Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Buffet Ramadan 2023 - Citarasa Itali di Mearcato dan "ala Chinese" di Pearls Cuisine

Hai pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella.com kongsikan tentang buffet buka puasa dari dua restoran yang terletak di Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar iaitu Restoran Mearcato dan Pearls Cuisine.

Berbuka puasa di kedua-dua restoran ini semestinya bakal memberi pengalaman yang berbeza atau "lain dari yang lain" kerana Restoran Mearcato menyajikan hidangan citarasa Itali manakala Pearls Cuisine pula menyajikan hidangan "Chinese cuisine" ataupun masakan Cina.

Kedua-dua restoran yang dikendalikan oleh Messa Group ini menjanjikan juadah buka puasa yang halal, segar, sedap serta "lain dari yang lain".

Messa Group turut mencipta sejarah tersendiri apabila mengadakan Cabutan Bertuah buat semua pengunjung yang berbuka puasa di kedua-dua restoran tersebut. Hadiah lebih dari RM20,000.00 disediakan. Menarik, kan.


BUFFET Ramadan BBQ di Mearcato









Di Restoran Mearcato, pengunjung bakal menjamu selera dengan buffet BBQ yang sangat mewah. Antara makanan ber citarasa Itali yang menanti pengunjung adalah seperti BBQ lamb, chicken & beef, BBQ udang, sotong dan patin, Aglio Olio serta pelbagai jenis salad. Restoran yang boleh memuatkan kapasiti pengunjung seramai 300 orang pada satu masa ini akan memberi sentuhan citarasa Melayu dalam sesetengah masakan mereka.

BBQ yang bakal disajikan semasa buffet Ramadan ini sangat luar biasa kualitinya termasuklah Grill River Prawn yang akan diberikan kepada setiap pengunjung. Selain dari itu, setiap pengunjung juga bakal mendapat satu mini tub aiskrim jenama Haagen-Dazz.

Buffet BBQ di Mearcato berharga :

RM148 nett seorang (Dewasa)
RM128 nett seorang (Warga Tua)
RM74 nett seorang (Kanak-kanak)




Buat masa ini, promosi Early Bird RM128 nett seorang berserta dengan promosi BUY 10 FREE 3 sedang berlangsung sehingga 22hb Mac 2023. Terhad kepada 2000 voucher terawal sahaja. Siapa cepat, dia dapat!


Restoran Pearls Cuisine


Manakala di Restoran Pearls Cuisine pula, pengunjung dapat menikmati pelbagai jenis Dim Sum dan seafood segar yang dibawakan terus dari jeti melalui Ocean Treasures Seafood & Dim Sum Buffet. 




Antara Dim Sum yang kami cuba ~ SEDAP!










Bersesuaian dengan nama buffet ini iaitu Ocean treasures, semestinya lah buffet Ramadan di Pearls Cuisine dipenuhi dengan makanan laut seperti udang, tiram, sotong, ketam dan ikan yang divariasikan cara masakannya.  Ada yang digoreng, dikukus, ada juga seafood yang dimasak dengan mee. Serius sedap semua masakan di Pearls Cuisine ni. I jatuh cinta already, teringat-ingat .. (nak pergi lagi).





Ada juga hidangan lain seperti Kari Kepala Ikan  Kerapu (yang ni pun Sumpah sangat sedap sampai teringat-ingat), Ikan Mandarin yang digoreng rangup dan dicurah sos masam manis, ada 3 perisa oyster yang dikukus dan dibakar, ada sup ayam yang manis semulajadi dan bermacam lagi.

Setiap pengunjung bakal mendapat satu baked lobster dan 1 tub mini aiskrim Haagen-Dazs. 



Selain dari itu, kedua-dua buffet juga ada kaunter pemanis mulut yang dilengkapi dengan kuih muih tempatan serta moden.

Buffet Ocean Treasures Seafood & Dim Sum di Pearls Cuisine berharga :

RM168 nett seorang (Dewasa)
RM148 nett seorang (Warga Tua)
RM84 nett seorang (Kanak-kanak)




Buat masa ini, promosi Early Bird RM148nett seorang berserta dengan promosi BUY 10 FREE 3 sedang berlangsung sehingga 22hb Mac 2023. Terhad kepada 2000 voucher terawal sahaja. 




Buat mereka yang berminat, jangan tunggu lagi. Cepat-cepat buat tempahan dengan menghubungi 016-7199927 (Restoran Mearcato) dan 010-2299927 (Pearls Cuisine) supaya tak terlepas promosi EARLY BIRD ini.

Jangan lupa ikuti :-



0 comments: