Dua bulan lepas, Misz-ella telah raikan birthday yang ke 47. Alhamdulillah .. syukur kerana saya sampai ke umur ini.
Tiap kali sambut hari lahir, itulah perasaan saya .. sebak, terharu dan syukur. Syukur kerana Allah panjangkan umur, beri peluang untuk saya merasai nikmat menjadi semakin tua, semakin matang .. Alhamdulillah.
Tahun ini, Misz-ella rasa sangat bertuah, dapat raikan hari lahir dengan kawan-kawan bertaraf 'kesayangan'.
Kek harijadi pertama disediakan oleh kawan saya yang sangat baik, Kak Rafeah beberapa hari sebelum ketibaan hari jadi Misz-ella. Ini betul-betul 'surprised' sebab tujuan berkunjung ke rumah beliau ialah sebab Kak Rafeah nak jamu Aiman dan Huda Kari kepala ikan yang dimasak sendiri oleh beliau .. rupa-rupanya ada kek harijadi buat mama Aiman.
Makanan yang dimasak sendiri oleh Kak Rafeah - Kari Kepala Ikan, Sambal udang, Sup tulang .. Ya Allah teramatlah sedap.
Terima Kasih buat kawan-kawan yang turut sama-sama meraikan hari jadi Misz-ella. Buat Kak Rafeah yang sangat saya sayangi dan hormati, Terima Kasih banyak-banyak.
Sekeping gambar buat kenangan kita.
Sambutan hari jadi ke 2 Misz-ella adalah pada 2/7/2020, sehari sebelum tarikh harijadi Misz-ella yang sebenar. Kali ini, tuan rumah sambutan hari jadi Misz-ella adalah Datin Hamidah, juga dikenali sebagai Kak Midah. Kak Midah adalah roommate Misz-ella semasa mengerjakan Umrah tahun lalu. Kak Midah sangat baik. Sepanjang mengerjakan Umrah, Kak Midah banyak tolong Misz-ella, beri tunjuk ajar dan bimbingan kepada Misz-ella. Takkan terbalas budi baik Kak Midah pada Misz-ella. Hanya doa yang mampu Misz-ella titipkan. Semoga Allah SWT pelhara dan lindungi kak Midah, rahmati dan berkati kak Midah. Sepulangnya kami dari Umrah, kami masih memanjangkan ukhuwah .. masih sentiasa bertemu dan bertanya khabar. Alhamdulillah.
Misz-ella with Kak Midah, Kak Rafeah, Wirda and Puan Sri Dato Zainab - All kind-hearted ladies from Bling Bling group. Each of them are special and have a special place in my heart. My 'Doas' are always with them. Semoga Allah SWT lindungi mereka, rahmati dan berkati setiap langkah perjalanan hidup mereka, sayangi mereka dan semoga Allah SWT kukuhkan ikatan silaturrahim antara kami. Amin.
My dear Puan Sri Faridah Idris, owner of Faroz Cafe yang sangat baik hati turut ada bersama meraikan harijadi Misz-ella yang ke 47 ini.
Malah Puan Sri Faridah telah menyediakan door gift buat tetamu-tetamu yang datang. Terima Kasih Puan Sri Faridah .. walau kita jarang jumpa sebab masing-masing sibuk, nama Puan Sri sering Ella sebut dalam setiap doa.
Oops .. tak ketinggalan .. .. Datuk Radzi Mansor dan Khairool turut ada.
Kebetulan, Puan Sri Zainon dan Datin Paduka Jam turut ada .. maka kami berfotoan bersama buat kenangan.
Makanan di Faroz Cafe yang sangat lazat ..
Terima Kasih banyak-banyak Kak Midah dan kawan-kawan untuk 'time together' ini. Saya yang bertuah kerana dikelilingi oleh mereka-mereka yang baik hati. Saya bukanlah sesiapa .. hanya insan biasa yang punya kekurangan di sana sini. Bersyukur saya disebalik semua kekurangan diri yang ada, Allah datangkan kawan-kawan yang baik. Allah maha baik, maha pemurah, malah dia mengetahui perkara-perkara yang tidak kita ketahui. Terima Kasih Allah kerana memimpin hidup saya selama ini. Terima Kasih Allah kerana beri saya rezeki kawan-kawan yang baik, beri rezeki kasih sayang yang melimpah ruah, rezeki kesihatan yang baik, rezeki kelapangan masa dan ketenangan minda.
3/7/2020 adalah tarikh harijadi Misz-ella yang sebenar. Tengahari Misz-ella 'lunch dengan my small family', petangnya Misz-ella dijemput ke Citrus, Bangsar oleh my kak Putri. Kak Putri juga adalah kawan saya yang sangat baik, kawan yang paling setia mendengar semua bebelan saya, baik yang sedih atau cerita gembira. Terima Kasih kak Putri. Turut ada bersama adalah kawan-kawan lain seperti Datuk Radzi, M. Prada dan Marina.
Potong kek lagi .. Alhamdulillah.
Tqvm kak Putri. Semoga Allah berkati setiap langkah perjalanan hidup Putri Mashita Binti Megat Muhammad, murahkan rezeki kesihatan yang baik, rezeki kelapangan masa, rezeki ketenangan minda, rezeki kasih sayang yang melimpah ruah dan rezeki harta duniawi yang halal, suci dan barakah serta berterusan tanpa henti.
Dan kami pun berfotoan sebelum masing-masing pulang membawa diri. Thank You all.
Terima Kasih yang tak terhingga juga kepada seorang lagi kawan baik Misz-ella iaitu Datuk Rozzana Rahmat yang hantar kek harijadi yang sangat cantik dan sedap ke rumah Misz-ella.
Datuk Rozzana sangat istimewa di hati Misz-ella kerana kebaikannya yang selalu menyentuh hati. Terima Kasih. Datuk Rozzana sentiasa di dalam doa Misz-ella.
Malamnya Misz-ella raikan harijadi bersama my friend yang paling kecoh iaitu Kak Yun. Ya Allah kami ada banyak cerita lucu, cerita lawak bersama. Sejak dari duduk di SU lagi Misz-ella kenal dia. Walaupun kami sama-sama busy, tiap kali harijadi kami tak pernah lupa raikan bersama. I love you Kak Yun, you are unique in your own way and have a special place in my heart. Tq. Tq. Tq.
Balqis, adik yang cantik manis ni pun turut raikan harijadi Misz-ella. Misz-ella pernah rasa jauh hati, merajuk dengan dia dek kerana mulut manusia. Setiap kali perasaan tersebut wujud dalam hati, Misz-ella akan doa, doa banyak-banyak - Ya Allah, kau buanglah rasa amarah, merajuk dan kecik hati ini dari hatiku. Kita hidup tak lama, tak perlu kita simpan titik hitam dalam hati, kan. Alhamdulillah .. Allah makbulkan doa Misz-ella. Syukur Alhamdulillah. Tq Balqis for the quality time together.
Nora dan Liza turut raikan harijadi Misz-ella bersama-sama Syazwan. Wahh .. kami makan dim sum yang sedap di Dolly Dim Sum.
Terima kasih banyak-banyak Nora dan Liza. Kak Ella tau Nora memang sangat busy, kalau jawab whatsapp kak Ella pun biasanya lewat malam tapi demi hari istimewa kak Ella, Nora tetap luangkan masa. Terima Kasih jugak kepada Liza kerana turut datang sama.
Lepas makan dim sum Misz-ella potong kek yang sangat sedap dan cantik. TQ Nora. Semoga Allah SWT berkati setiap langkah perjalanan hidup Nora, Syazwan dan Liza dan semoga Allah pelihara hubungan kita. Amin.
OK dah panjang lebar Misz-ella bercerita tentang peristiwa manis yang berlangsung sepanjang harijadi Misz-ella tapi cerita ni belum habis. In Sha Allah, Misz-ella akan kongsikan lagi, buat kenangan hari tua. Buat yang membaca, terima kasih. Datang lagi, k.
0 comments:
Post a Comment