Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Buffet Ramadan 2023 - IFTAR di Concorde Shah Alam

 Selamat Berpuasa pembaca kesayangan !

Hotel Concorde Shah Alam turut memeriahkan kedatangan bulan Ramadan dengan menyediakan juadah buffet bertemakan IFTAR DI CONCORDE bermula dari 23 Mac 2023 hingga 21 April 2023.


Pelbagai jenis masakan tradisional Melayu yang menarik menanti pengunjung di Melting Pot Cafe.


Antara juadah yang sentiasa dinanti-nantikan sepanjang Ramadan adalah kambing panggang dimana Kambing Panggang Berempah Bawang putih turut menanti pengunjung di IFTAR RAMADAN DI CONCORDE.





Di sudut hidangan utama pula, Nasi Putih kukus Pandan Wangi, Nasi Jagung Bergajus, Nasi Briyani Kismis Emas, Nasi Bukhara & Nasi Hujan Panas. Kari Kepala Ikan Jenahak Tomato Bendi, Kerang Tumis dengan Cili Kering, Ketam Masak Cili "Chef Mong Style", Ikan Patin Gulai Tempoyak dan banyak lagi menanti pengunjung.


Hotel Concorde Shah Alam juga terkenal dengan bubur lambuk nya yang sentiasa dinanti-nantikan. Ada 3 jenis bubur lambuk iaitu Bubur Lambuk Ayam Dara Lada Hitam, Bubur Lambuk Daging Batang Pinang, Bubur Lambuk Makanan Laut

Makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti Sup Kambing Mamak, Popia Basah, Roti John Mayonis Bersusu, Murtabak dan Roti Jala, Goreng-gorengan seperti keropok lekor, pisang, keledek dan banyak lagi turut ada.



Harga buffet IFTAR DI CONCORDE ialah RM140 seorang (Dewasa), RM108 seorang (warga emas) dan  RM70 seorang (Kanak-kanak) berumur 5 hingga 12 tahun.


Sepanjang Ramadan ini, Hotel Concorde Shah Alam turut menawarkan promosi harga istimewa iaitu RM180 bersih semalam  (bilik penginapan sahaja) atau RM 200 bersih (termasuk sahur untuk 2 orang).

Untuk tempahan atau pertanyaan berkenaan Buffet Ramadan, hubungi 03-5520 8000 atau 0122898103 atau emel vasanthi@concorde.net

Untuk tempahan atau pertanyaan berkenaan bilik penginapan, hubungi 03-5520 8000 Ext 2500 dan 2404 atau emel reservation-chsa@concorde.net

Jangan lupa layari https://shahalam.concordehotelsresorts.com dan  ikuti Instagram Concorde Shah Alam di sini dan Facebook Concorde Shah Alam disini




0 comments: