Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Majlis Perkahwinan Peej Burhan

Majlis Perkahwinan Blogger Popular Peej Burhan selamat berlangsung pada 29hb April 2012. I was invited by her mom, Auntie Nani. Dapat je kad, i started counting the days .. semangat siot nak pegi wedding ni. Excited habis .. sikit lagi nak gila. Wahhhh .. over. Korang jangan percaya .. harus la aku masuk World Book of Record kang kalau betul-betul jadi gila just because of over excited nak gi kenduri kawin, kannnn. Ishhh ... malu 7 keturunan aku nanti. Hahahaha.  Auntie Nani is my blogger friend. I enjoy reading her journey of life which she wrote in her Entries. Suka sifat penyayang dalam dirinya dan kagum dengan semangat juang Auntie yang tinggi. Kagum dengan rasa rendah diri famili mereka and one more thing i really adore this couple (Auntie dan Uncle). Terharu bila baca kisah kasih sayang dan cinta mereka .. saling melengkapi satu sama lain .. so sweetttt .. bagai aur dengan tebing .. macam isi dan kulit. Moga cinta dan kasih sayang Uncle and Auntie sampai Syurga hendaknya ye. InsyaAllah. Amin.

Alalalala .. Mukadimah Entry i pegi ke mak pengantin la pulak dah. Jangan marah pengantin sebab Mak pengantin pun sama pentingnya, kannn.

Disebabkan Aiman dan Abahnya ada urusan bersama, week before the Event i offered my friend Shema to accompany me to the wedding, knowing she is peminat tegar blog Peej Burhan. Ko tanya dia A-Z sume dia tau. I kalah ok*malu sebab tak punya memory sekuat dia* Dan Shema replied my SMS dengan jawapan .. Nakkkkk ... Nak sangat-sangat kak. Saya nak jumpa Peej. Hepinya saya .. akak ajak saya. Wahhh .. Minah ni lagi over dari i pulak. Hehehe. Tapi, sib baik la bawak dia dari pegi sorang-sorang sebab even i lahir dan besar di KL tapi masih 'buta kawasan' .. tak sedar jalan dah berubah. Dok terbayang Kem Wardieburn lama depan JPJ tempat kita test Driving licence dulu. Elolololo .. tu zaman kau muda-muda la Misz-Ella .. la ni anak hang pun dah teruna. Sib baik ada Shema jadi penyelamat. Cayang Shema ketat-ketat. AILEBIU lah Dik. Muahhhh ..*flying kiss for you* hehehe. I had my aerodance class that morning .. so harus la aku kelam kabut mandi cuci rambut cuci segala buang bau masem semua. Dah bersiap, mari keringkan rambut di salun kawan kita sebab 'hair dryer' kat rumah rosak. Keluar salun, bukan sahaja rambut ku kering tapi jugak bergulung-gulung hasil tangan expert si Aishah the Hair Dresser.

Masa kita sampai, pengantin tengah makan. Melangkah je masuk ke dewan, i was impressed dengan suasana dalam Dewan tu. Serba putih, minimal touch. Very nice and attractive ID. Goshhh .. its sooooo beautiful. U can feel the romantic feeling .. like love is in the air. Kalau kita tengah marah-marah, penat or stress .. once u entered that hall, automatic u feel calm. Cool beb!! Pengantin tengah makan .. i can see a lot of people pegi depan ambek gambar pengantin. I pun nakkk tapi i segan. Tunggu. Hold dulu you want to take the photo feeling, Ella. Makan dulu. Kunyah pelan-pelan and feel the food. I tell you .. nasik tu sedap sangat .. Daging rendang and my feveret acar buah. Alahaiiii .. rasa nak tambah tapi i pemalu. Huhuhu .. nape la tadi tak penuhkan pinggan, kannnn. Dan kerana terpegun dengan suasana romantis di dalam dewan dan makanan yang sedap .. kedua-dua gambar tu tak ada. Korang nak tengok gambar detail dan cantik, sila la ke Blog Filla. Lawa gila gambar kat blog dia termasuk la gambar i. Hahahaha .. mati la perasan!!! 

Yeayyyy .. akhirnya dapat ambek gambar dengan Peej dan Mr. dot .. dot .. nya setelah agak lama jugak la menanti giliran. I read blog Peej long long time ago ... during that time i dont even owned a blog and my friend Shema dari dalam kereta sudah berkata-kata .. Akak .. Shema rasa Peej kawin dengan ex-Boyfriend dia la. Mana kau tau? Dari cerita-cerita dia, Shema rasa Mr. dot .. dot .. tu ex dia kak. Amboi Shema ..  kau memang kelasss dik .. hafal semua ye. Dan memang benar, Peej married her ex-boyfriend. Like a "Fairy Tale"  .. happy ending... dreams come true when u married someone u really love. Bertemu, bercinta, berpisah dan bahagia semula akhirnya. Jodoh kerja Tuhan. Kerja kita sebagai manusia ialah menyusun hidup kita sebaiknya. Congratulations Peej and Mr. Ben. May Mr. and Mrs Ben live happily ever after. Gaduh manja sikit-sikit tu biasa dik. Gaduh manja membawa bahagia. Hehehe.

Alalalala .. comeinya Filla. Si Filla yang muda sesuwai sangat la posing melentok habis camni .. cuba kalau yang kertu baju pepel sebelah Filla tu posing konon manja giteww. Harusss la dikecam mereka-mereka yang membaca Entry ini. Hehehe.

The VIP of the event ~ Auntie Nani @ Mak Pengantin yang anggun. Thanks for inviting me, Auntie. Susah payah hantar email mintak address, pos kad jemputan segala bagai. Really appreciate and happy to be part of the guest. Ingat lagi masa borak dengan auntie bulan November tahun lepas, Auntie cakap Noy nak bawak auntie terbang sana sini untuk beristirehat sambil survey barang pengantin tapi auntie tak daya. Dalam keupayaan yang terbatas, u still made it Untie. It was such a wonderful reception, cool afternoon. Everything was smooth, tenang dan damai. Setenang perasaan saya menulis Entry ini. It was really one of the most memorable wedding that i have attended. Nice food peaceful environment, friendly people. Tak sedar duduk lama kat majelis ini and surprisingly my friend Shema jumpa ramai kawan dia kat sini.

The beautiful Noy adik kepada Peej. Lawa baju dia, kan .. selawa orangnya. Famili diaorang ni best lah. Tak sombong .. murah dengan senyuman. Masa i sedang melangkah di Karpet Merah, dari jauh Auntie Nani dah pandang-pandang jeling-jeling senyum-senyum manja mesra giteww. Uncle Borhan pun dengan ramah menyapa "Ella, kan?" Thanks for still remember me even kita baru jumpa sekali November dulu. 

Goodies bag yang cantek, ditempah khas untuk Majlis ini. Tak sabar nak tengok dalam ada apa?

Kita tak sabar-sabar so dalam kereta jugak kita bukak. Dalamnya ada Candy Kelapa yang lamanyaaaaaaa kita tak jumpa. Good idea lah bagi manisan sebagai 'Door Gift'. Yang manis-manis tanda kenangan dari satu majlis yang manis. Dan kerana kita peminat Candy Kelapa, 3 bungkus jadi mangsa "tummy" comel kita. Pastu rasa nak lagi .. nak lagi .. tapi tak leh la kannn. Tak leh terlalu manjakan "tummy". Hehehe. Pastu ada satu mug yang comel. Dan gambarnya tak sempat kita ambek sebab tangan harus gerakkan kereta selepas itu. All in .. all in .. rasa sungguh bertuah berada di Majlis Perkahwinan ini. Thanks again, Auntie. Congratulations again Peej and husband. Cepat-cepat dapat baby eh. Hehehe.

12 comments:

Unknown said...

KEK DEPA CANTIK LA KAKCHIK..:)

Dr K said...

Ohhh..baru saya tau yg kawin tu pun blogger..ahahaha...

peej said...

hi kakchik,

nice entry. sayang gambar kita gegar pulak. kenal kakchik sebab kakchik kadang2 rajin komen blog saya kan. n mama n papa pernah cerita la masa korang buat gath blogger tu.
masa amik pic sama2 tu dah perasan. wah glamourousnya baju. heheheh.
thank u for coming, glad that u enjoy the food, the wedding n all. mohon maaf if ada terkurang ke apa daripada pihak kami. ewah. skema tak ayat. hahaha.

terel kawan kakchik dapat agak pasal ben tu. tapi ada quite a few la dapat tau. sebab dorang kata banyak sangat persamaan. ;p

Akak Kembang said...

kakchik nmpk gorjes in purple...

Filla said...

hehe.. suka entry nie. rasa aman damai je perasaan bila baca ;) tapi gambar tengkuk patah tu tak menahan!! hahaha

Eliss said...

syoknya kenduri. lama dah x pergi kenduri n.

Farah Deeb said...

Wahhh kat mane ni? Rasa cam dewan tu kat ngan umah kite jek la huhuuu sian i tak dijemput haha!
My latest Entry :)
The Beginning of the new

Ezna Khalili said...

comey la kak chik :-) warna baju tu saya suka

Cara Pemesanan Trica Jus said...

maksimalkan potensi anak negeri !

Sheherazade said...

rendu nya candy!!!

Anonymous said...

kak ella... tq for tagging me along to peej's wedding... so syiok..
dpt jumpa filla in person...n others too...rs mcm pi wedding kawan sendiri plak sbb toleh sane kenal org tu..toleh sini nampak org ni.... love u kak ella...

rgds,
shema

syim said...

ramai betul cerita suasana/deco event peej mendamaikan... ur words describe much more about that...

untung la dapat ke kenduri peej... :)

Salam ukhwah....