Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Fayce Watermelon Sleeping Mask jadikan kulit lebih sihat dan remaja


Hello pembaca kesayangan,


Kali ini Misz-ella nak kongsikan kisah Fayce Watermelon Sleeping Mask, krim pelembab terbaru di pasaran yang berbau wangi dan manis seperti tembikai yang terbukti baik untuk kesihatan kulit.



Pelancaran Fayce Watermelon Sleeping Mask telah diadakan baru-baru ini di Pokok Cafe. Cantik tempat ni .. dikelilingi landskap hijau yang menenangkan. Tambah cantik bila cafe ini di hias dengan warna-warna pastel bersempena dengan pelancaran produk ini ~ Sweet sangat!


Fatihin dan Aida, pengasas Fayce

Fayce Watermelon Sleeping Mask diasaskan oleh dua orang sahabat baik, Fatihin dan Aida Syazlin yang telah bersahabat sejak dari bangku sekolah lagi. Well, begitulah indahnya sebuah persahabatan, kan. Kalau kita pelihara persahabatan kita, gaduh pun gaduh-gaduh sayang macam dalam filem Kabhi Kushi Kabhi Gam, maka bersilaturrahim lah kita selamanya dan kalau kita ada minat yang sama, bermacam perkara boleh kita lakukan bersama seperti Fatihin dan Aida ni kan.

Fayce Watermelon Sleeping Mask ini merupakan produk ketiga keluaran mereka selepas Fayce Foundation dan Fayce Buriti Oil/Primer Oil yang telah terlebih dahulu memasuki pasaran setahun yang lalu.


Fatihin, Hanis dan Aida

Majlis pelancaran Fayce Watermelon Sleeping Mask turut dihadiri oleh selebriti terkenal Hanis Zalikha *ehem .. lama tak jumpa Hanis* yang merupakan sahabat baik serta mentor buat mereka berdua.




Imej dari google


Fayce percaya bahawa kecantikan seorang wanita itu harus bermula dari kulit yang sihat dan cantik. Fayce Watermelon Sleeping Mask ini diinspirasikan dari buah tembikai yang sentiasa menjadi rebutan ramai *semua orang suka tembikai, kan .. nak pulak di musim panas ni* 

Buah tembikai mempunyai kandungan antioksidan Vitamin A dan C yang terbukti berkesan dalam mengekalkan kesihatan kulit ditambah pula dengan Black Oats Seed Exract yang juga berkesan dalam memastikan kelembapan kulit kekal terpeliharan. Selain dari itu, produk ini turut mengandungi Opuntia Ficus-Indica Stem Extract yang bermanfaat meredakan masalah iritasi kulit.

Formula Fayce Watermelon Sleeping Mask ini diimport khusus dari Switzerland. Ianya bebas dari paraben dan minyak mineral.




Fayce Watermelon Sleeping Mask ini berharga hanya RM69 sahaja (15ml) dan cara menggunakannya juga adalah sangat mudah, boleh digunakan pada waktu siang atau malam iaitu :-

Ratakan di kulit yang bersih dan biarkan sehingga keesokan hari (pada waktu malam)
Ratakan di kulit yang bersih selama 10-15 minit sebelum dicuci (jika digunakan di siang hari)
Atau gunakan sebagai massage cream (krim urutan)

Mudah, kan. Tidak merenyahkan dan tidak mengambil terlalu banyak masa dan digalakkan penggunaannya tiga kali seminggu sahaja. 


OK .. Misz-ella dah pun bercerita panjang lebar tentang Fayce Watermelon Sleeping Mask ini dan sejujurnya Misz-ella dah mula menggunakan mask yang sangat unik ini. I promise I will use it consistently ... mudah-mudahan kulit kembali remaja dan cantik seperti Fatihin dan ...   . 

So you all jangan tunggu lama-lama, marilah kita sihatkan kulit kita dengan Fayce. Fayce Watermelon Sleeping Mask boleh didapati dengan cara :-

Hubungi Fayce Hq melalui Whatsapp di talian 017-6516035

atau

menerusi stokis, agen dan dropship yang sah di seluruh Malaysia.

Nak tau lebih lanjut lagi tentang Fayce?

You all boleh lah follow Instagram Fayce @faycem

0 comments: