Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Sepetang bersama Chef Emmanuel Stroobant dan Kismis California

Hello pembaca kesayangan,



Siapa suka makan Kismis? Kalau suka, kita geng! Mari kita Hi-5 *tampar skrin sendiri ye* Misz-ella pun sukakan kismis .. baik dijadikan snek iaitu dimakan begitu sahaja atau yang ditambah di dalam masakan .. yang tu pun i sangat-sangat suka. 

Roti Kismis? Ohhh yang ni lagi lah saya suka .. teringat roti kismis bergula yang selalu kita beli di kedai runcit tu .. beli sebungkus kalau boleh nak makan seorang, kan!


Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang khasiat dan kepelbagaian guna kismis California dengan you all semua. Baru-baru ini Misz-ella dan rakan-rakan blogger yang lain dijemput untuk menghadiri majlis Sepetang bersama Chef Emmanuel Stroobant bertempat di  'Samplings On The Fourteen Restaurant' di Berjaya Times Square.

Mula-mula, kami berkenalan dengan lebih lanjut dengan cik Kismis, yang merupakan subjek utama majlis itu. In case if you all tak tau, kismis kesayangan Misz-ella ini merupakan buah anggur yang telah dikeringkan. Terdapat dua jenis kismis iaitu kismis hitam dan kismis kuning. 



Cik Tan Yen Sing, seorang Dietitian menerangkan kepada kami tentang khasiat yang ada di dalam buah kismis. Sungguhpun kecil, kismis mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Kismis sangat rendah kalori dan mengandungi pemanis semulajadi. Kismis membekalkan tenaga segera *attention hikers .. you all patut bawak kismis masa hike lah* dan tidak mengandungi sebarang lemak mahupun kolesterol. Ianya juga kaya dengan serat, bersifat anti-oksidan dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Misz-ella sendiri sejujurnya sangat sukakan kismis. Sekotak kecil kismis di dalam handbag sangat berguna di jmasa kecemasan *tengah bawak kereta tiba-tiba lapar .. maka kismis lah 'Hero' ku* tetapi sebenarnya sekotak kismis tak cukup kerana kita digalakkan mengambil sekurang-kurangnya setengah cawan kismis sehari .. baru lah lengkap nutrisi di dalam badan kita.



Selepas berkenalan dengan cik kismis, kami berpeluang menonton demonstrasi masakan dimana salah satu bahannya adalah kismis. Chef selebriti yang terkenal di saluran AFC iaitu Chef Emmanuel Stroobant telah dijemput untuk membuat demonstrasi masakan tersebut. Wahhh .. bertuahnya kami kerana berpeluang untuk melihat Chef Emmanuel Stroobant masak secara LIVE! Chef bertaraf 2 bintang Michelin ini bukanlah asing di kalangan penggemar masakan kerana beliau sangat berpengalaman dan mula berkecimpung di dalam bidang ini sejak dari umur 16 tahun lagi.


Tiga jenis masakan oleh Chef Emmanuel Stroobant dipersembahkan iaitu :-

Kismis California, Ketam dan Bunga Kubis

Pasta Kismis California bersama Jintan Hitam dan Udang


Kismis California bersama Rusuk Lembu dan buah-buahan


Misz-ella cuba ketiga-tiga masakan tersebut. Sedap tidak terkata .. Almaklumlah selama ini Misz-ella jumpa kismis dalam Nasi Minyak je .. tiba-tiba dalam pasta. Auwwww .. kismis sangat versatile, kan.


Selepas itu ada satu lagi demonstrasi masakan iaitu oleh Chef Anton Roos. Beliau tak kurang hebatnya dengan rangkaian 3 jenis pemanis mulut yang dinamakan Simfoni Kismis California yang terdiri daripada Muffin kismis California berkrim, aiskrim kismis California bersama kayu manis dan Puff Epal. 

Dalam satu pinggan, ada 3 pemanis mulut yang dibuat dari kismis. Misz-ella makan semua you alls sebab sangat sedap.

Kismis, walaupun kecil .. sangat berkhasiat untuk tubuh badan kita dan sangat versatile kerana macam-macam kita boleh buat dengan cik kismis ni .. buat roti boleh, buat kek dan kuih boleh dan hari ini kami belajar cara-cara menggunakan kismis dalam masakan barat. Wahhh .. jom kita tengok ada stok kismis tak kat dapur tu ...kalau ada, mari kita mempelbagaikan kegunaan kismis tu you alls .. let's be creative with California raisins!



Kami pulang dengan senang hati kerana 'tummy' diisi dengan kismis yang banyak khasiat disamping mendapat ilmu pengetahuan tentang cik kismis kesukaan ramai ini. Terima Kasih California Raisins kerana menjemput kami!



Misz-ella akhiri blog post ini dengan  pesanan iaitu .. Let's eat raisins guys! Supaya lebih sihat tubuh badan. 

Untuk maklumat lebih lanjut dan resepi-resepi menarik Kismis California, sila kunjungi laman web  www.calraisins.org dan www.caraisins.com. Ikuti juga Facebook Kismis California iaitu di https://www.facebook.com/RACASEAN/ 

OK. Misz-ella dah habis berkongsi cerita tentang khasiat cik kismis. Jumpa lagi di blog post yang seterusnya. Terima Kasih baca ye. Bye.

0 comments: