Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Kulit bersinar bagai kilauan kristal dengan L'Oreal Paris

Hello pembaca kesayangan,



Jenama produk kecantikan terkenal, L'Oreal Paris baru-baru ini telah melancarkan  dua produk anti-penuaan iaitu L'Oreal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence dan L'Oreal Paris Revitalift Day Cream yang baru dipertingkatkan dengan Pro-Retinol A dan SPF35 PA++ dan Misz-ella.blogspot.com telah dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran tersebut.



Kedua-dua produk ini direka khusus buat wanita zaman ini yang mempunyai rutin harian yang padat dan sentiasa sibuk dimana ia mampu mengembalikan keserian dan keremajaan kulit dengan hanya dua langkah.



Hasil ujian klinikal mendapati 94% wanita mendapati kulit mereka lebih berseri, 96% mendapati kulit mereka lebih halus manakala 97% lagi mendapati kulit lebih lembap lebih lama hanya dalam masa 7 hari! Wow! Menarik, kan. Macam magik .. tetapi ia bukanlah magik kerana L'Oreal Paris telah memperkasakan kedua-dua produk ini dengan teknologi mikro. Ia mempunyai tekstur ultra-ringan yang membolehkan ia menyerap dan menembusi kulit dengan lebih pantas sehingga ke 10 lapisan kulit.


Dr. Kartini Farah Rahim, Pakar Perunding Dermatologi di AVISENA Specialist Hospital berkata cuaca Malaysia yang panas sepanjang tahun menyebabkan kita terdedah dengan sinaran UV yang boleh merosakkan kulit dan menyebabkan kedutan. Ye itu betul sekali sebab Misz-ella pun macam tu .. tengok cermin nampak kedut-kedut di muka *ohh sedih ...* tapi tak perlu sedih lagi kerana L'Oreal Paris Revitalift Day Cream mengandungi cantella asiatica, sejenis tumbuhan yang tumbuh di tanah lembap Asia yang berupaya untuk membaiki dan meningkatkan keanjalan kulit. Selain dari itu, ia juga berupaya untuk memperbaharui sel-sel kulit dan mengurangkan kesan kerosakan kulit akibat dari sinaran matahari. Selain dari itu, L'Oreal Paris Revitalift Day Cream juga ada Pro-Retinol yang tinggi dengan Vitamin A yang berupaya mengurangkan kesan penuaan foto kepada kulit.



Pelakon terkenal Siti Saleha turut hadir dan berkongsi pengalaman beliau menggunakan kedua-dua produk tersebut. Sejak mulakan rutin dua langkah ini, kulit beliau lebih berseri dan rasa seperti kulit baru. Paling penting, rutin penjagaan ini mudah dan ringkas, sesuai untuk jadual saya yang sibuk .. kata beliau.


L'Oreal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence boleh didapati di dalam dua saiz iaitu 65ml (RM49.90) dan 130ml (RM79.90).



L'Oreal Paris Revitalift Day Cream SPF35 PA++ pula boleh didapati di dalam dua saiz iaitu 50ml (RM63.40) dan 20ml (RM29.90).



So, pembaca kesayangan, Misz-ella dah mula mencuba produk anti-penuaan ini. Tak sabar nak kulit berseri macam crystal. You all pun jom la sama-sama cuba. Mari la kita awet muda sama-sama, baru lah sehati sejiwa, kan!

Kedua-dua produk ini boleh didapati di farmasi dan kedai runcit utama di seluruh negara dan butir-butir lanjut tentang L'Oreal Paris Revitalift Crystal Micro-Essence dan L'Oreal Paris Revitalift Day Cream SPF35 PA++ boleh didapati di www.lorealparis.com.my atau ikuti Facebook L'Oreal Paris di https://www.facebook.com/lorealparismalaysia/




0 comments: