Sampai rumah pukul 6 petang. Pertama dalam kepala ... Nak main masak-masak. YeayYeayy. Elehhh .. ari-ari main masak-masak pun dok excited jugak lagi. Overrrr, kan? Hehe.
Fillet Ayam Sambal, Masak Lemak Labu, Ikan Cencaru Sumbat Bakar dan Sambal Belacan.
Ohsemmm!! Aiman makan labu tambah-tambah. Ikan Cencaru habis cepat.
Tumbuk Bawang merah dan seulas Bawang putih dengan Cili masak + sikit Cili api sampai lumat pastu masukkan dalam Kelapa. Campurkan garam dan gula secukup rasa. Gaul-gaul-gaul dan gaul pastu sumbat dalam ikan. Bakar atas Kuali leper .. api kecik-kecik .. masak lama-lama .. makan panas-panas. Hehe. Mula-mula ingat nak buat Cili api + Kicap tapi tetiba teringat kat Sambal Belacan. Hmmmm .. sedap jugak.
Cucur Kurma.
Kurma dalam Peti Ais tu banyak. Tiap-tiap tahun dapat Free. Yang tahun lepas punya tak belum habis .. tahun ni Top-Up lagi. Alhamdulillah*rejeki* Dari dibiarkan kering dalam Peti Ais .. moh le kita buar Cucur. Buat macam Goreng Cempedak tuuu .. tapi kali ni ganti dengan Kurma. Buang dulu bijik dia eh. Kita suka guna Tepung Beras + Tepung Gandum .. buh garam + kunyit. Salut dan goreng. Sedap kauuu .. Kurma tu jadi lembut selepas digoreng.
Ada 2 Ekor lagi Ikan Cencaru dalam Peti Ais tu. Hmmmm .. Jadi Ikan Cencaru Masak Sambal Kicap la kau minggu depan. Or paling koman pun .. Ikan Goreng Cencaru Cicah Budu. Sedap wehhh.
Eh .. Gambar Fillet Ayam Sambal tak da sebab terdelete dari Henfon aritu. Buat yang tertanya-tanya Resepi Sambal tu .. I think my Sambal's Recipe is the most simple in the world. My sambal ni ujung-ujung dia ada sikit manis. Bukan manis gula tapi sebab kita guna banyak bawang besar atau bawang kecik yang dikisar. So tumis bawang besar atau bawang kecik yang dikisar tu sampai kekuningan dan naik bau. Pastu masukkan cili kering kisar. Masak sampai terbit minyak dan cili betul-betul garing. Pastu masukkan garam, gula dan air asam jawa .. masak sampai kering .. sambil-sambil tu korang rasa la eh. Bila dah kering masukkan bawang besar hiris. Da siap. Da boleh makan. Senang, kan. Sambal kita memang sedap dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh Aiman dan Geng Makan*diaorang lah cakap sedap .. bukan kita*. Ni tengah cari masa nak buatkan Sambal Bilis untuk diaorang sebekas sorang. Hmmm .. harap-harap sempat sebelum Raya. InsyaAllah ..























