Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Menu Tengahari di Hari cuti

Di satu hari cuti minggu lepas .. hati tersangat la hepi. Boleh bangun lambat .. boleh masak sedap-sedap .. boleh borak dengan jiran sebelah lagi sebelah lagi sebelah punya rumah ... nak rehat  .. nak membelai mengelap rumah .. rindu weih nak lepak lama-lama dalam rumah. Wahhhhh ... macam la lama sangat tak jumpa rumah padahal tiap-tiap hari balik .. tak penah lagi kita lari dari rumah. Hehehe.

Disebabkan hari tu cuti .. no rushing .. no main kejar-kejar .. no hidup ala-ala "Emejing Res" .. so kita masak Ayam Masak Kurma untuk famili. Nak tau rahsia camna nak tambah kesedapan lauk ni tak? OK .. meh kita kongsi petua yang kita dapat dari Mak Mertua kita. Tumbuk kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih dengan bawang putih, bawang merah dan halia sampai hancur. Tumis sampai naik bau, masukkan Rempah Kurma .. pastu kacau-kacau sampai Rempah Kurma tu garing. Jaga api tau .. jangan kuat sangat nanti hangit. Bila dah garing rempah tu masukkan Ayam atau Daging pastu masukkan santan. Bila ayam dah empuk masukkan kentang. Pastu masukkan garam secukup rasa. Pastu korang try test lah rasa dia camna .. kalau dah secukup rasa, kentang pun dah empuk tutup api dan siap untuk dimakan. Hmmmm .. walaupun remeh sebab kena tumbuk itu ini tapi rasanya ... Sedapsss i tell you. Itu la kelebihan orang dulu-dulu, kan .. kalau masak mesti nak lengkap itu ini .. mesti nak rapi. Orang sekarang sume nak 'short cut'*termasuk la ai*  .. tak pe .. tak pe .. bab masak-masak ni tepuk dada tanya selera. In fact tak masak pun tak per .. kedai makan  banyak ada .. tapi kita dah terbiasa masak-masak ni. Kalau seminggu tak masak, boleh demam gamaknya kita ni. Hehehe.

Pastu kita buat Ikan Pari Tumis Cili. Yang kelakarnya Aiman cakap "Sedap ma lauk ni walaupun rupa dia setakat "Ala-ala" jer. Rupa "Ala-Ala" eh? OKOK. Len kali Mama mekapkan ikan tu lawa-lawa supaya meletop 'presentation' dia. Eh ?? Elololo anakku .. dah rupanya begitu, terimalah si Pari itu seadanya. Hehehe. 

Dan Vegetables of the Day semestinya lah Sawi Hong Kong kegemaran keluarga. Kali ni berganding dengan  Carrot Merah dan Cik Udang dan i tell you .. lauk ni habis dulu. Sawi datang dari Hong Kong la katakan .. harusla segera dimakan. Elehhh .. Hong Kong la sangat .. entah-entah tanam kat Batu Caves. Hehehe.

Kena Langgar

Pagi ni dalam dok leka beratur melayan 'traffik jem' tiba-tiba ... Boooommmm !!! 
Kuat gila bunyi tu. From the sound i knew that my car was hit from the back.
Toleh kiri tengok memang betul. Ada sebijik motosikal yang mana 'Driver' nya dok pandang muka kita tergesa-gesa nak lari. Alahaiii .. nape la kau langgar aku dik. Menambahkan lagi sebal pada hati yang dah sememangnya sebal di pagi Jummat ni. Dan kerana jalan yang jem, tak boleh nak kejar .. tak boleh nak stop and see. Haihhh .. Apa boleh buat .. redhakan saja.

Sampai ofis, park and see. Terkeluar sikit bumper Mr. CRV. Tepuk-tepuk sikit dengan tangan comel kita, OK lah lepas tu ..  you cant see anything .. macam tak kena apa-apa. Tapi tetap sedih .. sebab Mr. CRV yang setia menemani ke sana sini sedikit luka tubuhnya. Mesti sakit disakiti tadi, kan Mr. CRV sesakit dan sesedih hatiku melihatmu dikerjakan sebegitu.

Benci. Benci. Benci. Sedih. Sedih. Sedih.

Tak suka dengan kejutan mengejut yang tak dijangka di pagi Jumaat ini. Hmmmm .. mungkin kau harus berbaju baru selepas ini, Mr. CRV.

Kehilangan ~ Bob Kuman Meninggal Dunia

Baru terbaca di FB teman-teman tadi. Bob Kuman meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11 Kota Damansara pada jam 4:38 petang tadi. Akhirnya dia pergi menemui PenciptaNya. Al-Fatihah. Takziah buat keluarganya. Moga Arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Ikan Kerapu Goreng Asam

Ikan Kerapu Goreng Asam

Lauk feveret orang-orang dalam rumah ni. Ulang 10, 20 kali sebulan pun tak jemu jugak lagi. Kita belajar buat lauk ni dari Mak Mertua kita. Walaupun dah pandai buat sendiri, still yang terbest ,, tersedap ,, dan terbaik adalah yang dibuat oleh Ibu Mertuaku.

OK. Meh kita kongsi resepi. Goreng ikan yang dah digaul garam kunyit garing-garing. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dihiris sampai naik bau. Pastu masukkan air asam jawa kacau-kacau dan tambahkan sedikit gula dan garam untuk sebatikan rasanya. Pastu masukkan Cili api dan Bawang besar yang dihiris. Pastu kalau ada Tomato cherry dalam peti ais masukkan la sekali. Makan dengan nasi panas-panas .. hurmmmmm .. best!! Boleh jugak digantikan dengan Ayam kalau tak da ikan. Tapi biasanya kalau guna ayam, resepi dia lain. Mak kita akan tambah rempah tumbuk. Yang tu kita tak sempat belajar lagi.  Lagi pun ..  kita kan selalu masak pagi-pagi selepas Subuh .. mana sempat nak kelentang kelentung dengan batu lesung, kan. Mauuuuu akak kena 'blacklist' dengan jiran tetangga kang. Hehehe.

Orang-orang Puncak

Hari Sabtu .. saat rakyat Malaysia berbilang bangsa bersatu berhimpun untuk membersih .. i was at home atas katil guling-guling menyambut kedatangan bulan. Tapi gulingnya tak boleh lama-lama sebab ada 2 tempat menunggu kedatangan saya. Petang Sabtu kita ke MidValley. Sabtu? Hari ni Khamis. Ya Rabbi .. lately ni updet blog memang macam siput lah. Ke siput tu berjalan lagi laju dari kelajuan 'updating' aku? Selalu je sibuk .. selalu je tak cukup masa. Tapi kerana cinta dan sayang pada blog yang melimpah ruah, takkan ku biarkan blog ini berkepuk berhabuk. Selalu ingatkan diri sendiri .. rugi tak updet blog .. nanti tak da kenangan masa tua untuk dikongsi dengan anak cucu kita. Mak aihhhh ..  baru 40 an dah feeling ala-ala 60an, kan. Jauhnya ko berangan, Misz-Ella. Hahaha. 


'Dating with Aida dan orang-orang dari Puncak. Aida is my schoolmate. Sama-sama sekolah kat PESS dulu dari Form 1 sampai Form 5 tapi masa sekolah .. i never like her. Aida and her gang .. 'grup budak hot' yang suka buat kecoh kat sekolah. Sampai sekolah kecoh, waktu rehat kecoh, nak balik pun kecoh. Diaorang ni kan, spesis yang gi sekolah pakai kain banjir, lengan gulung-gulung lipat-lipat .. beg 'sling' pastu jerit-jerit main tarik-tarik beg bawah pokok kat padang sekolah. 'Attention seeker' betul. Serius masa tu aku menyampah gila kat diaorang .. grup budak perempuan yang gi sekolah bukan nak belajar tapi nak berpoya-poya .. berbeza dengan myself who have clean image. I budak baik u. Hehehe. 

Tapi kesedaran manusia itu datang berbagai cara, after SPM Aida bina hidupnya belajar tinggi-tinggi and now she is the Executive Secretary in one of the well known company in Malaysia - Puncak Niaga. Bila kita duduk berdua dan kenang cerita lama .. kita gelak kahkahkah*gelak besar*. I'm proud with u, Aida. Jue and Muiz .. nice meeting you. Sok-sok kita jumpa cerita cerita lagi eh.



Dan seharus nya lah setiap pertemuan itu dimulai dengan peluk cium kasih sayang sesama sahabat, pastu makan-makan dan disudahi dengan peluk cium saat perpisahan. Sedih. Tapi kalau ada jodoh, bakal bertemu lagi kita, Aida dear. Hmmm .. camtu lah Entry pertemuan dua sahabat lama di hari Sabtu yang mana the road is so clear dan matahari menyinari hidup kita semua. Panas gila temperature kat MidValley petang tu. Eh .. ok lah. Got to go. Mekaseh baca cerita saya ye. Bye.

Ye? Siapa?

Semalam .. ada orang pandang-pandang. Masa tengah beratur nak bayar parking. Dia pandang bukan sekali .. tapi banyak kali. Pandang-pandang .. Toleh-toleh .. Jeling-jeling. Kita macam nak tanya .. Ye? Siapa? Kenal ke? 

Tapi sekadar dalam hati sahaja. Tak terluah dengan kata-kata sebab kita bukan lah 'daring'. Penakut, penyegan ada ler .. Hehehe.

Majlis Perkahwinan Peej Burhan

Majlis Perkahwinan Blogger Popular Peej Burhan selamat berlangsung pada 29hb April 2012. I was invited by her mom, Auntie Nani. Dapat je kad, i started counting the days .. semangat siot nak pegi wedding ni. Excited habis .. sikit lagi nak gila. Wahhhh .. over. Korang jangan percaya .. harus la aku masuk World Book of Record kang kalau betul-betul jadi gila just because of over excited nak gi kenduri kawin, kannnn. Ishhh ... malu 7 keturunan aku nanti. Hahahaha.  Auntie Nani is my blogger friend. I enjoy reading her journey of life which she wrote in her Entries. Suka sifat penyayang dalam dirinya dan kagum dengan semangat juang Auntie yang tinggi. Kagum dengan rasa rendah diri famili mereka and one more thing i really adore this couple (Auntie dan Uncle). Terharu bila baca kisah kasih sayang dan cinta mereka .. saling melengkapi satu sama lain .. so sweetttt .. bagai aur dengan tebing .. macam isi dan kulit. Moga cinta dan kasih sayang Uncle and Auntie sampai Syurga hendaknya ye. InsyaAllah. Amin.

Alalalala .. Mukadimah Entry i pegi ke mak pengantin la pulak dah. Jangan marah pengantin sebab Mak pengantin pun sama pentingnya, kannn.

Disebabkan Aiman dan Abahnya ada urusan bersama, week before the Event i offered my friend Shema to accompany me to the wedding, knowing she is peminat tegar blog Peej Burhan. Ko tanya dia A-Z sume dia tau. I kalah ok*malu sebab tak punya memory sekuat dia* Dan Shema replied my SMS dengan jawapan .. Nakkkkk ... Nak sangat-sangat kak. Saya nak jumpa Peej. Hepinya saya .. akak ajak saya. Wahhh .. Minah ni lagi over dari i pulak. Hehehe. Tapi, sib baik la bawak dia dari pegi sorang-sorang sebab even i lahir dan besar di KL tapi masih 'buta kawasan' .. tak sedar jalan dah berubah. Dok terbayang Kem Wardieburn lama depan JPJ tempat kita test Driving licence dulu. Elolololo .. tu zaman kau muda-muda la Misz-Ella .. la ni anak hang pun dah teruna. Sib baik ada Shema jadi penyelamat. Cayang Shema ketat-ketat. AILEBIU lah Dik. Muahhhh ..*flying kiss for you* hehehe. I had my aerodance class that morning .. so harus la aku kelam kabut mandi cuci rambut cuci segala buang bau masem semua. Dah bersiap, mari keringkan rambut di salun kawan kita sebab 'hair dryer' kat rumah rosak. Keluar salun, bukan sahaja rambut ku kering tapi jugak bergulung-gulung hasil tangan expert si Aishah the Hair Dresser.

Masa kita sampai, pengantin tengah makan. Melangkah je masuk ke dewan, i was impressed dengan suasana dalam Dewan tu. Serba putih, minimal touch. Very nice and attractive ID. Goshhh .. its sooooo beautiful. U can feel the romantic feeling .. like love is in the air. Kalau kita tengah marah-marah, penat or stress .. once u entered that hall, automatic u feel calm. Cool beb!! Pengantin tengah makan .. i can see a lot of people pegi depan ambek gambar pengantin. I pun nakkk tapi i segan. Tunggu. Hold dulu you want to take the photo feeling, Ella. Makan dulu. Kunyah pelan-pelan and feel the food. I tell you .. nasik tu sedap sangat .. Daging rendang and my feveret acar buah. Alahaiiii .. rasa nak tambah tapi i pemalu. Huhuhu .. nape la tadi tak penuhkan pinggan, kannnn. Dan kerana terpegun dengan suasana romantis di dalam dewan dan makanan yang sedap .. kedua-dua gambar tu tak ada. Korang nak tengok gambar detail dan cantik, sila la ke Blog Filla. Lawa gila gambar kat blog dia termasuk la gambar i. Hahahaha .. mati la perasan!!! 

Yeayyyy .. akhirnya dapat ambek gambar dengan Peej dan Mr. dot .. dot .. nya setelah agak lama jugak la menanti giliran. I read blog Peej long long time ago ... during that time i dont even owned a blog and my friend Shema dari dalam kereta sudah berkata-kata .. Akak .. Shema rasa Peej kawin dengan ex-Boyfriend dia la. Mana kau tau? Dari cerita-cerita dia, Shema rasa Mr. dot .. dot .. tu ex dia kak. Amboi Shema ..  kau memang kelasss dik .. hafal semua ye. Dan memang benar, Peej married her ex-boyfriend. Like a "Fairy Tale"  .. happy ending... dreams come true when u married someone u really love. Bertemu, bercinta, berpisah dan bahagia semula akhirnya. Jodoh kerja Tuhan. Kerja kita sebagai manusia ialah menyusun hidup kita sebaiknya. Congratulations Peej and Mr. Ben. May Mr. and Mrs Ben live happily ever after. Gaduh manja sikit-sikit tu biasa dik. Gaduh manja membawa bahagia. Hehehe.

Alalalala .. comeinya Filla. Si Filla yang muda sesuwai sangat la posing melentok habis camni .. cuba kalau yang kertu baju pepel sebelah Filla tu posing konon manja giteww. Harusss la dikecam mereka-mereka yang membaca Entry ini. Hehehe.

The VIP of the event ~ Auntie Nani @ Mak Pengantin yang anggun. Thanks for inviting me, Auntie. Susah payah hantar email mintak address, pos kad jemputan segala bagai. Really appreciate and happy to be part of the guest. Ingat lagi masa borak dengan auntie bulan November tahun lepas, Auntie cakap Noy nak bawak auntie terbang sana sini untuk beristirehat sambil survey barang pengantin tapi auntie tak daya. Dalam keupayaan yang terbatas, u still made it Untie. It was such a wonderful reception, cool afternoon. Everything was smooth, tenang dan damai. Setenang perasaan saya menulis Entry ini. It was really one of the most memorable wedding that i have attended. Nice food peaceful environment, friendly people. Tak sedar duduk lama kat majelis ini and surprisingly my friend Shema jumpa ramai kawan dia kat sini.

The beautiful Noy adik kepada Peej. Lawa baju dia, kan .. selawa orangnya. Famili diaorang ni best lah. Tak sombong .. murah dengan senyuman. Masa i sedang melangkah di Karpet Merah, dari jauh Auntie Nani dah pandang-pandang jeling-jeling senyum-senyum manja mesra giteww. Uncle Borhan pun dengan ramah menyapa "Ella, kan?" Thanks for still remember me even kita baru jumpa sekali November dulu. 

Goodies bag yang cantek, ditempah khas untuk Majlis ini. Tak sabar nak tengok dalam ada apa?

Kita tak sabar-sabar so dalam kereta jugak kita bukak. Dalamnya ada Candy Kelapa yang lamanyaaaaaaa kita tak jumpa. Good idea lah bagi manisan sebagai 'Door Gift'. Yang manis-manis tanda kenangan dari satu majlis yang manis. Dan kerana kita peminat Candy Kelapa, 3 bungkus jadi mangsa "tummy" comel kita. Pastu rasa nak lagi .. nak lagi .. tapi tak leh la kannn. Tak leh terlalu manjakan "tummy". Hehehe. Pastu ada satu mug yang comel. Dan gambarnya tak sempat kita ambek sebab tangan harus gerakkan kereta selepas itu. All in .. all in .. rasa sungguh bertuah berada di Majlis Perkahwinan ini. Thanks again, Auntie. Congratulations again Peej and husband. Cepat-cepat dapat baby eh. Hehehe.