Hello pembaca budiman ..
Masih ingat entry Misz-ella tentang Konsert MPYO & Friends di Dewan Filharmonik Petronas pada 8 Oktober 2017 yang lalu? OK .. I missed it. Terlalu banyak yang perlu diuruskan hingga Misz-ella tak berkesempatan untuk menyaksikan konsert tersebut .. tapi tak perlu susah hati kerana MPYO bakal meneruskan keraian ulangtahun ke 10, kali ini berkolaborasi dengan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).
Konsert ini merupakan kolaborasi kedua MPYO
dan OTM; kolaborasi pertama ialah pada tahun 2014 di Johor Bahru. Sebelum ini,
MPYO pernah berkolaborasi dengan Yayasan Warisan Johor, Hong Kong Children’s
Symphony Orchestra dan Queensland Youth Symphony Orchestra. Kesemua kerjasama
ini telah memantapkan kemahiran dan versatiliti MPYO ke tahap yang lebih
tinggi.
Konsert ini akan terus mengukuhkan
kedudukan MPYO sebagai sebuah orkestra yang bertenaga dan bersemangat tinggi.
Dengan ahli berjumlah 98 pemuzik, penubuhan MPYO bertujuan untuk memupuk dan menggalakkan
pemuzik remaja terhadap minat mereka dalam seni dan menggabungkan mereka dalam
ensembel yang bertaraf tinggi. Sepanjang penubuhannya yang singkat, MPYO telah
menjelajah Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura dan Brisbane, Australia.
Penubuhan OTM pula merupakan usaha
berterusan Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia melalui Istana
Budaya bagi menstrukturkan semula ahli muzik tradisional dan menjadikan
kepelbagaian peralatan muzik tradisional Malaysia ke taraf professional dan
antarabangsa. Orkestra ini juga dilihat sebagai pemangkin revolusi muzik
Malaysia abad ke-21 berteraskan muzik pelbagai kaum dan etnik. Gabungan ini menjadi
satu landasan untuk penyatuan rakyat Malaysia.
Untuk konsert ini, MPYO dan OTM akan
mempersembahkan lagu-lagu tradisional dan rakyat seperti Sri Mersing, Laksaman Raja Di
Laut, Joget Irish For Sitar, Dialog Cak Lempong, Pantun Budi dan Serampang
Laut.
Konsert ini juga bakal diserikan dengan
penampilan legenda rock, Datuk Ramli
Sarip. Beliau akan mengalunkan suara melalui lagu-lagu seperti Kamelia, Teratai, Kau Yang Satu
dan Syair Laila Majnun.
Ini merupakan penampilan ketiga beliau di
pentas DFP setelah menjadi artis undangan untuk konsert Khadijah Ibrahim pada
tahun 2008 dan konsert solo beliau pada tahun 2010.
Konsert ini bakal dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose (MPYO) dan Mohd Yazid Zakaria (OTM), dan
menampilkan penyanyi Norihan Saif.
Maklumat Konsert
‘Konsert Tanah Airku’
Tarikh
Jumaat, 17 November 2017 dan Sabtu, 18 November 2017 jam 8.30 malam
Tempat
Dewan Filharmonik PETRONAS
Menara Berkembar PETRONAS, KLCC
Orkestra
/ Konduktor / Vokal
Orkestra Filharmonik Remaja Malaysia
Orkestra Tradisional Malaysia
Ahmad Muriz Che Rose konduktor
Mohd Yazid Zakaria konduktor
Datuk Ramli Sarip vokal
Norihan Saif vokal
Harga
Tiket
RM100 dan RM60
Box Office
Selasa
hingga Sabtu:10.30pagi – 6.30 petang, 9.00 malam pada hari persembahan
Ahad:
12.00 tengahari sehingga waktu persembahan
Tutup
pada Isnin kecuali jika ada persembahan berjadual
Tempahan Telefon:
03-23317007
Tempahan Email: boxoffice@dfp.com.my
Laman Web: www.mpo.com.my
Facebook: fb.mpo.com.my
Instagram:
@malaysianphilharmonicorchestra
So kepada sesiapa yang belum pernah menyaksikan persembahan orkestra di Dewan Filharmonik Petronas yang sangat berprestij ini, sila lah buat tempahan anda hari ini .. sila dail nombor di atas atau email link yang diberikan sebelum terlambat.
0 comments:
Post a Comment