Misz-ella baru pulang dari negeri Terengganu mengikuti trip Ekspressi Media 2019 anjuran Tourism Malaysia bersama kawan-kawan.
Terengganu sebenarnya adalah antara negeri yang paling Misz-ella suka sebab arwah Tok Ayah berasal dari Besut, Terengganu dan sampai sekarang rumah Pok Su Yib dan Mama Su masih di sana. Terengganu antara negeri yang
paling kaya dengan khazanah alam. Ada sungai, ada hutan, ada air terjun, ada
jaluran pantai sepanjang 225km, ada pulau-pulau cantik dan masih terpelihara seperti
Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Kapas dan di Terengganu juga ada Tasik
Kenyir, tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara tapi kali ni Misz-ella nak kongsikan kisah kami di bandar Kuala Terengganu.
Dari hotel Paya Bunga tempat kami menginap, kami jelajah bandar Kuala Terengganu dengan menaiki beca. Beca, kenderaan beroda tiga yang berasal dari lanca ini dikatakan mula popular di Malaysia selepas tahun 1920an. Pada zaman serba moden ini di mana ada pelbagai kenderaan awam, beca semakin kurang digunakan melainkan di tempat-tempat yang mempunyai tarikan pelancong.
Seronok sebenarnya bersiar-siar menaiki beca kerana kita bisa melihat keadaan sesuatu tempat itu dari perspektif yang berbeza. Perjalanan mengelilingi bandar Kuala Terengganu melalui tempat-tempat tarikan popular seperti Pasar Payang, Masjid Abidin atau juga dikenali sebagai Masjid Putih dan bermacam lagi. Sambil naik beca, sambil dengar cerita pakcik tentang perkhidmatan sewa beca disini .. sangat berpatutan harganya. Kalau you all berada di Kuala Terengganu, jangan lupa naik beca, k .. seronok!
Beca berhentikan kami di Kampung Cina yang lokasinya terletak betul-betul di tengah bandar Kuala Terengganu. Wow ... Baru kali ini Misz-ella tau yang terdapat Chinatown di sini. Kampung Cina di sini merupakan antara penempatan orang cina terawal di Tanah Melayu. Pada abad ke 15, Kampung Cina ini adalah perkampungan buat pedagang-pedagang dari Cina yang berdagang antara China dan Semenanjung Tanah Melayu. Dulu mereka panggil Terengganu ni 'Teng Ya Nu' ..
Dsini terdapat deretan bangunan-bangunan lama yang dibina dari zaman sebelum merdeka. Ramai tak tau *termasuklah Misz-ella* yang pelabuhan Terengganu satu ketika dahulu adalah sebuah pelabuhan perdagangan antarabangsa yang hebat dan penting*sebelum kemunculan pelabuhan Melaka*
Walaupun berada di Chinatown, ada juga restoran atau kedai-kedai makan yang menjual makanan masyarakat Terengganu seperti di Kedai Payang Cafe ini. Komuniti Cina di Terengganu agak unik kerana mereka lebih selesa bertutur dalam dialek tempatan. Ye pembaca kesayangan .. komuniti Cina di sini dah biasa bertutur dalam loghat Terengganu, bukan bahasa Melayu KL tau, malah ada sesetengah kelompok yang langsung tak faham dan tidak boleh berbahasa Cina. Dikatakan pelayar terkenal Munshi Abdullah pernah mencatatkan yang pedagang-pedagang dari negara China telah mula bertutur dalam dialek Terengganu pada abad ke 19 lagi.
Ada banyak lorong-lorong kenangan yang mencatatkan sejarah awal pendudukan masyarakat Cina di sini.
Dan ada banyak bangunan bersenibina Cina yang sangat insta-worthy. Seronok datang sini .. sambil menyelami gaya hidup masyarakat Cina di sini, sambil posing-posing
Di Chinatown juga ada Turtle Alley, mari kita check it out ..
Walaupun lorongnya kecil tetapi padat dengan informasi-informasi tentang penyu yang sangat sinonim dengan Terengganu. Dulu-dulu, Misz-ella selalu pergi ke Terengganu kerana nak tengok penyu bertelur tapi sekarang tak pergi lagi dah .. *tak sampai hati*
Ada 4 spesis penyu yang mendarat di Terengganu iaitu Penyu Karah, penyu agar, penyu belimbing dan penyu lipas. Penyu suka mendarat dan bertelur di Terengganu kerana kedudukan pinggir pantai yang baik dan adanya lerengan curam dan mendalam yang sesuai bagi pendaratan sang penyu. Walaubagaimanapun, semakin kurang penyu mendarat di Terengganu kerana dikatakan 'merajuk' dan tak mahu mendarat di Terengganu lagi.
Penyu sebenarnya adalah haiwan yang sangat peka dan sensitif. Lepas bertelur, ibu penyu akan meninggalkan telur-telurnya dengan doa dan harapan semoga kau selamat, anakku *echewah .. menghayati la sangat, kan*. Apa yang menarik, anak penyu dikatakan akan pulang ke pantai yang sama kira-kira 20-30 tahun akan datang selepas menetas tapi hanya penyu betina sahaja yang pulang ke tempat asal itu ye .. penyu jantan merayau entah ke mana ..
Di lorong penyu ini diselitkan juga pesanan-pesanan buat kita semua - pelihara dan puliharalah khazanah alam kerana ianya adalah anugerah Allah SWT kepada kita semua.
OK dah habis melihat apa yang ada di Chinatown ini, kami pun menaiki beca untuk makan tengahari.
Restoran Singgang Budu di Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu tempat kami makan tengahari. Sedap ke tidak singgang di sini? Jom kita check it out ..
Teruja bila nampak lauk Singgang dan budu maka marilah kita berfotoan bersama kedua-duanya buat kenangan hari tua. Misz-ella memang peminat lauk Singgang dan budu tetapi sangat jarang berpeluang untuk makan dua makanan berkhasiat ini di rumah sendiri. Kalau makan pun sorang-sorang je tak da geng, tak syok la kan. Sesekali balik rumah mama dan kalau dia masak singgang .... hummmm .. yummy!
Buat yang tak makan singgang atau tak suka budu, jangan bimbang kerana banyak pilihan makanan lain di Restoran ini.
Nak tau apa komen Misz-ella pasal singgang di sini? Sedap tapi bila ditambah dengan budu, berganda-ganda kesedapannya.
Buat yang tak makan singgang atau tak suka budu, jangan bimbang kerana banyak pilihan makanan lain di Restoran ini.
Nak tau apa komen Misz-ella pasal singgang di sini? Sedap tapi bila ditambah dengan budu, berganda-ganda kesedapannya.
So pembaca-pembaca kesayangan, Misz-ella dah habis berkongsi cerita tentang pengalaman sehari di Kuala Terengganu bersama rakan-rakan. Banyak lagi nak cerita dengan you all semua ni. Jangan lupa datang ziarah blog Dari Jari-Jari Halusku ini lagi, k. OK Bye. Terima Kasih baca.
1 comments:
Sempat pulak akk bergambar kat bangunn kg Cina tu ye.... Hehehhee....
Best! Rindunya Ganu...
Post a Comment