Hai pembaca kesayangan,
Kebelakangan ini Misz-ella banyak membaca dan semestinya bahan2 bacaan saya adalah yang mampu membina minda dan mengubah cara saya berfikir. Yang saya suka ialah perkongsian Ustaz Ebit Lew yang sangat berkesan dalam hati saya. Di sini Misz-ella nak kongsikan beberapa pesanan Ustaz Ebit untuk kita jadikan panduan hidup.
Ye betul. Kita selalu berprasangka. Kita selalu curiga. Kita suka judge. Kita guna perkataan entah-entah, jangan-jangan .. tanpa kita sedari kita telah mula bersangka buruk.
Kalau kita dihina orang atau diaibkan orang lain, kita akan malu dan rasa tertekan. Tak apa, itu tandanya kita manusia normal, tapi sebenarnya bukan kita saja yang perlu rasa malu, yang mengata tu pun perlu malu sebab dia sendiri sedang membuka perangai buruknya sendiri iaitu mengata, menghina dan mengaibkan orang. Berdosa. Pada Misz-ella, baik orang kita sebarkan. Buruk dia, kita simpan untuk diri kita sendiri sahaja.
Always believe that Allah is the owner of Kun Fa Ya Kun. Tanpa izin Allah SWT, tidak akan berlaku sebarang kejadian. Bersabar dan ambil ikhtibar dari setiap kejadian.
Salah satu rezeki paling 'mahal' yang Allah beri kepada kita adalah rezeki 'hati yang tenang', tapi nak dapat hati yang tenang itu bukanlah mudah terutamanya ketika kita dilanda musibah dan dalam keadaan tertekan. Biasanya dalam keadaan ini, kita akan mencari teman-teman rapat atau keluarga tersayang untuk dijadikan tempat meluah perasaan agar lega. Kita rasa kawan kita atau orang-orang tersayang itu kah yang buat kita lega? Cuba kita serahkan 100% kebergantungan itu pada Allah. Yakin yang Allah itu ada dan kita serahkan pada Dia. Yakin pada kasih sayang Dia. If you can change your mindset, instead of bergantung to your friends and your love one to Allah, trust me miracle will happen. Kita akan dapat rasa kasih sayang Allah, bagaimana Allah bimbing dan pimpin hidup kita. In Sha Allah.
Manusia ni Allah jadikan tak sempurna. Kita suka kan perhatian yang diberi oleh orang lain kepada kita. Kita suka popular, kita mahu orang suka kita, cari kita .. we love all the attention given and we want people to validate us. Kita terlalu mengejar semua ini sampai kita lupa sebenarnya yang paling penting ialah apabila Allah sayang.
Terima Kasih Ustaz Ebit Lew kerana perkongsian yang sangat baik dan bermakna ini. Semoga bermanfaat buat kita semua. In Sha Allah.
0 comments:
Post a Comment