Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Cinta Non Grata - kisah bagaimana Amelia Henderson kejar hidup mewah

Hello pembaca kesayangan,



TV3 telah mula membawakan kisah Cinta Non Grata melalui slot Drama Sangat pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam bermula dari 20 Mac 2019 yang lalu.

Cinta Non Grata arahan Feroz Kader mengisahkan tentang Darlina (Amelia Henderson) yang sentiasa mengejar populariti di media sosial. Meskipun sering menjadi perhatian lelaki dengan kecantikan yang dimilikinya, Darlina masih belum bertemu lelaki kaya untuk dipergunakan demi memiliki kemewahan hidup.

Berlainan pula dengan Hakim (Raja Afiq), seorang yang optimistik mahu mengubah nasib orang di sekelilingnya sehingga dapat memberi pengajaran dalam hidup mereka.


Hubungan cinta antara Hakim bersama Kartini (Adeline Tsen) yang dahulu telah memberi kesan pada diri Hakim sendiri. Dia tidak mahu mengalami nasib yang sama seperti adiknya, Haikal (Hafiz Bahari) yang kecewa akibat ditinggalkan Darlina. Hakim ingin mengenali Darlina dengan lebih dekat lagi dan membalas dendam atas tindakan Darlina terhadap adiknya itu.

Abdullah (Esma Daniel), bapa Hakim adalah pembantu peribadi kepada Datuk Marzuki (Edika Yusuf). Hakim akan mengambilalih tempat bapanya jika Abdullah tidak dapat bekerja. Datuk Marzuki mempunyai seorang isteri, Datin Jannah (Datin Maria Farida) dan seorang anak perempuan Zatul (Mona Allen). Mereka berdua terlalu sibuk dengan hal sendiri dan tidak pernah memberi perhatian kepada Datuk Marzuki, malah tidak pernah ambil tahu apa yang dilakukan oleh Datuk Marzuki. Yang penting pada mereka berdua hanyalah kemewahan yang diberikan oleh Datuk Marzuki asal mereka dapat duit untuk berbelanja dan hidup mewah.


Datuk Marzuki, adalah seorang yang berkarisma serta memiliki wajah yang tampan dan berkedudukan. Datuk Marzuki yang kesepian, sentiasa mahu mencari gadis yang lebih muda darinya. Apabila bertemu Darlina, Datuk Marzuki tertarik dengan kejelitaan Darlina dan mahu Darlina menjadi isterinya. Darlina menerima tawaran untuk menjadi isteri ke dua Datuk Marzuki dan menyangkakan bahawa hidupnya akan senang lenang namun Datuk Marzuki telah menetapkan syarat iaitu dia hanya akan memiliki harta Datuk Marzuki jika dia tidak meminta cerai dalam masa setahun.


Darlina mulai rimas dengan hidupnya yang sentiasa dipantau oleh Datuk Marzuki. Hakim yang diupah oleh Datuk Marzuki sebagai jurugambar yang mengawasi Darlina menjadi tempat luahan Darlina. Hakim mula mengenali sisi Darlina yang berlainan dengan sangkaannya. Hakim mula goyah dan mempersoalkan hatinya kerana dia cemburu melihat Datuk Marzuki bermesra dengan Darlina.


Adakah Darlina akan terus mengejar impiannya untuk mendapatkan harta Datuk Marzuki walaupun hidupnya bagai dalam sangkar emas? Dan adakah Hakim mula mencintai Darlina?

Menarik, kan jalan cerita Cinta Non Grata ini. Jangan ketinggalan untuk menonton Cinta Non Grata terbitan Orangetree Production pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 9.00 malam dan juga menerusi portal video www.tonton.com.my.  Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram tv3 iaitu @tv3malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

0 comments: