Hello lovely readers,
Save Our Rainforest Race or SORR is back! Kali ini kita ke negeri Melaka untuk bersama-sama ber 'adventure with nature'.
Save Our Rainforest Race 2019 akan diadakan di :-
Taman Botanikal Melaka
pada 30hb Mac 2019 jam 7:00 pagi
Mungkin ada yang terlupa apakah Save Our Rainforest Race atau nama singkatannya SORR?
Save Our Rainforest Race adalah aktiviti tahunan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) dimana peserta akan dibawa ke alam semulajadi dengan misi untuk menghijaukan bumi. Tahun ini Melaka telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi SORR 2019 dan tarikh 30 Mac 2019 dipilih bersempena dengan sambutan Hari Hutan Sedunia.
Kalau ada yang terlupa bagaimanakah kemeriahan SORR yang lalu, sila lah klik link-link di bawah untuk refresh memory you all ye :-
Yuran pendaftaran adalah hanya RM160 sepasukan (satu pasukan dua orang)
Peserta akan mendapat T-shirt, Finisher Medal, Meal, Keychain, E-certificate, disamping dapat menanam sebatang pokok di dalam Taman Botanikal Melaka.
Oh ye .. Lucky Draw pun ada tau!
So you all semua, cari seorang kawan untuk dijadikan pasangan dan mari kita beramai-ramai ke Melaka bandaraya bersejarah untuk menyertai SORR 2019. Sambil beriadah dengan berbagai aktiviti di sepanjang laluan hampir 15km, sambil tanam pokok untuk menghijaukan lagi bumi Melaka. Seronok tau berbakti untuk bumi.
Jangan tunggu lagi, daftar penyertaan you all hari ini di www.pekamalaysia.org
atau
0 comments:
Post a Comment