Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Raikan Tahun Tikus 2020 di Concorde Hotel Shah Alam

Hello pembaca kesayangan,


Kalau you all nak tau, tiap kali nak tahun baru Cina, Misz-ella lah orang yang paling excited! Al-maklumlah, saya membesar dalam komuniti Cina, pergi ke sekolah rendah dan menengah yang majoriti pelajarnya adalah Cina .. tiap kali tahun baru Cina, saya orang no. 1 dalam rumah yang teruja bila ada tarian singa. 


Setiap kali tahun baru Cina, Misz-ella juga lah orang yang paling teruja kerana dapat makan Yee Sang. Tahun ini tahun tikus you all. Bagi meraikan kedatangan tahun tikus, Concorde Hotel Shah Alam menyediakan 5 jenis Yee Sang dan beberapa set menu Chinese New Year buat mereka yang ingin mengadakan gathering ataupun 'makan besar' bersama keluarga dan kesayangan bersempena dengan tahun baru ini. Bertempat di Restoran RakuXin, 5 jenis Yee Sang tersebut adalah Abalone Yee Sang, Fish Maw Yee Sang, Scallop Yee Sang, Salmon Yee Sang dan Pacific Clam Yee Sang yang didatangkan dalam dua saiz iaitu kecil dan besar. Ianya boleh didapati pada waktu makan tengahari dan makan malam pada harga bermula dari RM78 hingga ke RM198 (nett).


Selain dari itu, Restoran RakuXin yang diketuai oleh Chef Yu Chee Chun turut menyediakan 4 set menu hidangan Chinese New Year untuk dinikmati oleh anda semua. Bermula dari RM688 (nett) hingga RM988 (nett) kesemua set menu ini boleh dinikmati dari 13 Januari 2020 sehingga 8 Februari 2020 dari jam 12 tengahari hingga 8 malam (kecuali Ahad dan cuti umum). 





Misz-ella dan rakan-rakan blogger yang lain dijemput untuk menikmati Set Menu ke 4 yang berharga RM988 (nett) bersama pihak pengurusan Concorde Hotel Shah Alam. Wahhh .. teruja kami untuk cuba, try dan test .. Jom kita check it out ...


Pacific Clam Yee Sang


Braised Seafood Soup with Dry Scallops


Roasted 'Pei-pa' Chicken


Steamed Garoupa Fish with Ginger Sauce and Ginseng Herbs Sauce


Braised Brocolli with Black Mushroom and Fish Maw



'Duo' Stir-Fried Prawns with Golden Salted Eggs and Stir-Fried Butter Prawns with Crispy Oats and Curry Leafs

Fried Rice with Shrimp and Silver Anchovies


Chocolate Ripple Ice Cream Cake


Fruit Tartlets


Keseluruhannya, set ini adalah sedap and sangat mesra to my tummy. Makan banyak sampai kenyang *happy tummy!* Selain dari itu, juga terdapat set menu untuk vegetarian yang berharga RM688 (nett) dan RM788 (nett).

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi :-
03 - 5520 8000 ext 2260  
lwww.shahalam.concordehotelsresorts.com 
https://www.facebook.com/pages/Concorde-Hotel-Shah-Alam/221922398292452
https://www.instagram.com/concordehotelsa/?hl=en




Terima Kasih pihak pengurusan Concorde Hotel Shah Alam kerana menjemput misz-ella.blogspot.com. I had a great time ushering the arrival of the new year with all of you. Happy Chinese New Year 2020 to all of you! Always love Concorde's hospitality.




















0 comments: