peraturan IMO, tetapi dengan penggunaan kapal Berteknologi Tinggi dan Hijau di dalam operasi Minyak dan Gas mereka, kapal tersebut dapat menjimatkan penggunaan bahan api di dalam mana-mana operasi Minyak dan Gas.

Pengarah Urusan Synergy Marine, Dato’ Roslan Ahmad berkata penggunaan sistem enjin gas asli cecair atau LNG dapat mengurangkan pelepasan sulfur dioksida, nitrogen dioksida, karbon dioksida dan zarah terampai dengan ketara, menjadikan alam sekitar lebih hijau dan pada masa sama mematuhi peraturan pertubuhan maritim antarabangsa.

“Berbekalkan pengalaman luas kami di dalam perniagaan serta operasi marin dan luar pesisir, ditambah pula dengan pengetahuan mendalam, rangkaian kerja yang luas dan keupayaan yang kukuh, penjagaan alam sekitar adalah salah satu daripada nilai teras kami, dan kami mengambil langkah proaktif untuk menerajui dan merintis teknologi hijau di dalam sektor kapal sokongan luar pesisir,” kata Dato’ Roslan.

Dengan adanya kapal baru berukuran 76.8 meter panjang, 19 meter lebar, kapasiti dek 600 meter persegi, dilengkapi dengan sistem enjin dwi bahan api iaitu LNG dan diesel, kerjasama ini terbukti menjadi detik terpenting antara Synergy Marine, MTCMS Design Sdn Bhd dan Shin Yang Shipping Corporation Berhad, dengan pembangunan di dalam kedua-dua bidang Teknologi Tinggi dan Teknologi Hijau. 


Ketiga-tiga syarikat bereputasi tinggi itu juga menandatangani satu Memorandum Persefahaman bagi menggabungkan kepakaran dalam membangunkan Kapal Teknologi Hijau, disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah 2 (Operasi) Jabatan Marin Malaysia, Tuan Hj. Ir. Ahmad Khairuddin Bin Ismail.

“Kami amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan MTCMS Design dan Shin Yang Shipping untuk kapal berkuasa LNG pertama kami. Sistem pendorong kapal kami yang baru direka menggunakan enjin penjimat tenaga dan mesin serta peralatan cekap tenaga. Oleh itu, berdasarkan kepada kepakaran mereka dalam mereka bentuk kapal dan penggunaan Teknologi Digital Twin, kami telah memutuskan untuk melantik MTMCS Design untuk menjadi pereka bentuk kapal kami dan bekerjasama dengan Shin Yang Shipping untuk membina kapal berkenaan berdasarkan kepada kepakaran mereka dalam pembinaan banyak Kapal Sokongan Luar Pesisir (OSV) dan keupayaan serta kapasiti mereka yang tinggi di dalam bidang ini.”

“Rekod prestasi yang cemerlang di dalam profil mereka itu digabungkan dengan sejarah kami yang mantap di dalam sektor perkapalan maritim, perjanjian perintis ini membuka peluang yang besar ke arah revolusi pembangunan kapal berkuasa LNG,” kata Dato’ Roslan lagi.

Syabas Synergy Marine (M) Sdn Bhd di atas kolaborasi bersama pihak MTCMS Design dan Shin Yang Shipping dalam membina kapal pertama berkuasa LNG di Malaysia yang bakal memantap kan lagi industri perkapalan negara dan meningkatkan kesejahteraan alam sekitar negara kita. 







0 comments: