Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Mari Beli Lokal Ramadan & Raya di MyMall rancakkan ekonomi digital



Buat julung kali, Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) memperkenalkan Kempen Mari Beli Lokal - Ramadan dan Raya yang dikuasakan oleh platform digital MyMall.





Kempen yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan ini bertujuan untuk mengalakkan  orang ramai membeli belah kelengkapan puasa dan raya secara dalam talian iaitu melalui applikasi MyMall 2.0. Terdapat 803 produk seperti pes masakan segera, produk runcit, pakaian raya dan kuih raya serta produk dari negeri Sabah. Mari Beli Lokal turut disertai usahawan selebriti seperti Lima Waktu, &zikr, KEKASIH by The Melvin, Aspirasi Jelia Ainina Ahmad B, Girl Republique, SamTilla, Starvendors dan Boenda.

Bagi merancakkan kempen, pelbagai peraduan akan diadakan di platform media social dengan hadiah utama dua (2) unit Ipad dan voucher membeli belah di MyMall.



Ewon Benedick

Menurut YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, pelancaran kempen ini bertujuan untuk memberi sokongan terhadap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dan secara tidak langsung merancakkan ekonomi digital Malaysia.

Usahawan tempatan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka dijemput menyertai platform jualan digital MyMall dengan mendaftarkan perniagaan mereka di  www.mymallmalaysia.my atau emel  ke contact@mymallmalaysia.my 

Selain menyediakan platform e-dagang tanpa caj, MyMall turut menawarkan akses terhadap pembangunan kapasiti, pembiayaan perniagaan dan pemasaran kepada usahawan dan koperasi tempatan.



Manakala buat mereka yang ingin membeli belah kelengkapan Ramadan dan Raya, jom kita muat turun applikasi MyMall 2.0 di Playstore dan Apple Store. Ada lebih dari 800 produk untuk kita pilih. Mari Beli Lokal - Ramadan & Raya secara dalam talian di MyMall 2.0!








0 comments: