Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Buffet Ramadan 2023 di Zebra Square, Kuala Lumpur. 88 hidangan hanya RM85.90 sahaja!

Hai pembaca kesayangan,

Kali ini Misz-ella bawakan buffet Ramadan dibawah RM100 seorang di lokasi yang sangat strategik iaitu di Zebra Square, Kuala Lumpur.  


Bagi menyerikan kedatangan bulan Ramadan yang dinanti-nantikan, pihak Zebra Square bakal menyediakan lebih dari 88 juadah berbuka puasa disediakan oleh bermula dari 25hb Mac hingga 19hb April 2023. 



Dengan kapasiti tempat duduk sehingga 320 orang (maksimum), terdapat 12 buah gerai yang bakal menyajikan hidangan menarik buat pengunjung antaranya Daging Gulai Kentang Utara, Ikan Masin Lemak Manis, Ikan Bakar, Keli Berlado, Ayam Palembang, Ayam Goreng Masala, Asam Pedas Daging Tetel, Kerabu Sotong dan Lempeng berserta sambal bilis.


My friend, Coach Azy bersama kambing bakar

Tarikan utama buffet Ramadan di Zebra Square adalah kambing bakar yang diperap dengan ramuan istimewa dan dihidangkan setiap hari. Pengunjung bakal berbuka puasa dengan hidangan-hidangan ini dalam suasana kampung tradisional yang sangat indah.


Sate kegemaran rakyat Malaysia turut ada

Di kaunter pemanis mulut, terdapat aneka kuih muih tradisional dan moden menanti pengunjung.



Pilihan minuman "air balang" juga adalah tarikan istimewa buffet Ramadan Zebra Square tahun ini. Turut diperkenalkan cendol istimewa, minuman kegemaran rakyat Malaysia dari dulu, kini dan selamanya.



Kesemua hidangan menarik ini dapat dinikmati pada harga RM85.90 (Dewasa) dan RM45.00 (Kanak-kanak di bawah 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas). Sekarang ni ada promosi Early Bird iaitu BUY 5 FREE 1! Terhad kepada 50 orang sahaja dan pembelian ini sah sehingga 20hb Mac 2023 sahaja (sempat lagi guys kalau you all nak beli).

Jangan risau tentang kemudahan-kemudahan lain seperti surau atau parkir kerana semuanya ada malah parkir di sini adalah PERCUMA dan boleh memuatkan sehingga 150 kenderaan. Buat syarikat korporat yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa atau majlis-majlis lain di Zebra Square, kemudahan lain seperti Wi-Fi, sistem audio dan visual canggih turut disediakan.

Bagi menyemarakkan suasana Ramadan tahun ini, pihak Zebra Square akan mengundang anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan untuk berbuka puasa bersama. Pihak Zebra Square mengalu-alukan sumbangan dari pihak korporat atau para dermawan yang ingin bersama-sama menyertai tanggungjawab sosial ini.



So, pembaca-pembaca kesayangan, apa lagi, mari kita berbuka puasa di Zebra Square di bulan Ramadan ini. Kalau datang berkumpulan, jangan lupa promosi EARLY BIRD BUY 5 FREE 1 sedang berlangsung sehingga 20hb Mac 2023 ini. Check it out, k!

Sebarang pertanyaan atau tempahan berkenaan Buffet Ramadan di Zebra Square, sila hubungi 019-3405719 / 019-2331180 / 017-2516316 atau email info@moderndynamicgroup.com

0 comments: