Hello pembaca budiman,
Misz-ella baru pulang dari Misi 4x4WD ke 2 hutan di Selangor bersama PEKA Malaysia. Tujuan kami adalah untuk mencari lokasi bagi acara tahunan PEKA, Save Our Rainforest Race 2018 (SORR) yang akan diadakan pada bulan Mac tahun hadapan di Negeri Selangor.
Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Selangor turut menyertai misi kami ini. Sebelum ini kami dah pun pergi ke Hutan Lipur Alor Lempah dan Hutan Simpan Gombak tapi lokasi tersebut ternyata tidak sesuai untuk SORR 2018. Maka misi mengenalpasti lokasi yang diingini kami teruskan.
Awal pagi kami dah memulakan perjalanan. 3 buah 4x4WD yang disewa khas oleh pihak PEKA Malaysia dan 2 buah 4x4WD oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor menyertai misi ini.
Muka segar di awal pagi .. masih boleh senyum walaupun sebenarnya kami sangat lah penat. Cuaca sekarang sangat panas, dalam hutan pun masih boleh terasa bahang kehangatannya.
Misz-ella nak kongsikan sedikit dengan pembaca semua tentang PEKA dan perjuangannya.
PEKA Malaysia dibawah Presidennya, Puan Sri To' Puan Datuk Shariffa Sabrina Binti Syed Akil adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan dengan misi untuk memelihara khazanah alam di Malaysia ini. PEKA bukanlah menentang kerajaan sebaliknya PEKA sama-sama membantu memelihara keindahan khazanah alam di negara kita .. tahukah anda bahawa Malaysia sangat kaya dengan khazanah alam semulajadi? Sejak Misz-ella menyertai PEKA Malaysia, banyak yang Misz-ella telah pelajari tentang keindahan negara kita Malaysia.
Keindahan dan tarikan Malaysia bukanlah pada bangunan tinggi pencakar langit yang memenuhi bandaraya Kuala Lumpur ini .. mana mungkin kita dapat menandingi kehebatan bangunan tinggi di Dubai, di New York dan lain-lain bandaraya besar di dunia, kan.
Keindahan Malaysia adalah pada alam semulajadi nya. Malaysia bumi bertuah kerana diberi khazanah alam yang sangat cantik lagi indah oleh Allah SWT. Misz-ella sangat bertuah kerana berpeluang untuk berdamping rapat dengan Puan Sri Shariffa Sabrina, dapat melihat sendiri kesungguhan dan cinta beliau pada alam yang lalu diterjemahkan pada usaha-usaha tanpa lelah beliau melalui PEKA Malaysia dan resort milik beliau yang sangat mesra alam, Tanah Aina Resort. Beliau adalah inspirasi kami di PEKA untuk bekerja kuat melindungi alam semulajadi ini.
Pada kebiasaanya, Puan Sri Sabrina akan turut turun padang bersama kami untuk meninjau lokasi SORR tetapi beliau tidak dapat turut serta pada misi kali ini kerana berada di luar negara.
Lokasi pertama yang kami pergi adalah ke Hutan Simpan Alor Lempah, Kuala Kubu Bahru, Hulu Selangor, Selangor. Perjalanan 4x4WD turun naik bukit adalah sangat mencabar.
Selepas melalui cabaran tersebut, kami sampai ke puncak bukit dimana terdapat kawasan lapang yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik.
Misz-ella dan Max, salah seorang pemandu 4x4WD
Meskipun pemandangan di sini sangat cantik, tetapi ini bukanlah yang kami mahukan kerana tidak menepati spesifikasi wajib SORR iaitu mendidik dan meningkatkan kesedaran peserta tentang pentingnya hutan kepada kita dan mencintai hutan dengan menanam pokok bagi mengekalkan kehijauan bumi Malaysia ini.
Selepas itu, misi kami teruskan perjalanan ke Hutan Simpan Gading, Kerling untuk meninjau lokasi seterusnya. Terima kasih kepada pegawai-pegawai dari Pejabat Perhutanan Daerah Hulu Selangor yang membantu membawa kami ke sini.
OK .. dah sampai ..
Hutan Simpan Gading, Kerling ini cantik sangat. Di pintu masuk hutan ini ada Kolam Air panas .. lepas tu ada sungai, ada hutan, udara bersih dan segar dan ada kawasan lapang bagi membolehkan peserta menanam pokok. WoW!! Berbunga-bunga hati kami terpesona melihat hutan ini.
Bertuahnya Malaysia kerana mempunyai hutan hujan tropika yang tertua di dunia, lebih tua dari Hutan Amazon. Bertuahnya Malaysia kerana mempunyai ratusan gua batu kapur yang cantik dan unik berusia jutaan tahun, bertuahnya Malaysia kerana mempunyai alam semulajadi yang cantik ~ gunung ganang, pantai, sungai dan air terjun. Saya bangga dilahirkan di Malaysia.
Banyak lagi yang ingin Misz-ella kongsikan dengan pembaca semua tentang perjalanan Misz-ella bersama PEKA Malaysia. Menarik, sangat menarik. Banyak pengalaman yang Misz-ella perolehi, banyak ilmu pengetahuan yang Misz-ella dapat melalui PEKA, malah kesedaran tentang perlunya menjaga alam juga meningkat selepas Misz-ella sertai PEKA. PEKA adalah sebuah Pertubuhan bukan kerajaan yang sangat aktif memelihara khazanah alam. PEKA tidak menentang pembangunan malah menyokongnya tetapi dalam waktu yang sama mahu keindahan khazanah alam semulajadi turut dipelihara. OK Misz-ella dah habis berkongsi dengan you all semua tentang Misi 4x4WD ke dua hutan di negeri Selangor. Nanti Misz-ella akan kongsikan tentang PEKA ke Bukit Fraser dan lain-lain ye. Jangan lupa check it out!
0 comments:
Post a Comment