Hari Ke 2 bersama The Aziz's Family ~ Lepas sarapan, kami bawak budak-budak main pantai. Rugi dowh .. tak mandi di Pantai Cherating yang bersih, cantik dan airnya jernih tu.
Beautiful, kan.
Mari bercanda di pasiran Pantai Cherating .. antara yang terbaik dan tercantik di Pantai Timur.
Bersih dan jernih.
Alif Hakeem ... takat tu je le beraninya dia
Aleesya dan Ibu dan Mama Uda ..
Macam dah harus dan wajib pulak aktiviti main pasir ni ye ..
Jejak pasir pantai yang pertama buat Aleesya. Bertuah .. sebab pasir Pantai Cherating putih, halus dan suci .. tak seperti Pantai PD atau Bagan Lalang yang entah apa-apa ..
Sampai rumah .. ada orang mandi perigi kat luar. Auwwww ... seksi. Seksa mata kami menengoknya. Hihihi.
Memadatkan perut di The Best Coffee Shop in Kemaman pada waktu petang.
Seafood Dinner di Tanjung Lumpur. Sedap derr makan kat sini. Tapi biasalah .. petai tu kita kuis jer*memang tak makan petai dari kecik* Kalau pegi Kuantan, jangan lupa ke Tanjung Lumpur .. dan jangan lupa makan kat Kedai Ana Ikan Bakar Petai ni.
Mari berkasih sayang di tepi Sungai Kuantan.
Kita-kita ajer sebab Ina dan Kimi dah balik ke KL, Alang dan famili udah dalam perjalanan ke Segamat.
Sambil makan Stoberi, Mashmallow dan Anggur bersalut coklat. Romantis gitewwww ..
9 comments:
Wah... depan rumah ada perigi. :)
yeay, tak sabar nak pergi cherating cuti maulud nabi ni, thanks kc bagi idea nak makan kat mana, senang lah nanti
last2 perigi depan umh jugak jd mangsa eh sis.hehehe.hmm sedap nya coklat.
seronoknya, dah lama tak bawak anak anak mandi laut
balik kuantan nanti wajiblah singgah di sini
terbakar tak kulit?
cik ina teringin nak pegi cherating , InsyaAllah raya ni sampai. kak chik bagan lalang tu mana boleh mandi, kat area tu banyak ladang b, kawasan tu banyak yang tercemar, air pun kotor.
cuti2 msia sakan kc
kalau ke Cherating selalu jalan tepi pantai je.. takut sbb ombak kuat
MESTI SEJUK AIR PERIGI TU KAN KC.... TERLIUR PULAK TGK COKLAT SALUT TU
Post a Comment