Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Bukit Gambang Resort City

Malam ke dua di Pantai Timur, memang dah plan awal-awal nak check in kat Bukit Gambang Resort City, nak bawak Aiman mandi-mandi meng 'hepi' kan diri. Bukit Gambang Resort City, hanya 300m dari Bukit Gambang Water Park, satu-satunya resort/hotel yang ada kat sini. I booked thru Agoda, Studio Room RM268, walk in rate RM298. Murah RM30 jer. Bilik besar tapi mengecewakan sangat-sangat sebab with that rate bilik dia 'very the basic'. Petunjuk arah Kiblat ada, Sejadah tak ada. Sejadah Travel pulak lupa nak bawak. Bengang, kan. 

Pastu service very bad. Long que kat Check In counter. Dekat sejam baru dapat kunci bilik. Dah la Lobby tu panas, aircond tak da. Kesian kita tengok warga emas dan anak-anak kecil. Owh .. BTW, i booked 2 rooms actually sebab earlier plan nak bawak Mama dan Abah sekali tapi last minit diaorang kensel tak dapat pegi. Abah nak balik kampung. Hurmm .. tak da rezeki diaorang la tu. But good thing, i managed to sell the room. Masa check in kita bagitau staff kat Counter tu, i nak jual one of the room, in case kalau ada orang nak bilik, please give my handphone no. Tak sampai 5 minit bergerak dari Counter, dah dapat phone call. Kesian adik tu .. Dengan anak lelaki 2 orang dalam 4, 5 tahun umur dia pastu wife dan anak sorang lagi tunggu dalam kereta. Memang rezeki kau dan aku, kan. Tersentuh hati bila anak dia jalan lompat-lompat sambil tanya .. "Kita dapat bilik ye ayah?" So kiut.



Malam ada FunFair depan Blok N2. Kalau korang stay sini, avoid la Blok ni. Bising derrr .. Funfair sampai pukul 12 malam.





Carribean Bay Suites. Ada 3 Blok semuanya ~ N1, N2 dan N3. Kita duduk N3.

Banyak aktiviti boleh buat kat sini


Macam la ada masa, kannnn. Hihi. 

OK. Kesimpulannya Resort ni tak berjaya meng 'impress' kan kita. Breakfast dia pun biasa-biasa aje rasanya. Kurang elemen "WOW" la kiranya. Pasni kita cerita pasal water park dia lak ye. Bye. Tima kaseh baca.


Khamis yang manis ..

Bangun pagi jemur kain .. buat sarapan dan bersiap untuk menghantar anak bujangku 'outing' dengan rakan setaman dan sepupu ..pastu lepak sorang-sorang layan Roti Stim dan Soya Cincau ..Memang hari ini Khamis yang manis. Dan sekarang sedang menunggu Girlfriend ku si Yanti@Pinky untuk terus bermanis-manisan di hari Khamis yang manis ini.



The Aziz ~ Day 2

Hari Ke 2 bersama The Aziz's Family ~ Lepas sarapan, kami bawak budak-budak main  pantai. Rugi dowh .. tak mandi di Pantai Cherating yang bersih, cantik dan airnya jernih tu.

Beautiful, kan.
Mari bercanda di pasiran Pantai Cherating .. antara yang terbaik dan tercantik di Pantai Timur. 

Bersih dan jernih.

Alif Hakeem ... takat tu je le beraninya dia


Aleesya dan Ibu dan Mama Uda ..

Macam dah harus dan wajib pulak aktiviti main pasir ni ye ..

Jejak pasir pantai yang pertama buat Aleesya. Bertuah .. sebab pasir Pantai Cherating putih, halus dan suci .. tak seperti Pantai PD atau Bagan Lalang yang entah apa-apa ..

Sampai rumah .. ada orang mandi perigi kat luar. Auwwww ... seksi. Seksa mata kami menengoknya. Hihihi.



Memadatkan perut di The Best Coffee Shop in Kemaman pada waktu petang.

Seafood Dinner di Tanjung Lumpur. Sedap derr makan kat sini. Tapi biasalah .. petai tu kita kuis jer*memang tak makan petai dari kecik* Kalau pegi Kuantan, jangan lupa ke Tanjung Lumpur .. dan jangan lupa makan kat Kedai Ana Ikan Bakar Petai ni.


Mari berkasih sayang di tepi Sungai Kuantan. 
Kita-kita ajer sebab Ina dan Kimi dah balik ke KL, Alang dan famili udah dalam perjalanan ke Segamat.

Sambil makan Stoberi, Mashmallow dan Anggur bersalut coklat. Romantis gitewwww ..

Pagi Rabu yang sebu ~ Vistana Hotel, Kuantan

Sekarang masanya untuk ditiup angin sepoi-sepoi bahasa sambil berblog dari tepi kolam renang di Hotel Vistana, Kuantan. Walau bukan 5 bintang, tapi hotel ni best. WiFi speeding beb .. laju. No wonder my High Profile Boss like to check in here. Privacy, hospitality .. only 4.5km dari Teluk Cempedak Beach. Berjiran pulak dengan kejiranan bertaraf VVIP. Kedai makan, stesyen minyak .. semuanya dekat-dekat dan tak jauh dari Bandar.


Bilik Deluxe King RM208 .. hrmmm .. boleh la tahan mahal kalau dibandingkan dengan Hotel Seri Malaysia  yang betul-betul bersebelahan dengannya ~ Bilik Famili  RM160 sahaja. Jauh beza tu derrr .. Tapi yang pastinya, Hotel ni best. Buffet breakfast yang meriah .. menepati citarasa dan selera kami sekeluarga. Hurmmm .. Ketat dan padat perut ~ Pagi Rabu yang perut sebu!!


BTW, Selamat Bekerja untuk yang dah mula menjalankan tugas seperti biasa. Saya cuti sampai Ahad ni.  Buat kawan-kawan di Kuantan, Maaf tak dapat jumpa. Saya tak dapat nak caj bateri henfon*gara-gara terlupa bwk charger*. Hrmmm .. lain kali kita jumpa ye.



The Aziz @ Cherating

Cuti menjelang Chinese New Year, kita pun join kasi 'havoc' itu Lebuhraya. Sib baik tak jem. Kalau jem .. salah aku kah? Kahkahkah .. Mula-mula plan nak ber "Houseboat" di Tasik Kenyir tapi sebab ada kroni-kroni tarik diri .. tak cukup 'korumn' maka kita tunda lenkali. Di hari Jumaat yang aku bengang-bengang gila, i made up my mind to balik my KY's kampung in Cherating .. joining The Aziz's Gathering. 

Rumah Abang Ipar my sister, Kak Yang di Cherating. Ipar-Ipar my sister dah macam adik beradik kitorang. Bermula dari berjiran masa muda-muda dulu di Flat San Peng, silaturrahim berpanjangan bila KY kahwin dengan anak kedua arwah Pakcik Aziz dan Makcik Jah. Anak-anak Arwah yang lain-lain .. Along, Alang, Jai dan Ina ... pun mesra dengan famili kami. We are families. Moga Allah SWT terus memberkati hubungan yang manis ini. InsyaAllah. Amin.

Meriah laman dengan kereta-kereta. Kalaulah Aishah dan Mama jadi ikut .. tambah-tambah meriahnya. But they dont follow ..

Main badminton belakang rumah. Amboiii Alisya .. besar racket dari badan ye.

Feeding the kambing ~ Suka budak-budak. Fun!!.

Min Min dengan aksi "Peace" ..Shuib busy dengan kambing .. Akiff menganga kenapa?

Allisya gerun tengok Ayahnya si Jijai "feeding" the kambing.

Omaigodddd ..Sarah Ardinie ... Is That U? Mama Uda pun belum tentu boleh duduk atas kambing tu, Darling.

Hai Kambings  .. U are so glamour today. Banyak peminat u. Hihihi

Alisya .. anak Jai dan Salina .. kadang-kadang gelak

kadang-kadang cebik bibir

Nobody want to entertain ai. Sian lembu, kan ..


Satar depan Sek. Keb.Cherating best!! Jangan lupa beli kalau lalu sana ye.




Malam kita bakor-bakor

Dan makan-makan ..


Jemputan tambahan ~ Kembar 4 yang dibawa KY dari Sg. Buloh sebab tak da orang nak take care mereka ni.

Tido time. 

Memandangkan mata udah layu, maka kami tamatkan Aktiviti Bersama The Aziz dengan zzzzzz ... OK. Sambung cerita di Hari Kedua di Next Entry.