Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Melaka. Tiba-Tiba.

Tetiba .. kami berada di Melaka. Pukul 11 pagi sembang-sembang .. pukul 12 kita gerak. Walaweihhh .. punya la express dan tiba-tiba.


Al kisahnya .. Aiman cuti seminggu. We donno nak pergi mana. I have a lot to settle. A lot. So a short trip and not so far distance its ok ... fikir, fikir dan fikir .. MELAKA .. finally. So begitulah kisahnya on how tiba-tiba kami berada di Melaka.

Quayside Hotel ... betul-betul kat 'town' Melaka. Alaaaaa .. depan Balai Polis tu la .. sure korang pernah tengok punya lah. Even last minute, Misz-ella sempat 'book the hotel online' .. boleh harap i ni, kan. Tehehe.

Bilik ok .. Selesa sangat-sangat. RM255/night plus breakfast. Boleh la ..

Kelengkapan sume ada

And it's Riverview.  Wahhh .. best kauuu .. mengadap Sungai Melaka yang sangat gah satu ketika dahulu

Makin petang, makin ramai orang lalu lalang.  Ada yang sekadar pandang-pandang .. ada yang tanya .. Is it a Hotel? Yess .. jawab Aiman. Owhhh .. that's good. 

Lepas Maghrib, kami jalan kaki ke jeti pastu naik 'Rivercruise' menyusuri Sungai Melaka. Sejuk. Banyak lampu. Siang panas sangat .. tak larat nak jalan .. melepak dalam bilik je kerja kita. Rivercruise Fee is RM10 for MyKad holder and for Quayside Hotel, additional 20% is applicable so we pay only RM8 per person.

Lepas tu jalan kaki ke Menara Taming Sari .. tapi tak naik pun .. tengok-tengok je. The Ticket fare for Menara Taming Sari is RM20/adult .. tak do diskaun untuk MyKad Holder ke apa ye .. standard price.


Beca-beca lawa.  Wahhhh .. siap lagu-lagu.  Meriah!!  Tapi kitorang tak naik .. sebab lebih suka jalan kaki gi sana sini.


Dari River Walk, ke Menara Taming Sari .. ke Dataran Pahlawan hinggalah ke Hattan Square .. kami jalan, jalan dan jalan.  Kitorang memang kuat 'exercise' .. pergi mana-mana pun jalan .. kereta 'once park on arrival, see you during departure' la ye ..

We ended our Night with Icecream from McD. Hurmmmm .. yummy!

After breakfast the next day, lets go to the 'Bangunan Merah' area .. kita jalan kaki ke sana.




THIS IS MELAKA ..




Dah puas 'city tour, we went to Jonker Street .. nak kena lalu depan Hard Rock Cafe yang letaknya di tepi Sungai Melaka. Syoknya dengar 2 orang Pakcik keturunan Baba tu sembang cakap Melayu.




Ternampak anak-anak keturunan Baba Nyonya ni tengah promosikan Nyonya Culture Village .. click gambar dorang kejap. Soooo comellll ..




 Antara yang menarik di Jonker Street ...


Pek Combo - RM10 .. very the berbaloi. One bag for my beloved Aiman 


 



Ni la kot yang Jackie Chan guna masa shooting cite Kung Fu .. agaknya la kot ...

Lepas tu kita balik ikut "River Walk" .. cantik kan bangku ni .. mesti semangat nak duduk sebab lawa sangat. Mesti duduk tak nak bangun-bangun, kan.


Then kitorang terjumpa 'crane' lama ni .. yang digunakan untuk mengangkat barang pada zaman pelabuhan Melaka sangat gah satu ketika dulu.  Percaya lah bahawa Sungai kecik ni dulunya ialah lokasi asal Pelabuhan Melaka yang gah dan ternama di kalangan pedagang Antarabangsa semasa zaman kegemilangan Melaka dulu.


Dah hampir nak sampai ke Hotel dah masa ni.  Kesimpulannya .. kami jalan kaki lebih dari 10,000 langkah pagi tu .. Dari Quayside Hotel ke kawasan Bangunan Merah .. patah balik ke Jonker Street dan balik semula ke Jalan Merdeka. Jalan pagi-pagi best .. tak panas sangat tapi bajunya basah la jugak .. lebih dari 10,000 langkah, kan.  Walk .. walk .. look .. look .. talk .. talk .. its a good therapy for our family. Best, kan.






5 comments:

Uji Hussein said...

Boleh jadi rujukan ni Kak Chik.Lama tak ke Melaka.

NEKCIK said...

nekcik pun suka sangat klau dapat ke melaka..tapi lebih 10 kali pergi masih lagi tak khatam meround round

NEKCIK said...

nekcik pun suka sangat klau dapat ke melaka..tapi lebih 10 kali pergi masih lagi tak khatam meround round

Irfa said...

WAH! ada hello kitty beca
anak dara kenit saya kalau nampak ni, konfem x nak turun dr beca

Kniedaz said...

bestnya...lama dah tak p Melaka...kalau balik Johor...terusss je huhu