Featured Post

Jom Gaya Hidup Sihat ~ Makan dan Exercise

Another chapter of my exercise diary .. hidup Misz-ella camni la .. kalau tak kerja, exercise. Kalau tak kat Event kat Gym. Tu je la tempat...

Raya ke 2 kat Johor pun meriah!!

Selepas tamat Agenda wajib Hari Raya di Sg. Buloh, kami pulang bertemu Bonda Zabedah dan Ayahanda Ismail di Segamat pukul jam 3 petang. "Timing" lari ler .. sebab tetiba Abg Sulung kita yang duk kat Taiping telepon dan cakap "Alop OTW .. Tunggu tau". Alahai Bro .. terbabas jauh 'plan' asal wa Bro. Mengenangkan hari ini hari raya dan my 1st Bro ni dah 20 tahun tak berhari raya together, kepulangan dia sekeluarga kami sambut dengan perasaan 'excited', riang ria dan 'hepi gila'. Maka nya, plan asal untuk berhari raya di rumah Kakak Cantek terpaksa saya tunda ke hari lain*Frust*. Next year balik awal sikit eh .. Boleh join Sessi Fotografi famili.

Selamat tiba di Kg. Sg. Siput, Jementah sebelum Maghrib raya pertama. Malam raya pertama di perkarangan rumah Ayahanda dan Bonda. Tok Ayah hepi .. dia sponsor cucu-cucunya main bunga api. Budak-budak riang gembira, yang tak budak macam kami jadi "Watchmen" ler ... Hihi.

Bangun pagi, Nasi Goreng airtangan Mama menunggu untuk di "ngap". Pastu, mama masak macam-macam untuk makan tenghari ~Ikan Cencaru Goreng Sumbat ni .... Pergggghhh .. sedap gila wa cakap lu. Mama kita memang hebat kat dapur la korang.

Bila dapat makan sambal belacan di hari raya ke 2 ~ heavennnnnn ..

Sila percaya yang Rendang Daging yang mama kita masak subuh raya pertama*dia suka masak fresh-fresh .. takmo masak awal-awal* habis licin di raya pertama. Pagi raya ke 2, Mum cooked again Rendang Daging dan sume makanan-makanan di entry ini. Rendang Daging Cili Api mama ni antara yang terbaik and a must in Hari Raya. 

Mum also cooked masak Asam Pedas Ikan Mayong. Asam Pedas mama memang best and will always remain my favorite. Bertambah-tambah kita makan.

Having Ikan Siakap Suwit Sour for our 2nd day Raya lunch ~ Antara terapi perut terbaik di hari raya ini. Hihi.

Mum also cooked Rendang Ayam for the second round sebab Rendang Ayam yang mama masak selepas Subuh raya pertama pun habis sudah.

Our lunch yang macam-macam ada. Riang, gembira ria perut kami semua dek makanan yang sedap dan 'fresh' camni. Hihi.

Peria Goreng kesukaan kita pun ada. Raya ke 2 makan Peria Goreng .. Best gila!! Dan sila percaya mum cooked all this delicious food alone. 

Kenyang perut suka hati .. Boleh la ambek gambar gedik camni. Hihi.

Tamat sudah entry mengenang Hari Raya ke 2 tahun 2011. Kesimpulannya, raya kami adik beradik seramai 11 orang walaupun meletihkan sangat best dengan macam-macam acara .. macam-macam makanan .. "Macam-macam Ada ... "


12 comments:

Dr. Bentara said...

meriah makan!

Hudalatip said...

adoi terliur lagi..

Anonymous said...

alahai, sedapnya lauk² umah mama kc

Kakcik Seroja said...

Cencaru sumbat itu membuatkan airliur kakcik yang sedang berpuasa ini rasa nak menitis!

Kakcik pun masak rendang ayam di pagi 1 Syawal. :)

Kak Amy said...

mak ai sodapnya kak cik..meriah sungguh makanannya ha..

CT said...

Banyaknya makanan..sedap tp buat akk takut2 nak makan

Wah KC raya kat Segamat ya..turunlah JB bila datang lagi...nnt akk jemput ke rumah...hehehe

Dr K said...

Dapat sambal belacan di hari raya mmg heaven! :P

Saya pun ke Segamat pada raya ke-3

emarieys said...

aduh, meriahnya dengan makanan tu

Akak Kembang said...

meriahnya Kak Chik...plg menyelerakan sambal belacan itu :)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

betoi la kc memang meriah tngk makanan2 itu....meleleh sudah.....

safurara said...

menu yg sgt menyegat jiwa sis.

eiela said...

ya allah, sedapnya..