Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Buffet Ramadan 2023 - Selera Nusantara di Dewan Banquet MBSA, Shah Alam

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadan 2023, Dewan Banquet MBSA turut memeriahkannya dengan membawakan buffet Selera Nusantara khusus buat pengunjung yang berada di lokasi membeli belah popular di negeri Selangor iaitu Shah Alam.



Buffet Ramadan Selera Nusantara dibawakan khas oleh Nusantara Katering, diketuai oleh Chef Bob dan Chef Shahril yang berpengalaman lebih dari 15 tahun di dalam dan diluar negara, kedua-dua mereka telah menghasilkan kompilasi lebih dari 100 sajian Nusantara.








Antaranya termasuklah lauk pauk tradisional seperti Ayam masak lemak cili api bersama pucuk ubi, Daging salai rebung Sri Menanti, Daging masak kerutub, Ketam masak Kam Heong, Ayam goreng berlado Cik Ani, Sotong sambal petai, Rendang daging minang, Kari kambing "mamak style", Ayam masak merah kacang peas, Ayam goreng daun kari dan Udang "udang mamak style" 






Terdapat 6 gerai yang menyajikan juadah istimewa seperti Kambing golek dengan sos lada hitam dan "mint sauce", Ayam dara golek dengan sos istimewa, Dim sum, Kuetiaw "Penang style", Mee goreng mamak, Soto, Murtabak, Rojak buah, Rojak pasembor dan bermacam-macam lagi.




Bagi pemanis mulut pula, Sagu gula melaka, Puding caramel, Kuih muih Melayu serta moden, Bubur dan buah-buahan turut disediakan.




Kesemua juadah buffet Selera Nusantara ini boleh didapati pada harga RM98 nett (Dewasa), RM58 nett (Kanak-kanak dan warga emas). Jualan voucher Promosi pembukaan iaitu RM88 nett sahaja seorang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 23hb Mac 2023.

Kemudahan-kemudahan seperti parkir kereta PERCUMA, surau, mesra OKU turut disediakan. 




OOTD corner

Terdapat juga "Kids Zone”, OOTD corner bagi menyerikan suasana berbuka puasa anda di Dewan Banquet MBSA ini. Pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan dari artis-artis jemputan yag akan diiringi oleh "live band".

Dewan Banquet MBSA turut mengalu-alukan pelanggan korporat yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa dimana hidangan secara "dome" berserta perkhidmatan layaran VVIP disediakan. Sebarang infaq Ramadan mahupun tajaan bebuka puasa untuk anak-anak yatim atau golongan asnaf turut dialu-alukan.

Pihak Nusantara Catering turut menawarkan perkhidmatan catering untuk Rumah terbuka Aidilfitri. Berpengalaman luas dalam menganjurkan sebarang majlis, Nusantara Catering menawarkan suasana majlis yang lain dari yang lain.




So, pembaca-pembaca sekalian, jangan lepaskan peluang, cepat-cepat rancang dan tempah 'venue' berbuka puasa anda sebelum semua seat penuh. Almaklumlah, Shah Alam tu kan lokasi paling hot di Selangor yang lengkap dengan semua persiapan hari raya yang sering menjadi tumpuan semua. 

Sebarang pertanyaan dan pertanyaan, sila hubungi 011 54040385 atau email ke nusantaracatering.event@gmail.com Jangan lupa ikuti :


0 comments: