Hello pembaca kesayangan,
Cerita-cerita tentang AJL mungkin dah basi tapi Misz-ella tetap nak kongsi di sini dengan pembaca-pembaca kesayangan.
Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah menang. Basah pentas gara-gara hujan yang diilhamkan oleh Hael sendiri (nasib baik pentas dah dilapik dengan plastik dulu). Tahniah Hael dan Dayang!
Tempat kedua adalah lagu Bunga yang dinyanyikan oleh Ara Johari. Not my favourite song and not my favourite singer too tetapi .. Tahniah!
Tempat ke tiga AJL 33 adalah lagu Sampai Bila yang dinyanyikan oleh Misha Omar. Lagu oleh komposer Sharon Paul dan liriknya ditulis oleh Fedtri Yahya & Shah Shamshiri ini sememangnya amat diminati oleh rakyat Malaysia dan kak Misha seperti biasa .. persembahan beliau sangat memukau, tak berkelip mata melihat beliau dari mula hingga akhir dan ... standing ovation for her!
Ramai kata persembahan Sufian melalui lagu Di Matamu sangat berkesan dan membuat ramai yang menitis airmata. Maaf lah .. saya langsung tak terkesan. 50% dari markah penuh bagi persembahan terbaik adalah dari undian penonton-penonton AJL pada malam tersebut. Sufian membawakan lagu yang sangat berkait rapat dengan kehidupan beliau dan menjiwai lagu tersebut sepenuhnya cuma mungkin jiwa kental Misz-ella yang kurang merasainya. Apa pun, Tahniah Sufian. I know it take a lot of courage for you to deliver this song. Susah-susah menjiwai lagu dikecam pulak oleh pihak yang disebelah sana .. konon-konon tak move on lagi. Hello .. dia cuma buat yang terbaik kerana ini pertandingan, ok. Kenapa kau di sana terasa? Sapa yang tak boleh move on lagi ni?
Persembahan Misha sangat terkawal semasa menyampaikan lagu Sampai Bila pada malam itu. Selain dari dapat tempat ke 3, Misha menang Vokal Terbaik. Tahniah Misha!
AJL 33 berakhir dengan meriah Tahun ni Misz-ella tak banyak ambik gambar. Apa pun, Tahniah TV3 kerana sekali lagi berjaya membawa Anugerah Juara Lagu kepada kita semua dan setiap kali berakhir AJL, Misz-ella teruja untuk menyaksikan AJL seterusnya. Jumpa lagi di pentas berprestij AJL 34 ye. Bye you alls. Terima Kasih baca.
0 comments:
Post a Comment