Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Don't Blame

Tersentak sekejap dengan karenah dan ragam.

Dalam hidup jangan mengeluh.  Jangan berbunyi 'Apalah Nasib'. Seolah kita tak Redha pada Takdir. Bukankah perjalanan kita ni ada turun naik?

Kita merancang. Tapi Dia penentuNya. So Dont Blame. Seolah kita menyalahkan Takdir yang tidak berpihak pada kita.

We have our own plan. But Allah SWT has His own plan for us dan percayalah .. Takdir Dia lebih indah mengatasi 'plan' kita.

Kecewa? Frust? Sedih? Trust me i have a set of Sad stories. A set. Chapter by chapter.  Tapi i tak pernah meluah. Susah nak luah.  Dengan Rakan baik pun susah ini kan pulak di Laman FB yang kebanyakannya adalah Rakan maya yang tak tau asal usul kita.

Once, my life dilanda badai.  No one knows .. even Mama, even adik beradik .. till its explode on its own. Mama cakap .. Kuat betul Kc tu .. tak da sapa pun tau dia ada masalah. Till now, i become a sample .. Cuba tengok Kc tu .. diam je .. ada orang tau dia bermasalah? Ada dia meluah mengadu sini sana? Cuba korang ikut dia.

Orang kata if kita tak luah apa yang kita rasa kita boleh gila. Tapi Misz-ella so far Alhamdulillah .. masih waras dan berakal lagi. Belum Gila. Tak nak Gila.

Macamana kita atasi perasaan tak boleh meluah .. tak nak meluah .. berat hati nak meluah tu kan? Macamana nak pikul semuanya sorang-sorang? Terus terang .. semuanya hanya kerana Dia.  Pegang satu dalam hidup kita .. KUN FA YA KUN itu milik Dia. Kalau Dia berkehendak, kita takkan mampu menolak.  Bila kita ingat Dia .. Kenang Dia .. percaya yang segalanya Ujian Dia untuk kita .. In Sha Allah kesedihan, kekecewaan itu akan menguatkan kita. Takkan melemah kan kita. Kesedihan, kekecewaan itu lah perisai kita pada akhirnya.

So Dont Blame 'Nasib'. Jangan salahkan nasib .. jangan salahkan Takdir kerana setiap kepahitan itu ada manis dihujungnya kalau kita Redha.

Sekian.  Sedikit 'sharing' for you, Readers. Tq. Bye.









0 comments: