Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Warna-Warna Suara di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34)


Hello pembaca kesayangan,

Anugerah berprestij yang ditunggu-tunggu iaitu Anugerah Juara Lagu kembali lagi buat kali ke 34 pada 9 Februari 2020 ini.



Bakal diadakan di tempat yang sama seperti tahun lalu iaitu di Axiata Arena, Bukit Jalil, AJL34 akan dihoskan oleh Awal Ashaari, Haziq Hussni dan Sherry Al Hadad.


12 finalis yang akan bertanding di AJL34 nanti adalah Naim Daniel (Sumpah), Drama Band (Drama), Akim & The Majistret (Rampas), Kugiran Masdo (Dinda), Hazama & The Penglipurlara (Peneman), Aina Abdul (Sumpah), Hafiz Suip (Kisah Cinta Kita), Ernie Zakri (Ku Bersuara), Bob Yusof (Anta Permana), Fairuz Misran (Ragaman), Haqiem Rusli (Lembah Kesepian) dan Aman RA (Bangun). Tiket-tiket sudah mula dijual bermula dari 9 Januari 2020 yang lalu di laman web  https://myticket.asia/ So you all semua, jangan lupa untuk layari laman web tersebut untuk dapatkan tiket-tiket AJL 34 yang berharga RM30, RM40 dan RM60.


Terima Kasih pihak TV3 kerana sekali lagi mengundang misz-ella.blogspot.com ke majlis sidang media AJL34, seperti tahun-tahun terdahulu. Saya memang peminat setia AJL. Tak sabar nak tunggu tarikh 9 Februari 2020 ni. Jom kita jumpa di sana, ye.

1 comments:

ezy.fia said...

wah bestnya..
xsabar nk tgok..