Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Rezeki Rahsia Allah SWT

Betulkan kalau kita kata Ramadhan bulan rezeki? Sebabnya di bulan ini lah orang kita akan berbelanja beria-ia. Bila mahu berbuka puasa kita rebut-rebut cari juadah. Bila mula je bulan puasa, biskut raya sibuk kita order. Bila dah dekat nak raya .. kita excited menghias rumah. Perabot baru kita beli .. langsir kita tempah. Memang rezeki si Penjual bila kita macam-macam mahunya, kan?

Tapi khabarnya tahun ini penjual-penjual ramai yang mengeluh. Bisnes tahun ini khabarnya slow. Kalau dulu minggu pertama orang dah tak ambek lagi tempahan kueh raya gara-gara sudah 'overloaded' .. tahun ni sampai dah 15 Ramadhan tempahan masih diterima. Kalau dulu penjual baju senyum lebar .. sekarang senyuman tak selebar dulu. Dah ramai yang pandai membeli 'online' sekarang ni. Hurmmm .. Rezeki itu rahsia Allah SWT. Yang penting kita berusaha dan terus berusaha. Jangan putus asa. Betul tak kawan-kawan? Betul, kannn ..

10 comments:

Mooniqueen said...

betul tu sis...kdg2 reeki Allah tu memang tak boleh dijangka..

Scarlett O'Hara said...

Sekarang ni pengguna makin bijak memilih.Tu yg bisnes slow tu agaknya.

azieazah said...

Rezeki
besar setahun sekali kata orang. Alhamdulillah tempahan Tart Nenas dari
Kak Azie tahun ini naik sekali ganda banding tahun lepas...

Daddy Ziyyad said...

betul tu ..rezeki tu rahsia Allah..
dan kalau kita tak dpt byk rezeki dlm bentuk material, kita kena muhasabah diri..sebab Allah pasti anugerahkan kita rezeki dlm bentuk lain pula seperti masa terasa lapang, kesihatan..keluarga yang bahagia..tu semua pun, ialah rezeki :)

Chekgu Azrine said...

tahun ni pun persiapan rine ala kadar je..sbb persiapan nk bersalin lbh kencang kot..kuih raya pun xoder...hehe

Puan Kutu said...

persiangan byk skang nie.masing2 rezeki la kan..

Hidayah Bach said...

kos kehidupan meningkat dah sekarang..
persaingan banyak sangat..
:)

rezeki masing masing kan kak chik?

jeBateja said...

Yup....betul...betul..betulllllll.....niaga on line pun kerna ada strategi dan target....tak leh gak duduk diam....kira satu usaha gak lah...kan...kan

Asmara said...

salam kak chik, betul tu kan. rezeki semua dah ditentukan. InsyaAllah kalau betul tu rezeki kita mmg kita akn dpt. ;)

SangRatoo said...

Betul tu Kak Chik..rezeki tu tetap ada..cuma cepat atau lambat saja..Allah nak duga kite sabar atau tak..(peringatan utk diri sendiri juga)..

anyway, Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarrak buat Kak Chik sekeluarga :)