Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Ekor pun berguna ..

Someone told me that all parts of cow are useful. Entah le betul atau tidak .. Katanya lagi, dalam banyak-banyak bahagian lembu tu, yang paling sikit dan menjadi rebutan adalah ekornya. Hmmm .. RM30 sekilo harga pasaran bulan Ramadhan yang lalu. Harga mentah .. belum siap dimasak lagi tu. Mahal betul, kan. Jom bela lembu korang. Tahun ni kita bela .. tahun depan "Acik kayo". Hihihi.

OK. This entry actually is about Sup Ekor Ala Thai yang kita buat penghujung Ramadhan haritu. Bukan entry Kempen Bela Lembu ye. Hihi. Resepi Sup Ekor Ala Thai ni kita dapat  selepas 'roger-roger' Kakak Cantek kesayangan kita.

Memula kita rebus ekor tu dengan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk. Buh Sup Bunjut sekali. Buh jugak serai yang diketuk untuk tambah aroma supaya lebih terbuka selera. Jangan lupa buh garam. Bila ekor tu dah pengsan, masukkan batang celery dan tomato pastu tutup api. Pastu gi mesin kering lada hitam, lada putih, bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sampai naik bau pastu curahkan tumisan tu dengan minyaknya sekali dalam periuk Sup Ekor yang dah siap tadi. Kacau-kacau, masukkan bawang besar dan cili api yang dihiris, perah limau. Makan dengan nasik panas-panas. Sedap sangat-sangat. Tak caya korang cuba ler sendiri. Hihihi.

Santai malam ..

Isnin 5.9 ~ Berakhir sudah Episod Cuti-cuti Hari Raya tahun 2011. Back to the normal routine. Bersusun paper work kat opis setelah seminggu tak dapat sentuhan jari halus kita. What to do .. jari halus kita bertukar status menjadi jari kecut sepanjang minggu raya kerana bekerja kuat di dapur melayan tetamu yang tak putus-putus datang ke rumah mertua.

Di malam hari Senin 5.9 sepulangnya dari makan malam di kedai mamak ~ Lepak sorang-sorang dalam bilik sendiri lepas mandi bertemankan sejuk dingin A/C ~ Terapi minda terbaik untuk hari ini. 

Nak layan Internet .. line 'sokmo' sakit. Baca cerita duka di suratkhabar sambil merenung Facial Treatment Mask SKII yang patutnya duduk di muka. Haih .. Camtu la jadinya bila Virus "M=malas" menyerang. Setelah beberapa lama, virus M berjaya disingkirkan menggunakan antibodi "R=rajin." RM45 gone untuk kulit lebih halus dan lembab celik mata esok pagi. Sekian sahaja Entry terapi minda dan muka untuk kali ini. Tima kasih baca. Eh .. ada ke yang baca entry bengong camni? Hihi.


Cendol pun bermadu ..

Wahhhh .. Perut berdondang dendang setelah diberi makanan yang enak dan sedap oleh bonda tercinta. Dah penat makan, kita rehat. Pastu dekat pukul 2 petang, kita teruskan perjalanan ke Utara pulak. Tak dapat kita nak duduk lama kat Johor tau. Apa nak buat .. cuti raya berapa hari jer .. kena la bagi sama rata. Tu pun sib baik tahun ni tak ber Aidilfitri di Kelantan. If not .. aduhai ... Nak ikut lebuhraya takut 'jem' so, kita follow jalan lama.

Ternampak 'banner' Cendol Madu kat Rembau. Cam best jer. Jom cuba!! Hmmm .. camtu la cite dia.

Cendol Madu Jagung 

Cendol Madu Kacang Merah ..

Set Cucur Udang. Raya ke 2 makan Cucur Udang dan Cendol? Terbaik beb. 

Lagi sekali perut berdondang dendang. Kali ni lagu 'rap' kot sebab perut udah terlebih muatan. Hihi. OK .. OK. Mari kita teruskan perjalanan raya ke rumah Mertua di Utara. Amboi .. Dari Selatan ke Utara kita berkelana raya ini. Ambek kau!! Korang.. kalo takmo bersusah-susah di hari raya, sila kawin dengan anak jiran sebelah rumah mak jer lah ye. Hihihi.





Raya ke 2 kat Johor pun meriah!!

Selepas tamat Agenda wajib Hari Raya di Sg. Buloh, kami pulang bertemu Bonda Zabedah dan Ayahanda Ismail di Segamat pukul jam 3 petang. "Timing" lari ler .. sebab tetiba Abg Sulung kita yang duk kat Taiping telepon dan cakap "Alop OTW .. Tunggu tau". Alahai Bro .. terbabas jauh 'plan' asal wa Bro. Mengenangkan hari ini hari raya dan my 1st Bro ni dah 20 tahun tak berhari raya together, kepulangan dia sekeluarga kami sambut dengan perasaan 'excited', riang ria dan 'hepi gila'. Maka nya, plan asal untuk berhari raya di rumah Kakak Cantek terpaksa saya tunda ke hari lain*Frust*. Next year balik awal sikit eh .. Boleh join Sessi Fotografi famili.

Selamat tiba di Kg. Sg. Siput, Jementah sebelum Maghrib raya pertama. Malam raya pertama di perkarangan rumah Ayahanda dan Bonda. Tok Ayah hepi .. dia sponsor cucu-cucunya main bunga api. Budak-budak riang gembira, yang tak budak macam kami jadi "Watchmen" ler ... Hihi.

Bangun pagi, Nasi Goreng airtangan Mama menunggu untuk di "ngap". Pastu, mama masak macam-macam untuk makan tenghari ~Ikan Cencaru Goreng Sumbat ni .... Pergggghhh .. sedap gila wa cakap lu. Mama kita memang hebat kat dapur la korang.

Bila dapat makan sambal belacan di hari raya ke 2 ~ heavennnnnn ..

Sila percaya yang Rendang Daging yang mama kita masak subuh raya pertama*dia suka masak fresh-fresh .. takmo masak awal-awal* habis licin di raya pertama. Pagi raya ke 2, Mum cooked again Rendang Daging dan sume makanan-makanan di entry ini. Rendang Daging Cili Api mama ni antara yang terbaik and a must in Hari Raya. 

Mum also cooked masak Asam Pedas Ikan Mayong. Asam Pedas mama memang best and will always remain my favorite. Bertambah-tambah kita makan.

Having Ikan Siakap Suwit Sour for our 2nd day Raya lunch ~ Antara terapi perut terbaik di hari raya ini. Hihi.

Mum also cooked Rendang Ayam for the second round sebab Rendang Ayam yang mama masak selepas Subuh raya pertama pun habis sudah.

Our lunch yang macam-macam ada. Riang, gembira ria perut kami semua dek makanan yang sedap dan 'fresh' camni. Hihi.

Peria Goreng kesukaan kita pun ada. Raya ke 2 makan Peria Goreng .. Best gila!! Dan sila percaya mum cooked all this delicious food alone. 

Kenyang perut suka hati .. Boleh la ambek gambar gedik camni. Hihi.

Tamat sudah entry mengenang Hari Raya ke 2 tahun 2011. Kesimpulannya, raya kami adik beradik seramai 11 orang walaupun meletihkan sangat best dengan macam-macam acara .. macam-macam makanan .. "Macam-macam Ada ... "


RAYA KITA ..

Raya kat rumah mama saya mesti meriah dan best!! Nak tau kenapa? Cite dia camni...  Bangun tidur di rumah sendiri .. mandi, sarapan ringkas-ringkas pastu gi Solat Aidilfitri. Dah 'settle' urusan dalam rumah kecik keluarga saya, maka akan 'excited' lah kami ber3 untuk Acara yang ditunggu-tunggu iaitu berhimpun beramai-ramai di rumah mama di pagi Aidilfitri. Famili demi famili akan sampai. Mama dan Abah 'excited' menunggu kepulangan anak dan cucu. Dan kepulangan kami haruslah diiringi dengan Juadah hari raya yang dimasak di rumah sendiri dan bakal dimakan bersama-sama di pagi Aidilfitri. Mama dan Abah suka dan bangga ~ Rendang yang ni ... anak A masak .. yang nun .. anak B masak. Kek anak C masak. Sampai tak muat meja makan mak kita. Hihi. Memandangkan kepulangan anak cucu adalah di pagi raya, maka sudah tentulah 'excitement' kami di pagi 1 Syawal. Excited nak tunggu masing-masing sampai .. excited nak tengok baju diaorang warna apa .. diaorang masak apa.. Tiap-tiap juadah harus dan wajib dirasa, walaupun sedikit. Haih .. ketat dan padat perut masing-masing.

Nak tau apa lagi yang kitorang buat selain dari makan dan minum? Eleh .. macam korang jugaklah .. Borak, gelak, bersantai-santaian, bermaaf-maafan dan diakhiri dengan berfotografi sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. Ada yang pulang ke "In-Law's".. yang tak da 'In-Law's' pulak mula la bikin 'plan' lain. Yang banyak agenda macam saya ni .. Hmmm .. jenuh menyusun jadual aturcara beberapa hari sebelum raya.

Pagi raya kat rumah sendiri. Aiman sokmo suka buat muka 'notty' ... hencem la kononnn ..

OTW to mum's at Tmn Impian Indah, Sg. Buloh. They are waiting for our family.

Mohon ampun dari ayah bonda di hari raya yang mulia ~ Acara wajib di rumah kami. Dimulai dari anak yang sulung hingga lah yang bongsu dan last. Tahun ni Abg yang sulung dan kedua tak da bersama kami di sini.

Mama mesti nangis tiap kali raya. Sebak, pilu, terharu dan gembira kot eh??

Selesai anak dan menantu, tibalah giliran cucu-cucu. Dimulai dari Cucu paling tua iaitu Najihah dan akhiri oleh Puteri, cucu paling bongsu. Wah .. wah .. wah .. Aliff Haqeem senyum hencem mengadap  kamera. Tak sabar nak dapat duit raya ye?

Inilah Puteri .. cucu paling bongsu.

Pastu bersalaman dan bermaafan antara kami adik beradik.

Kakak saya, Saya dan Adik saya. Comel tak saya? Eh .. Kitoranglah bukan saya. Hihi.

One thing about my sister family is .. diaorang sokmo happening.

Aishah dan Benno yang honeymoon forever. Entah bila nak tambah ahli keluarga yer?

Banyak lagi gambar kenangan raya 2011 kami tapi hanya yang ini ingin dikenang disini. Hmmm .. camtu la cerita separuh hari raya pertama kami adik beradik sebelum kami berkonvoi ke Segamat untuk bertemu Mama dan Abah yang lagi satu. Famili kitorang kan besar. Tu pasal la tiap kali raya terlalu banyak tempat nak pegi .. Penat tapi best!!


















Raya lagi ..

Baru Raya ke 5. Orang KL biasalah .. raya sebulan. Kat kampung waktu-waktu camni dah hampir tak da apa-apa. OK. Habis sudah beraya di kampung bersama keluarga dan saudara mara. Dah tentulah masa-masa raya ni mak, ayah, mertua, adik beradik, ipar dan ahli keluarga didahulukan, kann. Hmmm .. jari-jariku kecut semua membantu mak mertua di dapur. Dari sarapan pagi, makan tenghari, masak pulak juadah tambahan sebab ketupat rendang licin sudah. Ramai sungguh sedara mara yang datang. Rumah orang tua la katakan. OK. Sekarang ni no more kampung-kampung .. sume dah settle. Maka, dengan ini saya isytiharkan .. Misi berhari raya dengan Sahabat dan Rakan akan bermula hari ini. *Chewah .. gedik lebih kot* Hihi. Jom serbu rumah kawan-kawan korang .. Rumah sapa dulu? Panjang betul list yer .. Main Lai Lai Li Tam Plom la jom .. Hihi.

Raya ke 3 panas gila!!

Baru raya ke 3. Haruslah kita bercerita tentang raya. Alaaaa .. apa "kita .. kita" ni? La ni dok di Taiping, Perak haruslah kita bertukar menjadi 'Cheq' di sini. "Kita-kita" tu kat Johor jer. Hihihi.


Kat Tepen ni cuaca punyalah panas dari pagi. Cheq jemoq kain sat je kerin. Tadi cheq p beraya rumah Adik Ipaq cheq kat Kg. Matang Raja. Dah tak dak ketupat rendang. Licin sudah. Yang ada cuma Meehoon Tomyam. Tapi kat belakang rumah dia ada banyak pokok keladi, ada pokok ubi, ada banyak pokok ulam. Mak mertua dan asben cheq dok sebut pasai makan nasik dengan sayoq keladi. Kami pun terpaksa la masak nasik. Maka bermakan-makan lah kami untuk round yang ke 2. Asam pedas keladi, Ulam Kangkong, Ulam Pucuk Ubi, Sambal Belacan, Ikan masin kedera goreng, Ikan kembung goreng dan Air Roselle dari pokok sendiri.  Fuiiii .. dasyat depa ni. Dari main dish sampai la ke beverage, sume dari pokok sendiri. Tak yah nak p beli kordial jenama Sunquick kat Supermarket macam kita kat KL tu. Hebat kan diaorang? Hihihi.

Hmmm .. meriah betul raya. Dari Sg. Buloh ke Segamat .. dari Segamat ke Taiping .. berkilo-kilometer keta cheq p. Luas betul pandangan mata .. Lelap .. jaga .. lelap .. jaga .. sampai la tiba ke destinasi. Pesta lampu brek kat lebuhraya tersangatlah meriah. Eh .. Jalan persekutuan pun jem jugak la. Malam kelmarin masa cheq otw balik kampung mertua, cheq tengok Jalan Tanjung Karang menghala ke Kuala Selangor punya lah meriah dengan pesta lampu brek. Alahaiiii .. Sian kat depa, kan. Pukui berapa la depa sampai ke destinasi tu? Cheq rasa macam nak ambek "hailer" buat pengumuman suh depa patah balik sebab jem teruk. Tapi .. cheq bukan polis traffik. Cheq tak dak kuasa nak buat lagu tu. So, cheq bersimpati je la kat depa. Hihi. 

Eh .. OK lah. Selamat Hari Raya buat sesapa yang membaca entry cheq ni ye. Eh .. ada ke yang baca?? Ke cheq cakap sorang-sorang ni?? Apa-apa la ye .. asalkan bahagia. Hihi.