Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Deepavali 2017 - Misz-ella pun ber Diwali tau!!


Hello pembaca budiman!

Semalam masyarakat Hindu di serata dunia meraikan hari Deepavali ataupun juga dikenali sebagai Diwali. Deepavali adalah perayaan paling popular dan dinanti-nantikan oleh masyarat Hindu. Deepavali secara rohani adalah perayaan menandakan kemenangan terang dari kegelapan, kebaikan ke atas kejahatan, pengetahuan atas ketidaktahuan, dan harapan atas ketidaksetiaan. Secara amnya, Deepavali adalah perayaan untuk meraikan kemenangan. Dalam bahasa Inggeris, ia juga dikenali sebagai "Festival of Lights".



Sebagai rakyat Malaysia, sebuah negara yang berbilang agama dan bangsa, Deepavali juga turut diraikan oleh kita semua dengan mengunjungi kediaman para sahabat yang beragama Hindu. Terus terang cakap, I am a fans of Indian food. I love curry, Beriyani, Tosei, Chapati, Apom, Putu Mayam, Mutton curry, Rasem etc .. etc .. ahh not to forget my favourite Maruku. The only Indian food that I can't take is the dessert, Ladhu. Too sweet for me. Yang lain-lain, Misz-ella tak tolak. Indian foods are complete with original spices which can keep my 'cold' body warm and are very natural. 


Deepavali tahun ni, Misz-ella menghadiri Jemputan Rumah Terbuka YB Ganabatirau di Rumah Exco Negeri Selangor, Shah Alam. Terima kasih kepada kawan Misz-ella, AJ yang ajak Misz-ella ke majlis Diwali ni.

Feeling so Deepavali kat dalam dewan ni tau ..


Misz-ella pakai Punjabi Suit lama yang dibeli semasa Misz-ella ke India  termasuklah Kashmir beberapa tahun yang lalu .. masih ingat lagi dengan Entry Kashmir Misz-ella yang mendapat perhatian ramai? Ada tujuh entry tentang Kashmir di blog ini .. semuanya Misz-ella tulis dengan penuh penghayatan dan Misz-ella beri jiwa semasa menulisnya .. I miss visiting India .. Kashmir especially .. masih teringat akan keindahan Kashmir ~ Paradise on Earth, keindahan rumah Baba dan rumah Uncle Muzaffar, keenakan makanan-makanan di Kashmir, keindahan budi bahasa masyarakat Kashmiri yang buat Misz-ella jatuh cinta berulang kali dengan nya ..

Entry tentang Kashmir ada di sini. Jemput baca ..












Open house makan Nasi Beriyani, Mutton, Rendang Ayam, Sambal Terung, Sayur Campur dan Kacang Panjang Goreng .. sedap lah!




Tak ada baju baru tapi saya ada Gelang baru yang dibelikan oleh Aiman dan jugak Henna berwarna merah dan hijau. Amalan memakai henna atau inai sekarang ni dah jadi trend, kan .. semua orang nak kuku cantik. Buat Misz-ella pulak, henna atau inai menjadikan kuku Misz-ella dan kulit sekitarnya lebih sihat .. tak la kulit keliling kuku tu asyik nak mengelupas je ..




Lepas makan, jom kita balik ..


Sebelum balik, kita ambil gambar ramai-ramai dulu. Seronok bila berpeluang meraikan Deepavali dengan pelbagai kaum di Malaysia ini. Malaysia bumi bertuah, Allah sayang Malaysia .. macam-macam hasil bumi semulajadi Allah beri kat Malaysia ni .. Malaysia jugak sebuah negara yang sangat unik apabila tiga bangsa utama di Malaysia ini hidup bersama di bawah satu bumbung. Saya sayang Malaysia !




Akhirkata .... Happy Deepavali untuk semua yang meraikannya ..

1 comments:

adda syuhada said...

Singgah. Lama tak komen kat sini.. :)