Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Resepi Udang Goreng Kari

Aritu ada reader macamana nak buat Udang Goreng Kari ni. Senang je. Senang sangat-sangat. Bahan-bahan sama macam kita nak buat Kari tapi gantikan santan dengan Susu Cair.

Goreng garing 10 ekor Udang saiz Besar yang dah digunting kepala @ sesungutnya. Kulit tak yah buang. Make sure buh garam kunyit dulu eh. Hiris bawang putih, bawang merah, halia. Pastu tumis dengan daun kari sampai naik bau. Pastu masukkan setengah peket Rempah Kari Udang yang dan dibancuh dengan sedikit air*kita guna cap Babas* kacau-kacau sampai garing pastu masukkan Susu Cair sikit demi sikit. Kuantiti susu bergantung pada korang ye. Kalau nak banyak seredak .. buh lebih.  Kalau tak nak .. buh sikit pun ok. Kecik kan api dan kacau sampai kering. Dah siappp .. dah boleh makan. Senang, kan. Sokmo makan Udang Sambal kali ni tukar la Udang Goreng Kari. Rasa dia best tau .. Rasa kari berlemak-lemak. Mesti korang suka nanti. Korang cuba la eh. 

14 comments:

Daddy Ziyyad said...

sangat melelehkan air liur! nak minta wife saya buat ikut resepi ni!!! hahaha

Nazirah Azeman said...

laparrrrrrrr

SURIA AMANDA said...

tempting..nanti nak buat hari ahad la....makan ramai2..kan?

Alin Marlini said...

sedapnyer kakcik

Tina Othman said...

sedapnya kc, ganti sotong boleh ke, umah takde stok udang

teringin gila lah pulak tgk menu ni hihi, time lapar semua pun teringin nak buat

Irfa said...

tq kakchik..senang bangat tuh

diana said...

kebetulan kita ada udang ni..lagipun tengah pening tak tau nak masak apa petang ni...
boleh la cuba satgi..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sedapnya udang..KC kita dtg ni sbnrnya nk carik resepi ikan dori.hehe..nk try buat

Chekgu Azrine said...

nampak sedap..nasib dah berbuka..hehehe

jeBateja said...

Pehhhhh...terbaekkk dari ladang laaaa....Terima kasih...

Ardini Humaira said...

dni blur hari ni juadah berbuka nak masak ape.... abesla huaaa :'(

-Sara- said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaa

Melati Qistyna's Mummy said...

Aritu kitaorg mkn kt flamingo, udang grg Kari dia mabeles, nanti Nk try lah, hehehehe

ashraf said...

woww... Sungguh menyelerakan.. Nenek saya selalu masak camni..