Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Jom kita ke Karnival 3W di Selangor bermula 10 Februari ini


Hello pembaca-pembaca kesayangan, wanita khususnya *lambai tangan*


Secara jujurnya, Misz-ella suka dengan apa-apa sahaja program atau aktiviti yang bertujuan untuk 'memperkasakan wanita'. Baru-baru ini Misz-ella.blogspot.com telah dijemput untuk menghadiri Majlis Pra-pelancaran Karnival 3W :- Women, Welfare & Wellness (Wanita, Kebajikan dan Kesihatan) peringkat Negeri Selangor.


YB Dr. Siti Mariah Mahmud

Majlis yang diadakan bersama Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga iaitu YB Dr. Siti Mariah Mahmud ini untuk menerangkan dengan lebih terperinci lagi tentang Karnival 3W yang akan bermula pada 10 Februari ini. Program jelajah Karnival 3W ini akan melibatkan 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di mana pelbagai program dan tema akan diadakan untuk kepentingan penduduk setempat di seluruh Selangor. Antara program yang telah dipilih adalah program bercirikan kesihatan seperti Program 10 ribu langkah, Pertandingan Slim Selangor, Forum Sihat Selangor manakala program berbentuk informasi diadakan di gerai-gerai pameran. 

Bagi siri pertama program jelajah Karnival 3W ini, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah dipilih untuk menjadi tuan rumah .  Karnival akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran MPAJ, Pandan Indah bermula dari jam 7:30 pagi sehingga 10:00 malam dengan tema Sambutan Hari Kanser Sedunia. Karnival sepanjang hari ini akan dimeriahkan dengan aktiviti-aktiviti berkonsepkan kesihatan dan kebajikan wanita untuk pengunjung-pengunjung. 

Wanita-wanita di daerah yang lain tak perlu bimbang kerana ada 11 lagi siri jelajah Karnival 3W di PBT-PBT yang berlainan. Antaranya adalah :-

23 Februari 2019 (Sabtu)
MPBJ dengan tema Hari Kasih Sayang/Hari Tibi

30 Mac 2019 (Sabtu)
MPK dengan tema Hari Wanita/Hari Buah Pinggang

20 April 2019 (Sabtu)
MDKL dengan tema Hari Kesihatan Sedunia/VAW

4 Mei 2019 (Sabtu)
MPSP dengan tema Hari Tanpa Tembakau/Hari Jururawat

29 Jun 2019 (Sabtu)
MPS dengan tema Hari Sifar Denggi

27 Julai 2019 (Sabtu)
MDKS dengan tema Hari Sukarelawan Selangor

24 Ogos 2019 (Sabtu)
MBSA dengan tema Hari Penyusuan Susu Ibu

28 September 2019 (Sabtu)
MPKJ dengan tema Hari Jantung

19 Oktober 2019 (Sabtu)
MPSJ dengan tema Hari Mental/Hari Warga Emas

16 November 2019 (Sabtu)
MDSB dengan tema Hari OKU/Hari HIV

30 November 2019 (Sabtu)
MDHS dengan tema Hari Kanak-Kanak/Hari Diabetes





YB Dr. Siti Mariah bersama barisan exco dan PBT-PBT yang terlibat


Misz-ella bersama YB Dr. Siti Mariah

So wanita-wanita di negeri Selangor, jangan lupa tarikh-tarikh penting yang telah Misz-ella nyatakan di atas. Mari kita beramai-ramai memeriahkan Karnival 3W untuk memperkasakan diri kita. Sebagai wanita, kita lah ibu kepada anak-anak kita, kita lah isteri kepada sang suami, kita lah anak kepada ibu kita, kita lah kakak atau adik kepada adik beradik kita, kita lah pekerja kepada majikan kita dan pelbagai lagi. Kalau kita tak memperkasa kan diri kita, bagaimana kita ingin menjadi anak yang baik kepada kedua ibu bapa kita, kan. Bagaimana kita ingin jadi mak yang baik untuk anak-anak kita dan pelbagai lagi, kan. 

Samada wanita itu muda, pertengahan umur, kanak-kanak, warga emas ataupun golongan OKU, karnival 3W sesuai untuk semua. Karnival 3W akan bermula Sabtu ini, 10 Februari 2019 di Padang Majlis Perbandaran MPAJ, Pandan Indah. Jangan lupa ke sana, ye.






0 comments: