Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Gojo, sedia perkhidmatan e-hailing berteknologi tinggi

 Hello rakyat Malaysia,



Kita baru sahaja menyambut ulangtahun Hari kebangsaan negara kita Malaysia yang ke 63 tahun. Gojo, penyedia e-hailing terbaru di Malaysia turut tidak terkecuali turut bersama-sama memeriahkan sambutan hari kebangsaan dengan melancarkan kempen Merdeka Spirit unites Malaysian despite social distancing.



Kempen ini merupakan salah satu dari program tanggungjawab sosial korporat Gojo bagi menghidupkan suasana sambutan hari kebangsaan Malaysia yang ke 63 meskipun negara masih landa pandemik covid 19.
  
Bertempat di Royal Selangor Club, Dataran Merdeka, Gojo telah mengedarkan jalur gemilang dan pelitup muka (facemask) kepada rakan pemandu Gojo serta orang awam.




Selain dari itu, Gojo turut memberi penghargaan kepada rakanprakan yang telah mematuhi garispanduan serta SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. mematuhi peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan serta Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
 


Mungkin ramai pembaca masih tertanya-tanya apakah kelebihan Gojo berbanding dengan perkhidmatan E-hailing yang lain?

Gojo sangat menitikberatkan ciri-ciri keselamatan dan menggunakan teknologi paling canggih termasuklah 'face recognition' yang membolehkan applikasi ini mengesan pemandu mahupun pengguna yang tidak menggunakan pelitup muka (face mask). Ini bagi memastikan Standard Operating Procedure yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dipatuhi oleh kedua-dua belah pihak iaitu pengguna dan pemandu.




Selain dari itu Gojo turut prihatin akan masa depan dan kebajikan rakan pemandunya bila mana pihak Gojo telah memperkenalkan 'Founder's Fund' dimana setiap rakan pemandu yang aktif dan kekal bersama Gojo selama 12 bulan akan diberi  ganjaran khas dibawah dana ini.


Pradeep Kumar, Ketua Pegawai Operasi Gojo

Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Kumpulan Gojo, Pradeep Kumar berkata Gojo komited untuk memberi perkhidmatan pengangkutan yang cekap, mesra, selamat dan lebih murah disamping akan menitikberatkan kebajikan rakan pemandunya.


So pembaca sekalian, Misz-ella sudahpun download Gojo malah telah mencuba perkhidmatan e-hailing terbaru ini. Applikasi Gojo sangat mudah digunakan malah rakan pemandu Gojo juga sentiasa bersedia untuk membawa kita ke mana sahaja. Mari kita sama-sama gunakan Gojo untuk perkhidmatan perjalanan yang selesa, selamat dan lebih jimat. Download Gojo hari ini, ok!











0 comments: