Hello pembaca budiman
Semalam hampir semua surat khabar online melaporkan berita penahanan Datuk Nuruliman A. Rahman atau dikenali sebagai Datuk Boy Iman bagi MEMBANTU siasatan kes penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.
Turut ditahan adalah dua orang lagi suspek utama di Ampang dan Setapak.
Misz-ella nak tekankan di sini bahawa penahanan ini adalah berkaitan dengan penjualan rumah oleh syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources dan tidak ada kena mengena dengan penjualan rumah oleh syarikat DBI Technology Sdn Bhd sepertimana yang pernah keluar di Blog Misz-ella.blogspot.com sebelum ini. Sila klik di sini untuk rujukan.
Menurut Encik Ramlan A. Rahman, Pengurus Besar DBI Technology yang Misz-ella temui di Majlis Sidang Media baru-baru ini, isu hangat yang dikatakan di laman-laman sesawang ini semuanya adalah isu yang berkaitan dengan usahasama pihak Datuk Boy Iman dengan pihak Juta Kelulut Global Resources tiga tahun lepas.
Memandangkan perkara ini sekarang berada di dalam siasatan pihak polis, Misz-ella cadangkan agar semua bertenang dan bersabar menunggu hasil siasatan pihak polis. Siapalah kita nak menjatuhkan hukum sesama kita, biar Undang-undang yang menjawab segalanya.
Kita semua cool-cool je dulu, ok. Jangan tambah tekanan. Kita tunggu laporan siasatan dan bagi pihak Misz-ella.blogspot.com pulak, portal ini bukanlah wakil Datuk Boi Iman, orang Datuk Boi Iman, Blogger penipu atau dibayar oleh Datuk Boi sepertimana komen-komen negatif yang diterima oleh portal ini. Tugas kami hanya melaporkan.
Encik Ramlan A. Rahman, Pengurus Besar DBI Technology ditemuramah oleh pihak media semasa Sidang Media DBI Technology baru-baru ini.
Memandangkan perkara ini sekarang berada di dalam siasatan pihak polis, Misz-ella cadangkan agar semua bertenang dan bersabar menunggu hasil siasatan pihak polis. Siapalah kita nak menjatuhkan hukum sesama kita, biar Undang-undang yang menjawab segalanya.
Kita semua cool-cool je dulu, ok. Jangan tambah tekanan. Kita tunggu laporan siasatan dan bagi pihak Misz-ella.blogspot.com pulak, portal ini bukanlah wakil Datuk Boi Iman, orang Datuk Boi Iman, Blogger penipu atau dibayar oleh Datuk Boi sepertimana komen-komen negatif yang diterima oleh portal ini. Tugas kami hanya melaporkan.
1 comments:
Betul tu KC...biar diorang buat sisasatan walau ramai yang jadi mangsa tunggu je kesudahan kan...
Post a Comment